Doa dan Amalan Pelindung Diri Daripada Wabak #covid19

Pertama : Doa Mengelak Dari Terkena Wabak

Hadith daripada Uthman bin Affan R.Anhu berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :

مَنْ قَالَ : بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya ::  : Sesiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” 

(Riwayat Abu Daud)

Kedua : Memperbanyakkan bacaan (لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ)

Berdasarkan Firman Allah SWT :

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ٨٧ فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّۚ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ  ٨٨

Maksudnya :  Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan   yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri” Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami

(Surah Al-Anbiya : 87-88)

Ketiga : Doa Memohon Perlindungan Dari Bala Yang Bersangatan

Hadith daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda :

تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ جَهْدِ الْبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَماتَةِ الأَعْدَاءِ.

Maksudnya : “Aku berlindung kepadamu daripada ujian yang berat, hinanya kecelakaan, buruknya takdir dan kegembiraan para musuh (atas bala, ujian dan kecelakaan yang menimpa).”

(Hadith Riwayat Bukhari)

Keempat : Sentiasa Membaca Doa Sebelum Keluar Dari Rumah

Hadith daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ ‏: يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ

MaksudnyaBarang siapa yang berkata (iaitu apabila ia keluar rumah):

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

“Dengan Nama Allah, aku bertawakkal kepada-Nya dan tiada tipu daya dan kekuatan melainkan daripada Allah.” Maka akan dikatakan kepadanya iaitu para malaikat mendoakannya sesungguhnya kamu akan dicukupi dan akan dilindungi, dan syaitan akan menjauhkan daripadanya.

(Riwayat Abu Daud)

Kelima : Sentiasa Memperbanyakkan Doa

Rasulullah SAW pernah bersabda :

الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللَّهِ بِالدُّعَاءِ

Maksudnya : “Sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang telah terjadi maupun yang belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.”

(Riwayat Tirmizi)

Keenam :  Menjauhkan Diri Dari Tempat Yang Terkena Wabak

Dikisahkan bahawa Saidina Umar R.Anhu telah keluar menuju ke Syam. Pada ketika itu berlaku suatu wabak di sana. Lalu Abdul Rahman bin Auf telah meriwayat bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأرْضٍ فلاَ تَقْدمُوا عَلَيْهِ، وإذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلا تخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Maksudnya :  “Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya.”

Ketujuh :  Memperbanyakkan Amal Kebajikan dan Menyebarkan Ehsan


Ibnu Qayyim telah menukilkan di dalam kitabnya Zad al-Maad beberapa kaedah untuk merawat pelbagai penyakit iaitu :

  • Melakukan perkara yang baik
  • Ehsan kepada dalam setiap keadaan
  • Sentiasa berzikit
  • Sentiasa tawadduk
  • Memperbanyakkan Doa kepada Allah SWT.
  • Seringkali bertaubat.

Inilah rawatan yang paling mujarab kerana ia bukan sahaja sebagai penyembuh penyakit tetapi juga memberi kesembuhan pada jiwa dan nurani seseorang manusia.

Kelapan : Sentiasa Melakukan Qiyamullail

Daripada Bilal bin Rabah R.Anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَنِ الْجَسَدِ

Maksudnya: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalang penyakit daripada badan.”

(Riwayat al-Tirmizi)

Kesembilan : Sentiasa Menutup Bekas Makanan dan Minuman

Daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

غَطُّوا الإنَاءَ وَأَوْكُوا السِّقَاءَ فَإِنَّ فِي السَّنَةِ لَيْلَةً يَنْزِلُ فِيهَا وَبَاءٌ لا يَمُرُّ بِإِنَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ غِطَاءٌ أَوْ سِقَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ وِكَاءٌ إِلا نَزَلَ فِيهِ مِنْ ذَلِكَ الْوَبَاءِ

Maksudnya : “Tutuplah bekas dan tempat penyimpan air, kerana setiap tahun ada satu malam yang pada ketika itu diturunkan wabak penyakit (berbahaya) yang akan jatuh ke dalam bekas-bekas dan ketempat-tempat air yang tidak tertutup.”

(Riwayat Muslim)

***** Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar diberi taufiq dan hidayah oleh-Nya. Sebagai hamba-nya kita sentiasa mengharap kasih sayang, keredhaan dalam melakukan amal soleh bagi menuju jalan yang benar lagi lurus. Waallu’alam.

Disusun Oleh : Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil

*** Diambil dan dihimpun daripada beberapa kitab dan tulisan para ulama. Mohon maaf atas kekurangan dalam penyusunan risalah kecil ini. Moga membawa manfaat buat semua.

Doa Munajat Memohon Kepada Allah Dijauhkan Dari Wabak Covid-19

Doa Munajat Covid-19

Maksudnya :

Ya Allah. Wahai Tuhan yang mentadbir bumi dan langit, turunkanlah penawar kepada kami, Jauhkanlah kami dari segala penyakit dan hilangkan wabak. Ya Allah sesungguhnya engkau jualah yang telah sisihkan kami dari rumah-Mu, tiada lagi umrah, solat jumaat bahkan juga tiada lagi solat di masjid-masjid. Maka janganlah engkau sisihkan kami semua dari lindungan rahmat-Mu, janganlah engkau mengambil daripada kami apa yang telah engkau jadikan untuk kami, engkau jualah memberikan kebaikan untuk kami maka janganlah engkau menyeksa kami. Ya Allah, jika sesungguhnya wabak dan bala yang terjadi adalah dosa dari kami maka engkau angkatkanlah atau kesalahan dari kami ampunkanlah. Sesungguhnya kami bertaubat kepadamu dan kami rasa amat menyesalinya. Ya Allah, Tuhan yang menurunkan segala penyakit, munculkanlah penawarnya dan jadikanlah pada tangan-tangan kami (ikhtiar kami) kemudahan untuk menyelesaikannya. Dengan segala kelebihan-Mu, Kemulian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Amin Ya Rabbal Alamin.

 

****Diterjemahkan Oleh : Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil

*** Doa dipetik melalui sebaran dalam group whatapps  dan beberapa laman web tanpa terjemahan

Pautan Untuk Muat Turun Teks :

https://drive.google.com/file/d/1YZcBYokcazLibuPLOe6_rXfCHJyKeXGi/view?usp=sharing