Monthly Archives: January 2009

Semarak Cinta Masjid (Forum di Masjid al-Taqwa) 17 Jan 2009

Ahli panel terdiri daripada :

Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ustaz Zamihan Mat Zin

Moderator : Ustaz Fauzi Mustafa

Kenapa masjid cintanya kadang- kadang bermusim. Ini dapat dilihat pada bulan- bulan kebesaran Islam. Forum membincangkan peranan masjid. Majid di bina unutk menjadi tempat sujud umat Islam kerana dengan sujud dekatkan diri kita kepada Allah.

Di dalam masjid kita secara secara lazimnya kita akan bersopan apabila berada di dalamnya. Masjid mempunyai banyak peranan khususnya di zaman Rasulullah masih hidup. Majid dijadikan tempat perhimpunan, tempat kesalahn diadili (Mahkamah), tempat untuk Syura, tempat tahanan perang dan bermacam- macam lagi.

Perbincangan juga mendekatkan pemahaman kita kepada Fardu kifayah. Kadang- kadang kita selalu mengatakan tak perlu ke masjid beramai- ramai kerana fardu kifayah. Orang lain sudah buat kita tak payah. Betulkah? Adakah betul tentang pemahaman kita tentang itu? Terdapat beberapa kretirea yang diulaskan oleh ahli panel. Secara umumnya tuntutan fardu kifayah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ramai  yang tidak memahami tuntutan fardu kifayah dengan erti kata yang sebenar dalam konteks solat berjamaah.

Imarah masjid dalam erti kata yang sebenar juga membawa maksud memakmurkan masjid. Satu kisah yang dirakamkan apabila Umar al- Khattab mencari panglima perang. Ia mencari pemuda yang hatinya dekat dengan masjid. Pada suatu hari Nukman bin Muqarrin sedang solat pada waktu pagi. Datang Umar menghampirinya selepas nukman selesai bersolat dan menawarkan kepadanya jawatan panglima perang. Ini menjadi bukti insan yang dekat dengan masjid hatinya kuat.

Kekuatan umat Islam juga akan kuat apabila masjid dipenuhi. ini dibuktikan dengan pendapat seorang tokoh ulama’ yang mengatakan Yahudi takkan kalah apabila umat islam memenuhkan masjid pada waktu subuh.

Hasan al-Banna pernah mengutuskan orang kanannya unutuk pergi ke Palestin bagi melihat keadaan di sana. Apabila ia pulang wajah orang kanan itu sugul kerana dia ada berjumpa dengan orang Palestin dan mengajaknya ke masjid tetapi ia menolak pelawaan tersebut. Ini menjadi bukti kenapa Palestin jatuhj ke tangan Yahudi.

Abdullah bin Ummi Makhtum pernah meminta pengecualian daripada solat berjamaah. tetapi Nabi Muhammmad SAW menyatakan adakah dia kedengaran azan dari rumahnya. Abdullah menjawab ia mendengar azan. Rasulullah menyuruhnya solat berjamaah juga. ini membuktikan walaupun Abdullah seorang yang cacat penglihatan solat jamaah amat penting. ini tidak menjadi alasan bagi orang yang biasa.

Di akhir perbincangan membincangkan tentang perhiasan kita apabila ke masjid. Dalam Fiqh Manhaji ada menyebut tentang pakaian yang sesuai ke masjid. Ikutlah Uruf dan adat tempat itu. Mana yang sesuai apabila kita ke masjid. Mana mungkin kita berpakaian bertali leher ke masjid apabila urufnya kita berkain pelekat berbaju melayu untuk ke masjid. Yang penting sekali hendaklah membersihkan diri apabila hendak ke masjid. berwangi- wangian untuknya.

