Monthly Archives: August 2009

Hari ke-5 Ramadan al-Mubarak..

Syukur kepada Allah SWT kerana memberi keizinan kepada saya dan seluruh umat Islam yang masih lagi diberikan oksigen untuk kita hirup sekarang. Begitu juga cepatnya masa berlalu. Pejam celik hari ini sudah 5 Ramadan. Kita sekarang berada di 10 hari awal Ramadan yang diberikan rahmat Allah kepada hamba yang beribadah kepadanya.

Dalam meniti hari demi hari adakah amalan kita semakin bertambah? Bermula dari sahur, qiamullail, membaca al-Quran, adakah kita mempertingkatkan amal ibadah kita? Saya juga memperingatkan diri saya juga yang juga hamba Allah yang ingin mencari redho Allah SWT.

Ramadan yang lalu kita lalui adakah Ramadan kali ini akan jadi yang terbaik?Semua inginkan yang terbaik walaupun hanya sedikit. Kuatkan semangat melawan nafsu yang membuak-buak dalam diri kita. Kita wajib melawan nafsu yang mengarah kepada kejahatan.

Sekadar kebiasaan ada yang dapat bersahur, tetapi tak dapat berqiamullail. Ada yang lebih pelik sahur dan qiamullail dilakukan tapi solat subuh jadi “Subuh Gajah”. Alangkah ruginya kita semua. Pada sebelah pagi boleh diisi dengan membaca al-Quran paling kurang 1 muka surat. Alangkah baiknya jika 1 juzuk sehari, apabila 30 juzuk sudah khatam al-quran. Kalau rasa sedikit bacalah 5 juzuk sehari mungkin selepas solat fardu, apabila cukup 30 hari sudah 5 kali khatam al-Quran. Saya juga tidak mampu sebenarnya. tapi sedang berusaha menjadi lebih baik..

Solat sunat janganlah dilupakan, kerana ia mengisi kekurangan pahala ibadah wajib. Kita boleh lakukan solat sunat dhuha, taubat, hajat, dan bermacam-macam lagi. Tujuan ibadah sunat juga untuk menghilangkan rasa “boring” terhadap ibadah yang dilakukan. Paling susah bagi saya nak buat solat sunat tasbih. Marilah kita sama berazam dapt juga kita sempurnakan walaupun sekali dalam Ramadan ini.

Moga Ramadan yang kita raikan ini akan menjadi Ramadan yang terbaik buat kita. Kita tidak tahu bila ajalkan datang. Jadi perbanyakkan ibadah pada bulan ini. Madrasah Ramadan yang disebut-sebut moga menjadi titik perubahan untuk kita berubah ke arah mencapat darjat ketakwaan kita kepada Allah..

Puasa Datang lagi…

Alhamdulillah pada hari ini 22 Ogos 2009 umat Islam memulakan ibadah rukun Islam yang ke-3. Saya tidak pulang ke kampung untuk meraikan puasa bersama keluarga. Mungkin dalam minggu depan saya akan pulang ke kampung sekejap.

Seperti mana yang kita tahu bulan puasa adalah bulan ke-9 dalam kalender hijrah. Sebagai umat Islam apabila datangnya Ramadan kepada kita, kita akan merasa gembira. bulan Ramadan adalah segalanya. bulan kesihatan, bulan keampunan, bulan diganjarkan berkali ganda sedekah, bulan keinsafan,dan lain-lain lagi.

Saya ada bertemu dengan seorang pakar usus hospital putrajaya Dato Dr Mohd Shukri Md Salleh dalam Forum Karnival Ramadan di Surau Al-Amin 4C mengatakan bulan puasa paling kurang pesakit yang hadir ke hospital. Ramai doktor suka “On Call” kerana tak ramai pesakit. Akan tetapi lepas raya hospital memang sesak dengan pesakit.

Puasa juga sepertimana yang disabdakan nabi : Puasa itu sihat. Dr Shukri berkata puasa memang memberikan kesihatan kepada pesakit. Contohnya gastrik, pesakit perlu dapatkan nasihat doktor bagaimana untuk berpuasa bagi orang yang mendapat gastrik. Ini juga berlawanan dengan hadis nabi yang mengatakan Puasa Itu Sihat. Puasa bukan hadir untuk menyusahkan umat islam.

Renungilah dimana tahap puasa kita. adakah puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja? ataupun puasa kita menahan panca indera dari melakukan dosa? ataupun menjaga rohani kita dari segala yang buruk? Fikirkan lah tahap mana puasa kita.

