Monthly Archives: September 2009

Tazkirah Ramadan-Syawal (Terakhir)

Takbir syawal mula bergema bermula dari lepas maghrib. Kita dapat lihat di kaca televisyen, radio tidak henti-henti menyiarkan takbir hari raya. Rakan saya dari mesir menceritakan betapa sentimentalnya takbir versi Malaysia. Dikatakan ramai yang menangis teringat kampung halaman.

Walaupun sibuk setiap orang menyediakan persiapan menyambut aidilfitri tetapi janganlah lupa untuk beetakbir kepad Allah SWT. Apa salahnya ketika memasak kita bertakbir, sambil menggantung langsir bertakbir bersama keluarga.

Bagi yang belum menunaikan zakat fitrah tunaikan dengan segera sebelum menunaikan solat sunat hari raya. Beramai-ramai lah ke masjid. Ajak ahli keluarga menunaikan solat sunat hari raya. Selepas itu kunjungilah pusara bagi yang telah lama meninggalkan kita.

Alhamdulillah selasai tazkirah ringkas online dari saya. Moga apa yang baik diambil dan yang tak baik dijadikan sempadan. Ucapan tahniah buat seluruh umat islam kerana telah melepasi Ramadan selama sebulan. Tiba Syawal sebagai hari kemenangan buat kita..

Advertisements

Tazkirah Ramadan-Syawal Siri 2..

Sampai juga kita ke siri 2 ini. Hari ini sudah masuk ke 29 Ramadan. Kita dah semakin dekat dengan Hari Raya AidilFitri. Guru saya ada menceritakan budaya masyarakat arab saling mengucapkan tahniah kepada sesama rakan-rakan, keluarga dan lain-lain lagi. Adakah kita mengucapkan tahniah kepada sesama kita apabila telah berakhir ramadan?

Mesti anda tertanya kenapa perlu ucapan tahniah tersebut. Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahin antara sesama Muslim. Di samping itu juga ucapan tahniah sebagai doa buat seseorang.  Masyarakat kita sering mengucapkan selamat “Hari Raya”. Mungkin Hari Raya yang selamat. Mana ucapan selamat buat kita? Saya bukan bertujuan untuk mengubah makna selamat hari raya tetapi alangkah baik kita mengucap ucapan  selamat kepada orang yang kita berjumpa.

Sepanjang apa yang saya lihat dari kecil sampai umur sekarang hari raya memang setiap masa berubah. Kecil dahulu dapat duit raya, bila besar kena bagi duit raya. Sememangnya adalah perkara mulia apabila bersedekah. Amalan bersedekah di bulan puasa sememangnya digalakkan. Sebagai tambahan kadang-kadang ada ramai kanak-kanak yang datang ke rumah kita berkunjung beraya. Kalau ada di celahan itu anak-anak yatim alangkah baiknya diberikan “special sampul raya” buat si anak itu. Ini sebagai membantu meringankan bebannya, selain menjadikan dia bergembira menyambut raya. Sungguh besar pahala membahgiakan anak yatim.

Di pagi raya kita disunatkan mandi sunat hari raya. datang awal ke masjid bertakbir. Kadang-kadang ada yang takut datang awal ke masjid untuk bertakbir takut “mikrofon” sampai “turn” untuk bertakbir. Mungkin takut untuk takbir panjang-panjang. Bagi saya terpulang sahaja untuk takbir panjang ataupun pendek.

Amalan bermaafan amat digalakkan bukan pada bulan Syawal sahaja tapi pada setiap masa apabila ada melakukan kesalahan. Amalan ziarah menziarahi amat baik dalam Islam. Dikatakan Nabi Muhammad SAW apabila pergi menunaikan Solat Sunat AidilFitri berjalan kaki ke masjid melalui jalan biasa, apabila pulang baginda akan pulang melalui jalan lain. Ini menunjukkan Nabi SAW menziarahi ramai orang.

