Category Archives: 1 Hari 1 Nasihat

Tajuk Yang Tidak Rasmi : Sedikit Cerita dan Nasihat Buat Lelaki dan Perempuan (Suami Isteri)

Selesai pembacaan sebuah buku kecil berbahasa Indonesia yang sarat dengan kisah seorang isteri, ibu dan menantu iaitu Latifah al-Suli atau nama sebenar Latifah binti Husin. Mungkin ada yang bertanya siapakah dia? Kenapakah saya memilih namanya untuk diberikan sedikit pujian? Beliau adalah isteri kepada Hasan al-Banna. Menantu kepada Abdul Rahman al-Banna dan Hajjah Ummu Saad.

Dalam masa satu jam Alhamdulillah dapat saya selesaikan pembacaan yang menghampiri seratus mukasurat dalam buku Persembahan Cinta Isteri Hasan al-Banna karangan penulis Muhammad Lili Nur Aulia. Pada mulanya saya terasa mengantuk untuk meneruskan pembacaan akan tetapi sehelai demi sehelai muka surat dibuka menambahkan rasa ingin meneruskan pembacaan sehingga selesai.

Dalam bahasa yang mungkin tidak tersusun saya ingin menulis sedikit ringkasan dan kesimpulan dari sebuah kisah yang mana inilah satu sejarah yang berlaku di mana menunjukkan seorang insan bernama wanita mampu menggegarkan dunia. Saya tidak mahu dikatakan tidak memuji Ummahat al-Mukminin isteri-isteri Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah yang terbaik. Saya coretkan di sini agar dapat dicontohi buat tatapan para gadis, wanita yang mahukan satu perubahan yang baik dari seorang wanita yang lahir pada tahun yang berlalu tidak jauh dari kita.

Hebatnya seorang wanita adalah berasal dari didikan keluarganya. Lihatlah bagaimana Ibu Hasan al-Banna memilih seorang wanita yang ingin dijadikan isteri kepada anaknya, dipilih kerana bacaan al-Quran dan akhlaknya. Pakej yang ada pada diri Latifah al-Suli membuatkan dirinya layak bergelar isteri kepada Hasan al-Banna.  Inilah yang telah diaturkan Allah SWT dalam qada dan qadarnya. Di sini jugalah dilihat satu kehebatan yang tidak tertanding nilainya apabila cinta Latifah dan Hasan al-Banna bersatu tanpa cinta sebelum pernikahan. Maksiat dan dosa percuma dilakukan sebelum pernikahan berlaku. Bagaimanakah kita mengharapkan sesuatu yang hebat.. Anak-anak yang lahir akan menjadi hebat.. (mengalir air mata saya mengucapkannya kerana diri saya yang tidak seberapa dan mengenang dosa-dosa lalu)

Kembalilah kepada jalan Allah wahai orang muda seusia saya juga.. Anda belum terlambat lagi sedar dari buaian mimpi dunia.. Kamu mengharapkan akan berkahwin. Pilihlah apa yang disuruh Nabi Muhammad SAW. Semua tahu hadith itu. Kecantikan, kebangsawanan, keturunan dan Agama.. Agama yang menjadi titik mula pemilihan seorang isteri.. Wahai pemudi Islam.. Andai lelaki yang baik datang ingin menikahimu janganlah menolaknya.. Insyaallah ada kebaikan padanya. Bukan bermaksud tidak boleh memilih tetapi setelah dipersetujui keluargamu.. Maharmu yang rendah, maruahmu yang tinggi.. (Saya tidak mahu komen tentang mahar yang tinggi atau rendah.. Jangan membebankan.. sesungguhnya seorang lelaki lebih bersyukur apa yang didapatinya dalam keadaan rela hati dan terbuka)

Apabila sudah berkahwin nanti dasari rumah tangga dengan agama.. Kita sama-sama memperingatkan antara satu dengan lain. Kita sama-sama berusaha membaiki rumahtangga sedia ada. Yang belum berkahwin persiapkan diri dengan ilmu agama. Wang ringgit , persedian harta benda bukanlah utama andai tidak ada ilmu untuk menguruskannya.