Bersama kita semarakkan cinta kita kepada masjid. Umat Islam akan bertambah kuat lagi kerana masjid menjadi pusat janaan Iman dan Takwa

Advertisements

Sejarah Kezaliman Yahudi laknatullah Alaih

Kezaliman yahudi semamemangnya di ketahui dari awalnya sampai sekarang. Terkenal dengan sifat keji lagi kotor, hasad dengki, perompak, penyamun, penjahat, takabbur dan segala sifat mazmumah memang milik hati mereka. Disenaraikan sedikit sebanyak ingin saya bongkarkan kejahatan mereka yang bersifat lebih dari binatang kerana binatang pun tiada sifat mazmumah yang di sebutkan :

  1. Peristiwa ini berlaku akibat kekejaman melampau yang dilakukan oleh Zionis dan gerila- gerila Yahudi di kampung Abu kabir, Dir Yasin, Abu Syasyah, Al-Lad, Al-biyyun dan al-Syeikh. PAda 31 MAc 1948 kumpulan militan dan pengganas yahudi yang dikenali sebagai Hajnah telah membunuh penduduk kampung di Abu Kabir yang cuba mkelarikan diri.
  2. 9 April pula kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Begin ( yang kemudian menjadi perdana menteri Israel) membunuh 250 orang Islam di Dir Yasin. 100 daripadanya adalah wanita. selebihnya di angkut dengan menggunakan trak lalu di arak depan penduduk Yahudi untuk di lontarkan batu kepada mereka.
  3. Tanggal 14 Mei 1948, Hari Britis mengakhiri zaman jajahan ke atas Palestin, menyaksikan pembunuhan kejam ke atas penduduk penduduk Abu Syasyah sebanyak 50 orang. Sebahagian mereka di tembak menggunakan senjata api dan sebahagian lagi di pecahkan kepala menggunakan kapak.
  4. Pada 11 Julai tahun yang sama menyaksikan keganasan yang sungguh menyayat hati. Komando Yahudi yang diketuai oleh Moshe Dayan menyerang kampung al-lad. Mereka berlari ke madjid, lalu di kepung Yahudi dan di bunuh di situ juga.Seramai 176 mati di bunuh. Yang berada di dalam kampung di halau keluar. Sebahagian daripada mereka meninggal dunia dalam perjalanan.
  5. Pada 29  Okt pula menyaksikan pembunuhan ke atas penduduk Al-Biyyun. Penduduk di arah berkumpul di kawasan lapang dan mereka ditembak dari semua arah.
  6. Pada akhir tahun 31 Dis 1948 kumpulan Hajnah sekali lagi menyerang penduduk kampung Al-Sheikh. Kebanyakan mereka di bunuh di rumah sendiri.
  7. Tahun 1982 yang mengemparkan dunia berlaku pembunuhan di 2 khemah pelarian di Sabra dan Syatila di selatan Lubnan. Tiga hari berturut-turut 16-18 Sept tentera Yahudi di bawah pimpinan menteri pertahanan ketika itu Ariel Sharon telah melancarkan serangan yang mengakibatkan 3000 Orang tidak berdosa mati di bunuh. Jurucakap rejim yanhudi berkata hanya 800 orang di bunuh tetapi Armen Kapeliouk wartawan yang masuk khemah tersebut melihat 3000 orang mati dibunuh. Agensi Palang Merah mendakwa mereka mendapati 2750 Orang Islam di bunuh. Ada sesetengah pihak mendakwa jangkauan mati di bunuh melebihi 7000 oarng.
  8. Pada 1 Muharram 1430,  serangan yang di lakukan sehingga 15 Januari 2009 mengakibatkan 1000 jiwa melayang dan 8000 cedera.

Adakah kita hanya duduk diam sehaja. Adakah hati anda tidak tersentuh? Senjata kita berdoa memohon keselamatan penduduk Palestin. Lupakah peristiwa tentera Abrahah? Burung yang membawa batu dari neraka menjatuhkan batu ke atas tentera yang menuju ke Makkah untuk menghancurkan Kaabah. Tidak mustahil semua ini akan berlaku. Sama lah kita berdoa moga Palestin dan seluruh negara Islam di selamatkan Allah. Jangan alpa dan lupa pada melaksanakan suruhan Allah.

Pujangga Arab berkata:

ما معنى فلسطين – بلا أقصى ولا قدس

فلسطين بلا لأقصى – كالجثمان بلا رأس

Apa ertinya Palestin – Jika tiada Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds

PAlestin tanpa Al-Quds – Seperti manusia tanpa kepala.

Soalan 13

quranS: Sewaktu tok guru yang pernah mengajar saya al-Quran dalam keadaan nazak, dia ada berpesan kepada saya agar menyambung pengajaran al-Quran selepas dia mati. Sampai sekarang saya belum lagi melaksanakan pesanan ataupun wasiat tersebut. saya masih lagi belajar di universiti dan adakah menjadi kewajipan kepada saya untuk melaksanakan pesanan atau wasiat tersebut.

