Monthly Archives: October 2009

Peperiksaan Akhir Di USIM

Saya bakal memduduki peperiksaan akhir semester  ke-7 di USIM. Semester 8 saya akan menjalan latihan industri di JAKIM (Bahagian fatwa insyaallah)

Sememangnya menjadi lumrah pelajar akan “struggle” di tahap akhir untuk mendapat keputusan yang baik. Saya pun sedang men’study’kan diri untuk berjaya cemerlang. Doakan saya…

peperiksaan yang saya akan duduki ialah:

  • AAA2012    PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
  • LAA3053    SIYASAH SHAR`IYYAH
  • LCA4053    FIQH AL-DUSTURI WA AL-IDARI
  • LCA4043    UNDANG-UNDANG TORT ISLAM
  • UBE2053    BAHASA INGGERIS III
  • LCA4013    DIRASAT AL-FATAWA AL-MUASIRAH
  • LCA4073    PENGURUSAN FATWA.

Saya juga mendoakan kepada semua yang akan memduduki peperiksaan. Moga berja cemerlang…

Advertisements

Persoalan Wahdah Al-Wujud

Sebenarnya ini kali pertama saya memasukkan persoalan tasawwuf dalam penulisan saya. Sebenarnya ada sahabat bertanyakan kepada saya berkenaan persoalan Wahdah Al-Wujud di dalam buku karya Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dikatakan tidak menepati maksud sebenar.

Memang saya tidak menjawab apa pu tentangnya kerana saya kurang arif dalam bab tasawwuf ini. Saya menjawab setelah meneliti buku tersebut dan sedikit perbincangan antara saya dan Dr. Zulkifli sendiri tentang masalah ini.

Di dalam buku Soal Jawab A-Z Tentang Tasawwuf Tetapi Anda Tiada Tempat Bertanya karangan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mukasurat 145 apakah maksud Wahdah Al-Wujud?

Antara persoalan utama yang telah menimbulkan perselisihan yang ketara antara ulama sufi dan pengamalnya dengan ulama-ulama dan pengkaji lain ialah persoalan Wahdat al-Wujud. Menurut  Syeikh Mustafa Sabri, bekas Syeikh Islam Kerajaan Uthmaniyyah, bahawa persoalan ini merupakan persoalan yang paling sukar difahami dan telah menimbulkan berdebatan yang hangat dalam dunia akademik sehingga ke hari ini. Apakah sebenarnya hakikat wahdat al-Wujud? Menurut Syeikh Mustafa Sabri, fahaman ini bermaksud Allah SWT sahaja yang wujud dan setiap kewujudan  yang lain adalah wujud dengan sebab wujudnya Allah SWT kerana ia tidak mungkin wujud dengan sendirinya. Kewujudan yang sebenarnya hanya untuk Allah SWT sahaja. Menurut beliau bahawa makna kewujudan yang lain disini, ia merupakan tempat zahirnya (manifestasi) Allah SWT  oleh itu tauhid awam ialah dengan mengucap dua kalimah syahadah sementara tauhid Khawas tiada maujud selain daripada Allah SWT. Persoalan ini telah menyebabkan perselisihan besar di kalangan para pengkaji sehingga ada yang menolak secara total semua yang dikaitkan dengan sufi. Bagi pendokong sufi mereka mengangap bahawa keadaan fana’ merupakan kemuncak hakikat tasawwuf dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan Islam sementara bagi  pihak lawan pula menggangap ia sebagai kemuncak kekufuran kerana telah menjadikan tuhan sebagai makhluk.

**Membicara dalam bab ini memerlukan kemahiran tinggi dan kefahaman dalam ilmu tasawwuf. Saya ingin berpesan kepada diri saya dan juga semua jangan membicarakan bab yang mungkin kita tidak menguasainya. Ini kerana dalam keadaan memahami tasawwuf memerlukan kita belajar dengan gurunya. Jangan mempelajari ilmu tasawwuf semata-mata. Perlu ada juga kefahaman dalam bidang Al-Quran, hadis, Fiqh dan pelbagai ilmu..

Telah berkata Syeikh Dahlan al-Kadiri di dalam kitabnya Siraj al-Talibin menyatakan bahawa hukum belajar tasawwuf ialah wajib `aini pada setiap orang mukallaf. Hal ini adalah kerana sebagaimana wajib islah yang zahir, begitu juga islah yang batin. Imam Malik mengungkap:

مَنْ تَصَوَّفَ ولَمْ يَتَفَقَّهْ فقدْ تَزَنْدَقَا

ومَنْ تَفَقَّهَ ولَمْ يَتَصَوَّفْ فقدْ تَفَسَّقَ

ومَنْ جَمَعَ بينهما فقدْ تَحَقَّقَ.

Maksudnya:

Siapa bertasawwuf tanpa feqah, sesungguhnya dia kafir Zindiq,

Siapa mempunyai feqah tanpa bertasawwuf sesungguhnya dia fasiq,

Siapa menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia tahqiq.

Persoalan Zikir selepas solat..

Ada yang menafikan zikir secara kuat selepas solat dengan katanya yang saya petik dari sebuah laman web “Dalam kitab fiqh manhaji pengarangnya mengatakan zikir secara sirr dan bukan jama`i selepas selesai solat. Begitu juga tentang jamu makan dirumah orang kematian yang nampaknya menyalahi amalan orang melayu khususnya di N9 Darul Khusus. Mufti N.9 nak pakai ke kitab fiqh manhaji ini atau hanya setakat terjemahan shj”

Saya menjawab untuk merungkai kekusutan yang melanda terutama dalam masyarakat yang selalu membahaskan masalah ikhtilaf. Kadang-kadang ianya membawa kepada pertelingkahan walaupun perkara kecil.