Wahai wanita yang bakal bergelar isteri dan sudah bergelar isteri..jangan lupa menjaga maruahmu.. Jangan jadi tubuh badanmu tonton selain suamimu.. Jangan lupa sentiasa berhias pada suamimu.. Suamimu bukan inginkan kesempurnaan.. tetapi cukup apa cukup pada kebiasaan.. bekerjasama dalam rumah tangga.. Jangan sembunyikan perasaan dan buruk sangka pada suami atau isteri…Sikap percaya suamilah Isteri Hasan al-Banna dapat menjaga perasaan dan dirinya sekaligus menjadi penguat semangat kepada Hasan al-Banna.. Jangan cemburu buta.. Takkan ke mana.. Rosaknya rumahtangga andai tiada sikap saling percaya..

Cuba dan cuba sedaya upaya wahai isteri dan juga suami.. wujudkan suasana beragama di dalam rumah yang dibina.. Solatlah berjemaah walaupun sekurang sekali waktu sahaja dari lima.. Saya yakin dan percaya Allah akan memlihara keluarga itu.. Ajarkan isteri untuk bercukup apa yang ada.. Jangan lupa wahai suami hadiahkan isteri akan dengan kasih sayang kerana Allah.. Apa yang perlu anda lebih tahu bagaimana romantiknya…

Yang sudah berkahwin jangan lupa anda bukan berkahwin suami isteri… Ingatlah ia adalah perkahwinan yang menghubung dua keluarga.. Mentua dan besannya.. Berusahalah mengenal ahli keluarga sesame sendiri.. Suami perkenalkanlah ahli keluarga kaum kerabatmua kepada isteri dan isteri juga jangan hanya perkenal ahli keluarga terdekatmu sahaja.. Silaturrahim akan terbentuk dan keluarga menjadi aman bahagia.. (Perkara ini bukan perlu seminggu dua untuk kita kenal.. ambillah masa.. sekurangnya berjumpa di jalanan, bertempuh bahu kita kenal ini adalah keluarga.. ini rakan…)

Isteri… suami balik kerja kadang-kadang mungkin serabut.. jangan biar rumahnya juga begitu.. sekurangnya sedap mata memandang.. (Saya tujukan buat semua isteri-isteri di luar sana termasuk isteri saya di rumah.. Alhamdulillah isteri saya ni pembersih sikit kecuali jarang-jarang.. Jangan marah ya…)) Kadang-kadang anak-anak yang selerakkan barang permainan mereka..

Jangan marahkan anak-anak terutama mereka yang masih bayi.. cuba sedaya upaya jangan tinggikan nada suara.. berkata tidak baik kepada anak-anak.. Doakan mereka.. dodoikan dengan lagu selawat dan bacaan quran.. nasyid yang berfaedah.. Biarlah anak-anak kenal Allah, Nabi , Malaikat dan sesuatu yang baik.. Takkan anak-anak perlu dikenalkan kepada boboiboy, doremon, ultraman, superman dan sebagainya.. Alangkah rugi andai perkara pertama yang anak-anak kenal adalah perkara tidak berfaedah.. Cuba kita elakkan.. semangat dari suami sahaja untuk berubah tidak akan cukup andai isteri tidak bersama-sama menjadikan mereka sebagai tempat yang dikatakan sekolah yang pertama bagi anak-anak… Zikirkan sesuatu ditelinga anak bukan lagu tidak berfaedah…

Anak-anak yang akan lahir nanti.. yang sudah lahir niatkan untuk Islam.. Latih mereka mengenal agama.. Banyak buku rujukan, tanyalah yang pakar.. Ajarkan mereka dengan apa yang diajarkan Islam.. Bacalah buku karangan Abdullah Nasih Ulwan iaitu Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan ANak-Anak Di Dalam Islam) Cari di JAKIM yang terjemahan.. Dalam ini sarat pelbagai perkara..

Wahai Suami.. Saya pun sama.. Jadikan rumahtangga kenangan terindah bagi isteri.. Bukan mimpi ngeri..Jaga sebaik mungkin.. Berusaha menjadikan rumah tangga sebagai rumah tangga yang terbaik..