Data Cerapan Hilal Ramadan 2009

Kita sekali lagi sudah sampai kepada waktu dimana ummat Islam di Malaysia akan berminat untuk mengetahui kedudukan hilal dan samaad dapat di rukyah atau tidak.

Disini diberikan maklumat mengenai Suria, Hilal Bulan pada hari rukyat dan juga Kriteria Imkannurukyah yang diguna pakai di Malaysia.

Data Cerapan 20 dan 21 Ogos 2009 / 29 dan 30 Syaaban 1430

Data Cerapan 20 dan 21 Ogos 2009 / 29 dan 30 Syaaban 1430

Pada tarikh 29 Syaaban 1430 bersamaan 20 Ogos2009 ( Khamis)  dan ijtimak Bulan danSuria berlaku pada 18:01jam.

Data pada ketika rukyah hari(20 Ogos) dansehari selepasnya (21 Ogos) adalah saperti berikut:

Hisab ini menunjukkanbahawa hilal Ramadan tidak ada atas ufuk pada waktu maghrib 29 Syaaban/20 Ogos,maka Syaaban digenapkan 30 hari dan 1 Ramadan dijangka bermula pada 22 Ogos2009. Jika rukyah dilakukan pada malam 21 Ogos, kemungkinan hilal akankelihatan berdasarkan kepada besarnya dan lamanya diatas ufuk.

Pada 29 Ramadan 1430/ 19 September 2009 ( Sabtu), Ijtimak bulan dan Suria berlaku pada jam 2:45 pagi. Data rukyah untuk 19 September adalah seperti berikut:

Data Cerapan 19 September 2009 / 29 Ramadan 1430

Data Cerapan 19 September 2009 / 29 Ramadan 1430

Berdasarkan hisab ini, kedudukan hilal memenuhi kriteria imkannur rukyat. Hilal mungkin juga dapat dicerap pada malam itu kerana berada 19 min diatas ufuk.

Ini bermakna 1 Syawal 1430 akan jatuh pada 20 September 2009 ( Ahad) dan Ramadan hanya 29 hari.

Walaubagaimanapun, pengistiharaan tarikh bermulanya 1 hb Ramadan dan 1 hb Syawal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu melalui saluran lazim.

*Sumber dari http://www.falaksyari.org

Kiblat sudah berubah???

Semalam ada sahabat bertanya pada saya adakah kedudukan kiblat berubah? Dalam fikiran ini terfikir kedudukan Kaabah sebagai Baitullah telah lari ke? Saya pun sengaja mengalihkan pandangan logik. Kalau ikutkan adakah semua Masjid dalam negara kita kena robohkan dan buat masjid baru untuk betulkan kiblat. Semua surau-surau kena ubah karpet sahaja..

Sedikit ilmu yang pernah saya pelajari dalam bidang falak kedudukan kiblat takkan berubah sama sekali. Kebanyakan manusia berkiblatkan matahari sebagai penunjuk arah kepada Kaabah. Sebenarnya kita semua silap faham kerana menetapkan matahari arah kiblat. Kedudukan matahari tiap bulan akan berubah tempat terbenamnya.

Pencarian arah kiblat boleh dilakukan menggunakan Kompas mencari arah kiblat. Jadi buat kita dia Malaysia menggunakan kiblat Zhon. (ظن)  kerana Kaabah bukan berada di hadapan kita. Yakinlah dengan apa yang anda cari menggunakan kompas. Ada satu “Software” iaitu “Falak Suite” ia boleh didapati daripada Persatuan Falak Syari Malaysia. Atau pun boleh hubungi saya. Saya akan tolong dapatkannya. Di dalam software itu kita boleh mencari arah kiblat setiap hari mengikut waktunya.

Ingatlah Kiblat tidak akan berubah. kedudukan terbenam matahari akan berubah. Dalam Bahasa Inggeris ada istilahnya tapi saya terlupa..

Influenza H1N1 perlu samak badan??

Terima kasih kepada sahabt di Facebook yang bertanyakan mengenai perlukah apabila seseorang terkena ‘Influenza H1N1 kena samak badan. Saya bertanya kepada Tuan Guru saya Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri mengenainya. Beliau menjawab tidak perlu untuk samak satu badan. Saya memahami apa yang diperkatakan beliau dengan tenang kerana tahu kita tidak menyentuh babi dan buat apa perlu samak.

Dalam satu sessi kuliah saya bersama Tuan Guru Haji Jusoh Tobiar beliau memberi satu petua dan boleh juga dinamakan tips untuk berubat dari Influenza H1N1. Seperti mana saya ada nyatakan pada tajuk sebelum ni dalam Ikhtiar penyembuhan H1N1 @ Selesema Babi..

