Monthly Archives: November 2008

Soalan 10

S: Apakah kaedah yang ingin saya gunakan untuk mengukur arah kiblat rumah saya. kadang-kadang kami solat mengikut arah tenggelam matahari. Kami perasan apabila arah kiblat berubah mengikut matahari tenggelam. Adakah kompas menunjukkan arah yang betul? perlukan penjelasan.

J: Mengikut apa yang saya belajar dan faham ada pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengukur arah kiblat. Satu benda yang mudah digunakan adalah kompas. Tetapi ada sedikit kelemahan menggunakan kompas kerana kompas amat sensitif dengan benda besi dan kemungkinan arah jarum akan lari sedikit.  Kaedah istiwa al-A’zom juga digunakan dan ianya amat tepat.Ada 2 tarikh Istiwa al-A’zom( kedudukan matahari tegak di atas kaabah). Ukurannya amat mudah kerana perlu pacakkan kayu tegak di tanah lapang dan melihat arah bayang jatuh. Tarikhnya 28 MEI (5:16 petang) & 16 JULAI (5:28 petang). Ianya berlaku pada setiap tahun. bayang_kiblat

Senarai Nama Guru Yang Pernah Talaqqi dan Sedang Belajar.

1. Allahyarham Pak Pin (Ariffin bin Lebai Yusop). Guru Al-Quran. Sekali Khatam bersamanya. Tidak sempat habiskan buat kali kedua kerana dia pergi meyambut seruan Ilahi. Al-Fatihah buatnya..

2. Tuan Guru Haji Jusoh b Husin. Tok Guru Pondok Kampung Penyarom Baru, Tobiar, Pendang Kedah. Antara Kitab pernah talaqqi Sairus Salikin, Kifayatul al-Muhtadi.(Semua tak sempat habis lagi)

3. Ustaz Hisyam bin Shaari. Guru J-QAF SK Tualang Lepasan Universiti al-Azhar, Mesir. Masih menuntut kitab Muhimmah, Matan al-ujrumiyyah. (Semua tak sempat habis lagi)

4. Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Pensyarah USIM. Masih menuntut kitab Bulughul Maram, Matan al-Ujrumiyyah, Matan al-Manzumah al-Baiquniyah, Syarah al-Waraqat, Akauntabiliti sebagai Mahasiswa Islam(Karangan Dr. Zulkifli sendiri)

5. Dr. Mohd Rifaie Mohd Amin. Pensyarah USIM. Masih talaqqi kitab Syarah Jauharah al-Tauhid. (Semua tak sempat habis lagi).

6. Sheikh Ibrahim al-Khattani. Talaqqi kitab dan matan Hadis 40. (Habis secara pengajian kilat) belum mahir keseluruhannya. masih perlu bimbingan dari Tuan Sheikh

7. Tuan Baba Abdul Aziz Shafie al-Fathoni. Tuan Guru dari Pattani. sedang mentalaqqi kitab Furu’ masa’il.

8. Tuan Syed Kamaruzzaman B Syed Kabeeer. YDP Persatuan Falak Syarie Malaysia. Sedang menuntut dengannya Ilmu falak dan astronomi.

9. Encik Radwan Nordin. Lepasan Universiti Madinah. Sekarang Pensyarah UTEM. Menuntut ilmu Falak dengannya.

RUJUKAN PEMBACAAN SAYA.

1. Al-Fiqh Al-Islami Wa-Adillatuhu, Dr. Wahbah Al-Zuhaili.

2. Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah & Amah Fadzli Yusof.

3. Al-Fiqh al-Manhaji. Shiekh Mustofa al-Khin & Shiekh Mustafa al-Bugha.

4. Akauntabiliti sebagai Mahasiswa Islam. Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri.

5. Al-Iqna’. Muhamad al-Syarbini al-Khatib.

6. Hikmah al-Tasyri’ wa falsafatuhu. Al-Sheikh Ali al-Jarjawi.

7. Fiqh al-Ibadat. Al-Hajjah Dariah al-Aiz

8. Ilmu Falak. Baharuddin Zainal.

9. Ilmu Falak(Teori, Praktikal dan Hitungan) Baharuddin Zainal.

10. Himpunan Hadis Modal Insan 1. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

11. Himpunan Hadis Modal Insan 2. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

12. Hadis- Hadis Peringatan Buat Umur Insan 3. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

13. 300 Hadis Bimbingan – Ke Arah Mencari Reda Allah. Ustaz Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam

Santapan Minda 1

S: Apakah jalan yang boleh memotivasikan diri saya ini? saya kecewa dengan diri saya. Apa saya buat serba tidak kena saja. Mungkin juga kecewa dengan cinta pertama. Bantu saya firdaus.

J: Soalan begini jarang ditanya kepada saya. sebaik mungkin saya akan menjawab sekadar mampu. Menjawab persoalan cinta ini saya bahagikan kepada 2 gambaran iaitu bagi lelaki dan wanita. Bagi lelaki dan perempuan  ada kelemahan dan juga kelebihannya. Lelaki yang menjadi pilihan wanita yang dapat menjalankan tanggungjawab dan juga pandai menjaga hati. Wanita yang menjadi pilihan lelaki pada pendapat saya (pengalaman yang saya lihat) pandai mengambil hati ibu dan bapa si lelaki.Dengan itu ada besar mungkinnya ibu bapa si lelaki dapat menerima kehadiran si wanita.

Menjawab persoalan memotivasikan diri dari kecewa dengan masalah cinta, dan sebagainya dengan berdasarkan 5 langkah yang saya fikir sebagai jalan daripada bermacam-macam jalan.

1. Membuat muhasabah diri.  kenapa masalah itu berlaku.  Dengan memuhasabah diri anda dapat mengakui kelemahan diri. Jangan ego!!

2. Menetapkan Azam. bangkit berdiri apabila jatuh. Jangan menyalahkan orang lain dan menganggap diri sebagai “mangsa” keadaan.

3. Menetapkan Matlamat. Apakah matlamat anda menjalinkan hubungan. sekadar bersuka-suka sahaja atau pun matlamat jangka panjang?Fikirkan..Jangan teragak-agak melakukan sesuatu.

4. Merancang strategi. Rancang dengan baik apa anda inginkan. Apa pun yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

5. Komited dan konsisten. Istiqamah dengan apa anda buat. teruskan usaha anda membaiki diri anda. jangan ikutkan perasaan anda yang kecewa.

Saya menjawab berdasarkan pengamatan saya juga apa yang saya baca. saya kaitkan sebagai satu hijrah buat diri anda. Bacalah buku yang saya tunjuk dalam soalan 8 kemusykilan agama. Amat bagus. Gaya bacaan mudah dan bersahaja.