Saya bukan menulis semua di atas untuk mengatakan semuanya saya sempurna.. Ada juga masam manis, pahit, pedas.. Tetapi saya cuba, berdoa, bertawakal agar dapat mencontoh sedikit daripada keperibadian Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat, Tabiin, Ulama, Tokoh Islam dan lain-lain lagi tokoh yang baik.. Bagi lelaki yang membaca jadilah suami yang terbaik… Bagi wanita yang membacanya jadi Isteri yang terbaik…

Ringkasan Kitab Bidayatul Sul Fi Tafdhil al-Rasul

Ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang diambil hasil pembacaan saya dalam kitab “Bidayatual-Sul fi Tafdil al-Rasul karangan Sultan Ulama Abdul Aziz Bin Abdul Salam ataulebih dikenali sebagai Izzudin Ibn Abd al-Salam al-Salami al-Syafie  yang membicarakan kelebihan Baginda RasulullahSAW . Di dalam kitab ini terdapat 41 kelebihan Rasulullah berdasarkan sumber rasmiumat Islam dan hadith sahih. Saya ingin meringkaskan 41 perkara kepadaketerangan yang akan mudah difahami insyaAllah.

Terdapat 41 perkarayang membicarakan kemuliaan dan keagungan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan diatas muka bumi Allah ini iaitu :