Saya akan sambung siri terakhir nanti… semuanya 3 siri..

Tazkirah Ramadan-Syawal Siri 1..

Alhamdulillah kita telah berada di penghujung Ramadan. Jangan kita hentikan pencarian malam lailatul qadar. Hadis nabi ada menyebut carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir. Dalam periwayatan lain tujuh malam terakhir. Walaupun malam lailatul qadr tersembunyi bila dan masanya jangan berputus asa untuk mencari kelebihan malam itu. Kalau sudah terlepas malam itu juga jangan kita henti untuk melakukan ibadah kita sebagai hamba Allah.

Pengamatan saya dalam melihat apabila menyambut Syawal ia satu hadiah yang Allah berikan kepada hambanya apabila sebulan melaksanakan ibadah puasa. Madrasah Ramadan yang kita tempuhi menjadi titik permulaan kepada ahli sufi untuk berubah menjadi hamba Allah yang terbaik. Hijrah untuk berubah bermula apabila selesai menempuhi sesuatu ujian Allah.

Ada di kalangan ahli sufi apabila 6 bulan selepas ramadan tidak henti2 berdoa untuk Allah supaya menerima ibadah yang dilakukan pada Ramadan yang lepas. Apabila 6 bulan untuk menghampiri ramadan akan datang akan berdoa moga Allah izinkan Ramadan akan datang lagi untuk mereka. Ini menunjukkan bagaimana peribadatan seorang hamba yang mengharapkan keredoaan Allah SWT.

Seteruskan akan bersambung tazkirah dalam siri ke-2..

Soalan 29 (Isu Zakat)

Ada yang bertanya isu zakat apabila seseorang tidak menyelesaikan zakat hartanya dengan alasan terlupa adakah akan bertambah gandaan apabila masuk tahun baru. Saya pada mulanya sedikit pening dengan soalan ini. Ada sahabat mengatakan gandaan seperti membayar kifarah puasa akan berganda-ganda bilangannya.

Apabila meneliti dan membuka kitab fiqh dan juga bertanya kepada Tuan guru saya mudah sahaja jawapannya, ia tidak berganda seperti puasa. Bayar seperti yang telah dikira pada cukup haulnya. Misalnya kalau tahun 2008 perlu membayar zakat RM2000. Tiada berlaku gandaan pada tahun berikutnya. Dengan kata lain bila seseorang teringat untuk  membayar zakat langsaikan segalanya pada bila masa pun.

Lagi-lagi tentang USIM..

Saya tidak mahu komen apa yang dinyatakan kerana sudah banyak berita mengenai perkara ini. Apa yang menyedihkan tindakan ini boleh mencemarkan kedua-dua belah pihak. Pihak USIM dan juga Pn. Yasmeen Norhazleena Bahari (Bekas Pensyarah USIM).

Tindakan demi tindakan dapat dilihat. Saya merasakan apa yang berlaku seperti “mencemarkan 10 Ramadan terakhir”. Pelajar USIM mesti sudah tidak lagi melenting dengan tohmahan yang dilemparkan. Apa pun saya berharap pihak media tidak menjadi “batu api” dengan apa yang berlaku. Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi besar. Mungkin anda sendiri dapat membuat kesimpulan.

USIM adalah universiti terbaru, bagi saya dengan apa yang berlaku akan menjadikan pelajar USIM dilihat sebagai pelajar yang mendapat markah kasihan. Walhal kita lihat berapa ramai yang lulus peperiksaan dengan apa yang guru atau pensyarah beri. Saya rasa kalau ikut skema pemarkahan tiada pelajar yang akan lulus cemerlang. Guru atau Pensyarah sudah tentu melihat kalau ada “jawapan” juga walaupun sedikit.

Saya menyanjung tiap guru, ustaz dan pensyarah yang memberi ilmu kepada saya. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Puan Yasmeen Norhazleena Bahari kerana dia juga pernah menjadi guru saya.