J: Melaksanakan wasiat tersebut tidak jatuh hukum wajibnya. Sekarang masih ramai orang yang mengajar al-Quran. Anda perlu belajar bersungguh-sungguh untuk memdalami al-Quran. Pendapat saya kalau anda ingin mengajar al-Quran cuba mempelbagaikan konsep pengajaran al-Quran. selapas mengajar al-Quran cuba selitkan pengajaran tafsir al-Quran dan lain-lain.

Mentadabbur al-Quran iaitu pemerhatian dan pemikiran terhadap sesuatu perkara dengan baik. Perkataan tadabur membawa kita mengambil pengajaran baik untuk dijadikan panduan. Jadi dengan cara mempelbagai cara pengajaran juga  adalah terbaik.

Soalan 12

S: Saya ingin bertanya mengenai solat sunat witir. Seperti yang saya tahu solat sunat witir paling kurang satu rakaat. Bolehkah saya mengamalkan satu rakaat sahaja?

J: Sekurang- kurang rakaat solat witir adalah satu rakaat, tetapi makruh melakukan satu rakaat sahaja. Sekurangnya sempurna solat witir ialah tiga rakaat. iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu lagi berasingan. Sementara yang paling sempurna adalah melakukan sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu salam.

Hijrah 1430.

Hijrah…  Azam baru…. Semangat baru…  Segalanya baru…  Jadi baik…

Mungkin semua ini bermain di fikiran anda. Apabila tiba sahaja tahun baru ramai yang menanamkan hajat dan bermacam-macam azam unutuk berubah. Tapi sejauh mana anda melakukan dan istiqamahnya azam anda untuk berubah. Ada yang berubah juga paling lama pun seminggu. Mungkin paling lama sebulan atau kurang daripada itu.

Apa pun azam yng kita tanamkan, semangat yang berkobar- kobar dalam diri ada perkara penting sebelum itu. Apa dia? ini yang membuatkan anda tertanya- tanya. Ada pelbagai pemikiran dan idea yang dilontarkan. Saya melihat dari dua sudut yang dirasakan penting. Pertama NIAT dan yang kedua ISTIQAMAH.  Sabda Rasulullah : “ Seafdal amalan itu ialah berterusan sekalipun sedikit”

Apa yang salah bagi kita adalah azam kita terlalu banyak. tetapi lebih malangnya satu pun tak tercapai. biar ianya sedikit tetapi hasilnya dapat dilihat.

Marilah sama- sama kita melaksanakan setiap perkara dengan istiqamah. seperti yang ulama gariskan bentuk istiqamah ialah :

  • melaksanakan segala yang wajib mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  • menambahkan ibadat yang sunat.
  • menjauhi yang haram.
  • melakukan tugas yang diamanahkan dengan berterusan dan konsisten.

Hikmah berlaku bencana alam…

Banyak bencana alam yang berlaku sekarang dari pemerhatian saya rentetan peristiwa dahulu iaitu tsunami yang menyerang malaysia yang lalu. Apa yang saya sendiri lihat banyak perkara yang terjadi akibat tangan- tangan manusia yang memusnahkan alam.

Saya melihat bencana alam yang dari 2 sudut. Yang pertama dari sudut bencala alam sendiri. Kedua saya melihat dari apa yang dikatakan ulama iaitu tebahagi kepada tiga :

  1. Bencana alam berlaku adalah ujian daripada Allah.
  2. Untuk membinasakan orang kafir. Ia termasuk semua sekali baik atau jahat seseorang.
  3. Kerana manusia melakukan maksiat dan mengikut hawa nafsu.

Saya kaitkan semua ini dengan firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 41 :

” Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya dengan demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telahmereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Maka setiap apa yang berlaku insaflah kita dan jangan tamakkan dunia semata- mata. Akhirat juga penting. Rasulullah SAW yang memandu kehidupan manusia, megajar kepada kita supaya sentiasa bermunajat, berdoa dan memohon kepada Allah ketika senang atau susah supaya bantuan Allah sentisa bersama kita.