  1. Nabi Muhammad adalah pemimpin bagi sekelian manusia.
  2. Di tangan baginda terdapat bendera kepujian pada hari kiamat.
  3. Nabi Adam berada di bawah panji Nabi Muhammad di hari kiamat
  4. Nabi diampunkan dosa yang sebelum dan masa depan. Tidak dikhabarkan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi terdahulu. Nabi-Nabi terdahulu tidak dapat memberi syafaat kecuali kepada Nabi Muhammad SAW.
  5. Nabi Muhammad yang pertama memberi syafaat dan ditauliyahkan Allah SWT sebagai akan memberi syafaat.
  6. Umat Muhammad selalu dilebihkannya. Nabi terdahulu doa mereka dimakbulkan setiap apa yang diminta. Tetapi keistimewaan Nabi Muhammad adalah menyimpan doa-doa makbul untuk diberikan kepada umatnya sebagai syafaat.
  7. Allah SWT bersumpah dengan nama Nabi.
  8. Allah memanggil nama kepada nabi-nabi terdahulu contohnya : Ya Adam.. , Ya Nuh.. , Ya Musa.. tetapi Allah memanggil Nabi Muhamad dengan nama jawatan yang dipegang contohnya Ya Nabi.. Ya Rasul… Inilah kelebihan Nabi SAW.
  9. Mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad kekal sehingga Hari Kiamat.
  10. Batu juga pernah memberi salam kepada Nabi SAW, Pohon/pelepah tamar pernah menangis kerananya. Tidak pernah berlaku kepada Nabi terdahulu.
  11. Mukjizat nabi amat besar. Kita melihat batu mengeluarkan air tetapi mukjizat nabi SAW air keluar dari celahan jarinya.
  12. Nabi SAW pernah memasukkan balik mata yang terkeluar dari tempatnya. Sedang Nabi Isa AS yang menyembuhkan seorang buta kepada celik.
  13. Nabi Muhammad menghidupkan hati yang kufur kepada iman sedangkan Nabi Isa AS hanya dapat menghidupkan jasad orang yang mati.
  14. Nabi-Nabi terdahulu diganjari dengan amalnya, banyak pengikut dan sebagainya. Sedangkan umat Nabi Muhammad SAW menjadi sebahagian ahli Syurga. Allah SWT telah berfirman bahawa Umat Nabi Muhammad adalah sebaik-baik ummah.
  15. Nabi-Nabi terdahulu diutuskan kepada sesuatu kaum sahaja, tetapi Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada jin dan manusia.
  16. Nabi Musa AS hanya dapat berkata-kata dengan Allah tetapi Nabi Muhammad berkata-kata dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha.
  17. Umat Nabi Muhammad adalah yang terakhir di dunia dan awal sekali akan dimasukkan ke syurga. Berbeza dengan umat nabi-nabi yang lain.
  18. Di hari kiamat nanti Nabi Muhammad yang pertama akan dibangun dan Bagindalah yang akan memberi syafaat.
  19. Nabi Muhammad juga akan menyelesaikan masalah umat-umat nabi terdahulu walaupun umat Nabi Ibrahim AS.
  20. Nabi Muhammad sebagai wasilah memasuki syuga. Jangan lupa untuk berdoa selepas azan dan iqamah.
  21. 70,000 umat Nabi Muhammad SAW akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab dan tidak akan diazab.
  22. Nabi Muhammad SAW mempunyai telaga Kauthar dan Hudh (Kolan) yang akan diberikan kepada yang memasuki syurga.
  23. Umat nabi Muhammad yang terakhir dan akan mendahului kerana kelebihan dan darjat tinggi.
  24. Nabi Muhammad SAW dihalalkan ke atasnya harta rampasan perang dan tidak pernah dihalalkan kepada umat terdahulu. Dijadikan saf-saf umatnya sebaris saf-saf Malaikat. Tanah-tanah menjadi tempat sujud dan tanah juga dijadikan alat bersuci. Inilah ketinggian martabat sekelian umat Muhammad.
  25. Allah SWT menyebut bahawa bahawa Nabi Muhammad akhlaknya agung dan tarafnya yang tinggi.
  26. Wahyu yang dikurniankan kepada nabi ada tiga jenis iaitu : Mimpi yang benar, Berkata-kata tanpa sebarang hijab, dan bersama Jibril AS.
  27. Kitab Al-Quran yang diturunkan mengandungi keterangan melebihi Taurat, Injil, Zabur.
  28. Walaupun sedikit amalan umat Nabi Muhammad SAW tetapi banyak pahalanya. (Keterangan : Jangan lupa untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah kemunkaran.
  29. Nabi memilih untuk menjadi Nabi yang menjadi hamba daripada menjadi Nabi yang memiliki takhta raja. Inilah sifat tawaduk Nabi.
  30. Nabi Muhammad SAW menjadi rahmat bagi sekelian alam. Azab bagi umat Muhammad tidak disegerakan berlaku seperti umat nabi terdahulu yang diazab.
  31. Akhlak nabi amat lembut, terpuji, sabar atas segalanya dan banyak lagi sifat baik. Inilah dinamakan sebagai sempurnanya Nabi Muhammad SAW.
  32. Sifat Nabi Muhammad yang lemah lembut.
  33. Nabi bertegas kepada orang kafir dan berkasih sayang kepada Mukmin. (Tegas nabi bukan sampai menyakiti orang kafir, tetapi tegas yang mengandungi kelembutan akhlaknya)
  34. Penyelamat iman umatnya.
  35. Nabi Muhammad sabar dalam menyampaikan risalahnya. Sampaikan malaikat yang datang ingin membalikkan bukit kerana melihat Nabi Muhammad dihina dan dicaci serta dicederakan sewaktu di Thaif. Nabi menghalangnya.
  36. Nabi mejadi saksi kepada Nabi-Nabi yang lain seandainya ada pengikut nabi terdahulu yang menyatakan nabi-nabi mereka tidak menyampaikan dakwah yang sebenar. Keterangan Nabi Muhammad menjadi saksi yang akan sentiasa membantu Nabi-Nabi terdahulu.
  37. Umat Nabi Muhammad takkan sesekali berhimpun melakukan kejahatan dan kesesatan seperti yang dihadapi nabi-nabi terdahulu yang berpakat untuk menentang nabi. (Keterangan : mungkin berlaku segelintir yang sesat akan memutar belitkan al-Quran dari maknanya sebenar, tetapi mustahil berlaku kepada memesong ayat al-Quran yang dipelihara Allah SWT.
  38. Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dipelihara Allah dan tidak akan berlaku sepertimana yang berlaku kepada taurat dan injil.
  39. Allah menutup segala dosa yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad SAW sehingga sampai hari kiamat dan tidak diazab segera.
  40. Perkataan Rasulullah walaupun sedikit tetapi banyak maksudnya.
  41. Keagungan Nabi mengatasi nabi-nabi lain dan juga mengatasi malaikat-malaikat.

