Monthly Archives: October 2011

Menanti Hari Bergelar Baba dan Ummi 7 (Tanggungjawab Suami kepada Isteri)

Sudah lama Baba tidak menulis di atas kesibukan Baba sendiri mengejar mencari rezeki keluarga.  Di celahan masa terluang ini baba terdetik untuk menulis sedikit bagi mengisi ruang dakwah baba dalam bidang penulisan. Baba titipkan sedikit kata berkaitan Tanggungjawab Suami kepada Isteri. Dalam semua keadaan mesti suami dan isteri bersatu dalam mewujudkan kesefahaman dalam rumah tangga.

Ketika isteri sedang sarat mengandung suami janganlah pula melepaskan tanggungjawab dengan sikap sambil lewa sahaja. Suami juga perlu memenuhi beberapa perkara seperti berikut:

  • Suami hendaklah menunjukkan sikap kasih sayang kepada isterinya sebagai teman hidup yang paling hampir
  • Hendaklah berlaku jujur dan jangan berlaku kejam terhadap isteri.
  • Selesaikan sesuatu perselisihan faham yang berlaku sebelum masuk tidur.
  • Jangan terlalu mudah mengeluarkan perkataan “talaq” kepada isteri seperti perkataan “Aku ceraikan engkau”

Pesanan ini adalah peringatan kepada Baba juga sebagai suami kepada Ummi dan juga bakal menjadi Baba kepada anak kita. Moga Keluarga Bahagia menjadi milik kita.

Advertisements