Monthly Archives: March 2009

Cinta.. kesudahannya.. Kahwin atau tidak?

Cinta semuanya manis tapi kalau sudah jadi pahit… hanya Allah yang tahu. Pandangan kita kepada cinta segalanya berakhir dengan sngsara.. Betul atau tidak? jawapannya ada pada diri anda sendiri. Anda bijak metafsir maksudnya.

Bermula cinta dengan ayat-ayat cinta tapi berakhirnya dengan maki-hamun nista..

Melayari cinta dengan sayang abang, tapi berakhir dengan aku engkau..

Ambillah pengalaman cinta yang tak kesampaian. terlalu banyak yang didengarkan.. Selalunya hanya mati di sekerat jalan. Sedikit yang dapat meneruskan perjalanan.

Nukilan sebuah kisah yang berlaku hampir denganku.. takut hendak diceritakan. Sebagai pelajar Agama tidak terlintas akan berlaku sedemikian. Cintanya bersulam noda. beberapa  wanita menjadi mangsanya. Ayat-ayat cinta didahulukan. tapi kesudahan…… tiada satu yang bertahan. Kesemua wanita hilang maruah diri kerana kejantanan seorang lelaki. Kenapa wanita sanggup memberikannya kepada lelaki itu ? walaupun bukan “dara” yang diberi tapi tubuh jadi santapan pelukan. Habis dipeluk ditinggalkan.. (Jangan Ikut Perangai Syaitan)

Alangkah bagusnya seorang rakanku yang kini jauh di Semenanjung Arab. 2 wanita berkongsi kasih suami. terkejut pada mulanya tetapi bila bertemu alangkah bahagia mereka.. Lelaki yang bakal memperolehi 2 anak sekaligus ini dari perkahwinan mereka.. (Ikutan Yang Baik tetapi bukan wajib)

Bila ditanya tentang kahwin macam- macam alasan.. tak mampu… tidak cukup wang… tapi cukup nafsu pula..

Bincang elok-elok kepada ibu bapa anda. Khabarkan dengan penuh hikmah. Berdoa kepada Allah dipermudahkan segalanya..

Sengaja aku nukilkan buat peringatan setiap umur insan.. harap menjadi sedikit tazkirah cinta buat sang pencinta..

Pujian Kepada Rasulullah SAW.

Tempat : Surau Al-Falahiyyah

Masa: Lepas Maghrib.

Penceramah : Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri.

Isu ceramah yang dibincangkan terbahagi kepada dua :

  1. Puji
  2. Selawat ke atas Nabi.

Puji menggambarkan sifat yang baik dilakukan seseorang. Ulama menghukumkan pujian kepada dua iaitu memujikan seseorang dengan benda betul. seterusnya pujin hanya kerana Allah. Hukum orang yang dipuji jangan jadi riak, sombong dan takabbur.

Pujian kepada Rasulullah tidak dapat digambarkan. Selawat yang memuji nabi bagaikan bulan, matahari dan bintang kerana itu yang besar bagi kita. Pujian kepada nabi tidak dapat tergambar dengan sesuatu.betapa hebatnya nabi kita.

Kadang-kadang orang memuji seseorang lebih dari realiti. Memuji orang dengan benda yang menaikkan semangat kesombongan dirinya. katanya dialah hebat dari segalanya.

Sirah nabi ada mencatatkan kisah Nabi Muhamad bersama Saidina Abu Bakar serta ahli rombongan lain mengembara. Di pertengahan jalan mereka singgah di sebuah khemah yang dihuni Abu Ma’bad dan Ummu Ma’bad. Abu Ma’bad ketika itu tiada di rumah. Saidina Abu Bakar bertanya kepada Ummu Ma’bad bolehkah menjadi tetamu di rumahmu? Ummu Ma’bad berkata tiada apa di dalam khemah ini kecuali kambing yang kurus sahaja. yang susunya tiada. Mukjizat nabi berlaku dan kambing mengeluarkan susu yang banyak. Saidina Abu Bakar menjadi jurucakap kepada Nabi Muhammad.Pada petangnya Abu MA’bad pulang dan Ummu ma’bad menceritakan hal tersebut. Dalam ramai-ramai orang yang adatang hanya seorang yang tidak bercakap banyak, tawadduk dan wara’. Abu ma’bad menyangkakan itulah nabi. Perjalanan mereka sampai di Quba. Orang di situ menyambut Abu Bakar kerana menyangka beliau Nabi. Apabila fajar makin meninggikan cahaya matahari kena kepada nabi, lantas Abu Bakar melindungkannya dengan kainnya. Selapas itu baru semua orang tahu siapa nabi yang sebenarnya..

Ceramah diteruskan lagi memberitahu tentang janji yang dilafazkan biarkan ia disangkutkan dengan “Insyaallah”. Janji kadang-kadang tidaklah tepat tapi selalunya lebih kurang. Untuk masa yang tepat tidak selau dapat didahulukan.

