Monthly Archives: June 2009

Ujian buat ayah..

Mohon maaf kepada semua yang melayari blog say yang tidak ‘update’ isinya. Bukan apa, saya tidak sempat untuk mencari berita dan isu baru.

16 Jun ayah saya, Mohd Khalil Bin Aziz telah dimasukkan ke wad. Saya sendiri tidak dapat mengetahui apa penyakit ayah. Setelah sebulan menderita sakit demam yang tidak kebah, hari Isnin itu juga saya menghantar ayah ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star..

18 Jun pagi ini, doktor memberitahu bahawa ayah saya menghidap sakit buah pinggang. lebih mengejutkan lagi buah pinggang ayah berada di tahap kronik. Alangkah terkejut mama mendengarnya sehingga menitiskan air mata. Saya tidak sanggup melihatnya. Dalam hati memohon dikuatkan semangat dan berdoa moga penyakitnya akan beransur pulih. Hari ini juga doktor akan melakukan hemodialisis.

Pernahkah anda mendengar tentang hemodialisis? Hemodialisis sebenarnya merupakan satu prosedur yang menapis dan membersihkan darah dalam badan.

Ia juga dapat:

  • Menjauhkan badan daripada sisa buangan merbahaya yang terhasil dari makanan yang dimakan
  • Membuang cecair dan garam yang berlebihan
  • Mengawal tekanan darah
  • Membantu tubuh mengekalkan keseimbangan bahan kimia (elektrolit) seperti kalium, natrium dan klorida.

Rujukan : http://www.kidney.org/news

Saya memohon kepada seluruh sahabat khususnya yang beragama Islam mendoakan kesihatan ayah saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah SWT membalaskan segalanya..

Advertisements

Sekadar mengisi kekosongan..

Alhamdulillah saya dapat juga meneruskan mengakifkan isi blog saya yang agaknya lama tidak ‘update’. Dalam cuti semester ini saya sibuk sedikit dengan pelbagai urusan. Baru-baru ini datuk saya Aziz bin Nayan dimasukkan ke hospital kerana sakit. Alhamdulillah kini beransur pulih. Allahu Yashfik..

Dalam cuti ini saya mengikuti pengajian beberapa buah kitab bersama dengan berberapa orang guru agama yang pernah mengajar saya sewaktu di Maahad Mahmud dahulu. Saya tidak mahu cuti saya tidak dimanfaatkan dengan ilmu walaupun sedikit. Sekurang-kurangnya ilmu dapat diisi dalam dada.

Doakan saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menambahkan isi blog saya lagi. Segala apa yang diperolehi akan dikongsi bersama. Sepertimana sabda junjungan Nabi Muhammad SAW : ‘Sampaikan dariku walaupun satu ayat…’