Semoga Allah melindungi saya dari mengatakan sesuatu yang dusta berkaitan Nabi Muhammad SAW.Moga ringkasan dari pembacaan ini yang saya coretkan sedikit dapat memberikankefahaman dan melahirkan rasa cinta kepada seorang yang bernama Nabi MuhammadSAW. Marilah berselawat dan sentiasa mezahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW…

1 Hari 1 Nasihat (Setiap Manusia Akan Mati)

Setiap manusia akan merasai mati. Tiada manusia yang ditakdirkan atas bumi ini pasti akan meninggalkan dunia. Tiada juga yang akan hidup sepanjang masa melainkan Allah SWT.

Ramai manusia leka dan tidak takut kepada kematian. Ada yang masih berfoya-foya, leka dengan nikmat dunia yang sementara ini. Allah merahsiakan waktu kematian supaya kita sentiasa bersedia untuk menhadapinya.

Kematian bukan untuk si tua, tetapi tiap peringkat umur ada waktu yang telah ditetapkan kematian untuk mereka. Kanak-kanak ada yang meninggal dunia, usia remaja mati kerana kemalangan atau sebagainya. Mati tidak kenal kepada kita. Tetapi kematian amat kenal kepada kita. Tidak ada penundaan umur yang mungkin apabila mati datang menjemput.

Umur yang diberikan Allah janganlah disia-siakan dengan melakukan perkara mazmumah. Apalah guna umur panjang tetapi kita lupa kepada Allah. Jadilah orang yang bersyukur dengan nikmat umur, kesihatan, kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita…

(1 Hari 1 Nasihat)Sifarkan Dengki-Mendengki

Dengki-mendengki sememangnya dikenali sebagai sifat mazmumah yang wajib dijauhi. Ada juga dikalangan kita menggelarnya sudah mendapat PHD (Perasaan Hasad Dengki). Sifat begini amat disukai oleh syaitan laknatullah alaihim.

Kenapa wujudnya sifat dengki-mendengaki sesama manusia? Dengan bahasa yang lebih mudah kadang-kadang kita berasa hasad dengki dengan seseorang. Apa yang pengdengki itu dapat dari orang yang didengkinya? Sebenarnya pengamatan saya ianya adalah perasaan yang tidak ingin melihat orang lain lebih dari dari diri pendengki.

Contoh yang mudah untuk dikongsi bersama ialah apabila seseorang itu kaya, sifat dengki yang wujud kepada orang kaya tersebut adalah merosakkan kepercayaan si kaya bahawa kayanya adalah dengan perkara tidak halal. Sifat dengki ini akan mengakibatkan timbul perkara buruk lain seperti fitnah, buruk sangka, dan sebagainya.

Jauhkanlah sifat tersebut, moga ianya bukan menjadi sifat yang sering dikaitkan dengan diri kita. Tiada apa pun faedah yang boleh didapatu darinya. Amal makruf nahi munkar….

Warkah Cinta Suami Buat Isteri Tersayang…

Alhamdulillah sebagai suami kami bersyukur memiliki kamu wahai isteri. Hidup yang dahulunya keseorangan, datangmu membawa seribu satu rahmat. Inlah kurniaan Allah yang maha mencipta yang menjadikan tiap sesuatu mempunyai pasangan.  

Menyuntingmu untuk dijadikan pasangan dengan harapan untuk menjadi tongkat serta tulang belakang kami yang takkan kuat tanpanya dibelakang. Memilihmu bukan senang seperti memilih barangan keperluan di pasar-pasar, tetapi atas nama mengikit sunnah yang Nabi kita tinggalkan.  

Cantikmu bukan ukuran, hartamu bukan diidamkan. Tetapi agamamu menjadi sandaran. Disamping keturunanmu yang baik untuk kesinambungan zuriat yang hebat dan bakal lahir kelak.   Sesempurnamu bukan diharapkan seperti cantiknya Hawa,  sabarmu seperti Rahmah, manjamu bak Saidatina Aisyah, sehebat Khadijah tetapi sifat mereka sentiasa dijiwai. Kami juga bukan manusia yang hebat seperti nabi, sesempurna malaikat bahkan bukan juga rasul yang sabar. Kami sentiasa ingin meletakkan diri kami sejuk dipandang oleh kamu sang isteri.  