Bicara tentang solat semua manusia beragama ISlam tahu. Tahu terlalu susah untuk mendirikan solat. Kusyuk dalam solat juga perkara yang susah. Bila bersolat hati dan fikiran teringatkan macam-macam perkara. Kadang-kadang mencari benda atau harata kepunyaan kita pun dalam solat akan membuatkan terjumpa. Manusia kadang-kadang rasa ok dengan solatnya.

Tawaran kepada Abu Dzar Al-Ghifari daripada rasulullah SAW yang diamalkan dan diterima sebagai tawaran yang amat bermakna.

  1. Solat witir sebelum tidur
  2. Solat sunat dhuha. Sekurangnya dua rakaat.
  3. Berpuasa 3 hari dalam sebulan.

Sambutan MAulidur Rasul yang lepas pasti mengingatkan kita tentang perjuangan NAbi Muhammad SAW yang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah ini. Apa yang patu kita perlu melahirkan rasa syukur kita. Datangkan rasa cinta kepada nabi SAW. Membaca sirah, hadis dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW bagi melahirkan cinta dan sayangnya kepada Rasul kita. Ziarahilah Makam kekasih Allah. NAbi SAW ada menyebut: mafhumnya sesiapa yang memberi salam kepadaku, Akanku jawabnya. Mempraktikkan Sunnah Baginda SAW supaya hati kita akan lebih dekat dengan Nabi.

Soalan 22

S: Apakah hukum bagi orang yang berenang selat Inggeris  dan solat qasar yang dilakukan untuk mecapai rekod? mydin

J: Adakah rekod yang dilakukan itu rekod yang membawa sumbangan kepada agama Islam ataupun rekod dunia yang hanya untuk dirinya. Perlu didahulukan apa yang lebih awlawiyyat (Prioriti) ataupun membawa kepada keutamaan. Solat Qasar harus baginya.

Soalan 21

S: Apa pendapat anda tentang “jihad ekonomi”? jihad-ekonomi

J: Sepanjang pemgamatan dan kefahaman istilah “Jihad Ekonomi” adalah satu istilah moden. menggabungkan jihad dan ekonomi. Jihad juga membawa maksud bersungguh-sungguh. untuk istilah bersungguh-sungguh ini digabungkan dengan ekonomi membawa makna yang lebih kuat.

Penjajahan ekonomi Malaysia sendiri yang memakai sistem barat patut dilancarkan jihad ekonomi untuk membangunkan ekonomi Malaysia agar lebih sistematik.

Kalimah “jihad” amat ditakuti oleh negara barat. Berkemungkinan jihad bagi mereka adalah “jahat”. ini adalah kefahaman yang bersifat ortodoks kerana mentafsirkan kalimah yang mulia kepada keji. Jihad juga dikaitkan dengan pengganas kononnya.

Sebaiknya kita mengubah persepsi masayarakat terhadap kalimah jihad sendiri.

Sufian as-Sauri berkata المال صلاح لنا.  yang membawa maksud harta itu senjata kita. Harta diletakkan sebagai alat untuk mencapai matlamat. bukan harta yang dikejar untuk mencapai matlamat kita.

Seharusnya kita harus mengorak langkah untuk memajukan ekonomi. Antara yang menjadi fardu ain bagi kita adalah belajar ilmu. Ilmu akan memaikkan martabat umat Islam sekarang. Membina kepakaran dalam setiap bidang ilmu.

Soalan 20

S: Apakah hukum wanita cukur bulu kening?Jika tidak boleh bagaimana jika suami memaksa? gambat-cukur-bulu-kening1

J: Hukum islam tidak membenarkan mencukur bulu kening. Syeikh Abdul Aziz Bin Baz mafhum dari katanya mencukur bulu kening yang menutup mata dibolehkan. Ia darurat dan diharuskan mencukurnya. Tabarruj adalah berhias untuk suami. Jadi suami hendaklah memahami hukum agama yang mana halal dilakukan dan yang mana diharamkan dalam islam. Isteri yang berhias jangan sampai melampaui batas. Jika keluar dari rumah gelagat mata memandang akan mengulangi pandangan. ini haram.

Jangan hanya isteri berhias untuk suami, sedangkan suami selekeh dan tidak berhias kepada isteri.

Soalan 19

S: Kenapa dinamakan hari tasyrik?

J: Makna tasyrik sendiri membawa maksud pecah atau selerak.  Pada Hari raya korban kita akan melakukan korban. Daging korban dipecahkan bahagian untuk diagihkan kepada orang. Orang arab menyimpan daging korban, untuk mengekalkan daging dari busuk dan rosak ia menjemur daging. jemuran yang diselerakkan untuk daging cepat kering.

(Mungkin ada penambahan lagi- Jawapan sedikit ini saya ambil dari isi pertanyaan semasa kuliah)