Memetik sedikit isi di dalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji boleh rujuk versi arab muka surat 158 dan versi keluaran melayu yang diterjemah oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri muka surat 184 dalam tajuk : Sunat Selepas Solat.

Selepas solat sunat melakukan perkara berikut:

Pertama : Memohon keampunan berzikir dan berdoa.

Hal ini berdasarkan hadith yang mafhumnya: “Apabila NAbi SAW selesai menunaikan solat, Baginda beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 3 kali, dan membaca ayat yang bermaksudnya: Ya Allah! Engkaulah yan bersifat sejahtera dan daripada engkaulah kesejahteraan. Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (riwayat muslim 591)

Tiada halangan bagi imam beristighfar dan berzikir dengan nyaring untuk tujuan mengajar makmum dan perlahankanlah suara apabila mereka telah mengetahuinya.

Hal ini berdasarkan hadith daripada Ibnu Abbas RA : “Dia memberitahu bahawa zikir dengan nyaring ketika orang ramai selesai bersolat fardhu adalah amalan sejak zaman Rasulullah SAW” (Riwayat al-Bukhari (805) dan Muslim (583)

Ada lagi perbahasan seterusnya……boleh membaca kitab Al-Fiqh Al-Manhaji..

Seterusnya permasalahan menjamu makanan di rumah yang ada kematian : Kitab terjemahan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ketujuh: Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan dan menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah bid’ah yang sangat bertentangan dengan Sunnah yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah, menyediakan makanan dan menghantarkannya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang dan menjamu mereka di rumahnya. Begitu juga sunat menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan mereka sehari semalam.

Hal ini berdasarkan hadith, ketika Rasulullah  SAW menerima berita Ja’far bin Abu Talib RAterbunuh, Baginda bersabda:

اصْنَعُوا لأَهْلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ جَاءَهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ

Maksudnya: Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa peristiwa yang menyedihkan”.

***Sedikit daripada kefahaman saya agar kita tidak memperbesarkan masalah ikhtilaf yang tidak akan berkesudahan apabila asyik menganggap setiap apa yang diperkatakan betul pada diri seseorang.. Sebaiknya kita melihat adakah masalah ikhtilaf apabila diperbincangkan baik untuk masyarakat. Saya berfikir masyarakat yang tidak memperlajari agama sepenuhnya akan bertelingkah sesama sendiri yang mana betul atau tidak.. persoalan antara mazhab mungkin saya tidak dapat bincang menyeluruh. Saya menjawab tohmahan yang dilontarkan kepada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji..(secara mudahnya juga tohmahan kepada pengarangnya)

Saya bersetuju dengan pendapat yang membida’ahkan memberi makanan kepada yang hadir di majlis kematian. Perkara tersebut membawa kepada susah kepada keluarga si mati. Saya menghormati pendapat ulama yang menyusun perkara yang telah diamalkan di alam melayu yang menjamu makanan. Tetapi saya melihat dari sudut untuk kebaikan yang lebih baik dengan menyediakan makanan untuk keluarga si mati.

Susah untuk memperbetulkan segala yang diamalkan sekian lama. Tetapi wajib bagi kita yang tahu memperbetulkan yang tidak tahu..

Saya berharapkan teguran apabila saya melakukan kesilapan dalam penulisan saya..Amanah ilmu yang ada pada diri menjadi kewajipan pada saya menyampaikannya..Saya masih belajar lagi..Yang baik itu dari Allah yang tidak baik itu daripada diri saya selaku hamba yang lemah…

Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?

Saya terbaca kisah tokoh yang saya begitu kagumi iaitu seorang anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Yang dimaksudkan itu ada As-Syahid Hasan Al-Banna. Saya ingin memetik sedikit tulisan yang saya baca mengenai “Apakah yang anda akan buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?”.

Saya juga anak sulung daripada empat orang adik beradik. Jadi kisahnya amat menarik minat saya untuk lebih berusaha untuk maju kehadapan selari dengan kehendak syara. Untuk menjadi seorang ilmuwan seseorang itu tidak boleh duduk bersahaja, menunggu ilmu jatuh ke riba. Sesiapa yang menuntut ketinggian ilmu hendaklah berjaga malam. Sanggupkah? saya rasa sehari sahaja dapat bertahan kalau tiada kesungguhan.

As-Syahid Hasan Al- Banna menulis serangkap karangan iaitu:

” Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong- lorong.”

Begitulah semangat yang ada pada seorang pendakwah muda bernama Hasan Al-Banna. Adiknya, Abdul Rahman Al-Banna menulis mengenainya: ‘Ketika kami masih kanak-kanak, Hasan Al-Banna memegang tangan saya sambil berkata: “Bukankah kita telah menghafal suruhan Allah di dalam al-Quran, Surah Al-Imran ayat 104 :

Maksudnya:“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.”

Moga dengan sedikit apa yang saya tulis ini dikongsi bersama bagi seluruh mahasiswa/i yang ada. Begitu juga sebagai abang atau kakak yang mempunyai adik-adik hendaklah menunjuk contoh teladan yang baik..