Saya juga meletakkan kepada pihak berwajib memainkan peranan yang sewajarnya. Moga pelajar USIM tidak menjadi mangsa keadaan kerana kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

Link akhbar Kosmo : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Jom iktikaf..

Maksud Qadr yang membawa maksud takdir, kemuliaan, hukuman atau keputusan ditetapkan Allah dan bermacam-macam lagi penafsiran.

Saya ingin memetik kata-kata Ibnu Rajab al-Hanbali membahagikan Ramadan kepada tiga fasa. Fasa pertama sepuluh hari. Fasa kedua dan fasa ketiga. Alhamdulillah kita telah sampai ke fasa di mana telah disebutkan nabi sebagai istimewa.

Sepertimana yang dinyatakan dalam surah al-Qadr seperti yang sedia maklum. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Kiraan yang sungguh banyak bagi kita sebagai umat nabi Muhammad SAW. Umur umat nabi Muhammad yang tidak sepanjang umur umat terdahulu yang menjangkaui umur beratus tahun lamanya.. Nabi di sepuluh malam terakhir akan bangun beriktikaf..

Saya ingin mengajak kepada semua termasuk diri saya sendiri moga kita melipatkan gandakan usaha dalam beribadah kepada Allah. Lailatul Qadr yang kita cari pada 10 malam terakhir menjadi milik kita. Tidak mustahil semua ini.. Dengan melakukan iktikaf, solat sunat, baca quran, berzikir dan sebagainya…

Moga Allah memberikan kita tenaga untuk kita bangun beribadah. Tengok bola boleh bangun kunci jam. Apalah salahnya kita bangun untuk beribadah. Moga madrasah ramadan yang kita tempuhi sekarang akan menjadikan kita hamba Allah yang istiqamah melakukan ibadah, baik wajib ataupun sunat..

Salam Nuzul Quran 17 Ramadan..

Di dalam bulan Ramadan pelbagai peristiwa sejarah Islam yang berlaku seperti Perang Badar, Nuzul Quran dan lain-lain lagi. 17 Ramadan meyaksikan satu peristiwa diturunkan Al-Quran buat kali pertama di Gua Hira melalui perantaraan Malaikat Jibril AS .Sebanyak  5 Surah dari surah al-Ala’.

Nuzul yang membawa maksud yang turun dari atas ke bawah. Dari Allah turun kepada Nabi-Nya. Iqra yang membawa erti bacalah yang di ajarkan kepada Nabi Muhammad SAW. 3 Kali dipeluk kuat oleh Malaikat Jibril disuruh bacalah, dan 3 kali Nabi menjawab tidak tahu membaca. Sesungguhnya perbuatan Nabi menjawab tidak tahu membaca adalah satu kemulian buat beliau. Ini menangkis tohmahan dari orientalis barat yang menuduh nabi mereka-reka fahaman Islam. dan juga menuduh nabi mencipta sesuatu yang baru bukan dari nenek moyang terdahulu..

Rentetan dari beberapa bulan Nabi Mohamad SAW berkhalwat mengabdikan diri berfikir dan beribadat kepada Allah SAW. Menjauhkan diri dari jamaah manusia di Mekah. lebih kurang 6 bulan beribadat (ketika itu solat belum difardukan, dikatakan nabi lebih banyak berfikirkan kejadian kekuasaan Allah SWT). Menjawab persoalan bagi yang ingin bertapa di gua-gua atau di gunung- ganang ini adalah bukan suruhan nabi kepada umat Islam.

Sesungguh kita wajib mengambil istifadah daripada peristiwa Nuzul Quran yang menyuruh kita menbaca dan menelaah bahan kajian ilmiah. Pupuk semangat membaca di dalam diri. Didik diri membudayakan membaca dalam diri. Moga kita sama-sama berniat untuk membiasakan diri membaca bahan. Ambil bacaan berunsur memberi ilmu pada kita. Moga segala yang disampaikan buat diri dan untuk semua pembaca..