Janjilah pada kami untuk setia dan sabar melayani kami. Kami juga akan menjiwai watak lelaki idaman yang dengan adanya kami disisi bakal meletakkanmu di tempat mulia selayaknya untukmu…

(1 Hari 1 Nasihat) Nasihat Tanpa Jalan…Tiada Gunanya…

Saya terbaca mengenai dengan pelbagai nasihat-nasihat ditulis di dalam buku, majalah, surat khabar dan pelbagai lagi. Namun tiap nasihat yang diberi tidak ditunjukkan jalan keluar. Mungkin agak keliru kenyataan saya untuk difahami. Ramai pakar-pakar penasihat rasmi dan juga penasihat-penasihat kedai kopi yang mengeluarkan pendapat, nasihat serta motivasi tidak tersusun. Semua orang boleh menasihatkan dan menegur seseorang. Tetapi dalam mengeluarkan kata kita lupa untuk menunjukkan jalan untuk dilalui..

Sebagai contoh untuk difahami :

1) Kita melihat ramai orang mengalami masalah yang pelbagai. Kita boleh menasihatkan dengan bermacam-macam nasihat, tetapi jalan untuknya keluar dari masalah tidak kita tunjukkan. Ia sama dengan belajar teori semata-mata tetapi tiada gunanya jika praktikal tiada.

2) Menasihatkan orang lain agar menjadi baik. Tetapi kita gagal menunjukkan jalan apa yang patut digunakannya. Baiknya seseorang andai takdirnya berjumpa jalan yang betul. Kita patut sedar, orang jahat juga menggunakan jalan baik untuk menarik minat seseorang. Agama kristian sanggup mengeluarkan banyak derma untuk orang lain, semata-mata memperlihatkan “kebaikan” mereka yang sebenarnya jahat belaka.

3) Dan lain-lain…

Pelbagai isu yang timbul jika sekadar wujud nasihatnya sahaja, tetapi jalan sebenarnya untuk dilalui tiada maka apalah guna nasihat itu.  Berbuih mulut sahaja pun jika tiada penyelesaian untuk dilalui maka ianya hanya sia-sia belaka…

(1 Hari 1 Nasihat) Kesusahan Bukan Alasan Melepaskan Diri..

Tiada manusia di atas muka bumi ini terlepas dari kesusahan. Cuma berbeza dari sudut kecil atau besar kesusahan itu. Kesusahan yang berlaku itu ada kala membuatkan manusia semakin ingat kepada pencipta. Ada yang mencemuhnya kerana kesusahan yang dihadapi itu berat.

Terdapat beberapa situasi yang saya pilih untuk kita renungi adakah ianya membawa kesusahan atau melepaskan kesusahan kepada orang lain.

1) Seorang bapa mengahwinkan anaknya untuk melepaskan tanggungjawabnya dengan berkata kepada menantunya : “Lega dapat kahwinkan kamu berdua dan lepaskan tanggungjawab kepada kamu ya anak menantuku…”

2) Anak berkata kepada ibu bapanya : “Ayah dan mak saya nak hantar mak ayah ke rumah orang-orang tua. Saya sibuk sangat tak dapat jaga mak dan ayah..”

3) dan lain-lain lagi…

Melihat kepada situasi pertama dan kedua, menunjukkan bahawa melepaskan tanggungjwab sendiri untuk diberikan “kesusahan” itu kepada orang lain dengan jalan selamat. Janganlah dipandangnya sebagai satu kesusahan. Ia menjadi tanggungjawab. Janganlah mengucapkan kata-kata sedemikian yang terkadang akan mengguris hati insan yang mendengar…

Benarlah Allah SWT berfirman yang bermaksud :

dan apabila manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah Dia tidak pernah merayu kepada kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) Demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

(Surah Yunus : 12)