Tiada percanggahan pendapat diantara kedua-dua Tuan Guru saya tentang apa yang dinyatakan pada saya. Saya mengambil jalan memilih kedua-dua pendapat tersebut yang mempunyai dalil tersendiri. Kepada semua yang melayari blog saya pilihlah apa yang anda suka. Tidak ada paksaan kepada sesiapa.

Moga Allah membuka jalan penyelesaian tiap apa yang berlaku. Tiap penyakit ada ubatnya. Dengan rendah diri saya hanya menyampaikan ilmu yang saya perolehi atas rasa cinta kepada umat Islam semua.

Kata cerdik pandai : “Kalau tidak mahu banyak perkara jangan tinggal semuanya, ambillah satu kerana ada satu yang akan memberikan manfaat kepada kita”.

Saya cuti ’emergency’ seminggu.

2 Ogos 2009 – Pagi itu adik saya Mohammad Farhan Kamil di keluar dari tempat kuarantin H1N1 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selepas doktor sahkan dia bebas H1N1.. Malam itu adik saya mengadu sesak nafas. Terkejut juga petang itu doktor kata dia sihat. Malamnya terus tak sihat. Mama memberitahu saya adik masuk wad di Hospital Kangar. “Gabra” juga dengar, dengan ayah pun masuk nak masuk wad untuk rawatan susulan.

3 Ogos 2009 – mama telefon baru “call” kata adik masuk wad. Memang asalnya tak tahu. Mama sebenarnya tengah sesak memikirkan segalanya. Ayah pun nak kena masuk wad keesokkan harinya. Mungkin kerana berlainan hospital membuatkan mama susah hati. Nak tak nak aku kena juga balik. Pagi itu juga saya ponteng kelas untuk ke LCCT nak cari tiket kapal terbang. ingat boleh naik “on the spot”. Tiket petang baru ada. Saya seluk poket kira duit takut tak cukup nak bayar tiket. Mujur bawa cukup-cukup alhamdulillah. Petang tu juga saya balik. Malam tu pergi melawat adik kejap dengan mama. Hantar sedikit makanan kepada adik. Memang sedih sangat bila tengok keadaan adik. Siapa yang tak sayang adik tengok keadaan tak sihat. Sememangnya tidak dapat berjumpa. Hanya berbual melalui telefon. Dah di kuarantin.

4 ogos 2009- Ayah masuk wad. Malam ini sekali lagi pecut ke hospital kangar. Kena juga pergi tengok walaupun tak dapat berjumpa secara dekat. Cuma pandang melalui cermin dan berbual melalui telefon. Sedih juga tengok keadaan dia. Adik suspek H1N1. Sampel darah dihantar ke Kuala Lumpur untuk dignosis. Moga segalanya negatif..

5 Ogos – Takdir Allah menentukan segalanya untuk kami sekeluarga bersabar. Adik saya disahkan positif H1N1 dengan sampel darah yang diterima. Tapi satu yang menjadi pelik bagi kami sekeluarga, doktor memberitahu adik saya kalau lepasi tahap rawatan dan ada kesan positif iaitu tanda baik sembuh dia akan dikeluarkan dari pusat kuarantin..

Sebenarnya saya kasihan melihat keadaan mama yang memikirkan ayah dan adik. Kerja mama di sekolah pun tak dapat selesaikan dengan baik. Moga Allah memberikan kemudahan kepada mama untuk menyiapkan kerja. Selagi saya ada dan tengah bercuti moga beban yang dihadapi mama ringan sedikit..

Kata guru saya Tuan Guru Hj Jusoh tentang H1n1 ini adalah bala dari Allah. Tidak mengira sesiapa H1N1 menyerang tanpa memilih antara yang baik dan jahat. Beliau menambah pesanan yang mungkin boleh dijadikan pesanan buat kita supaya mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya.

Ada apa pada 123456789 @ 12:34:56 07/08/09???

Sekadar berkongsi sedikit fakta nombor. Tapi ini bukan nombor ekor ya. Jangan salah guna pula. Tapi bila direnung saya berfikir cepatnya masa berlalu. Nombor ini juga bakal tidak akan terulang apabila disusun dengan satu susunan jam dan tarikh.

Cuba kita lihat pada jam kita (khususnya jam digital) akan tertera nombor ini 12:34:56 07/08/09. Menarikkan apabila melihat susunan nombor berikut?

Cuba anda lihat pada nombor berikut, ia tidak akan lagi kelihatan kan selepas tarikh itu? Berapa lama juga bumi mengambil masa berputar di paksinya sehingga tiba di saat ini.Susunan nombor itu juga tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Ini menunjukkan masa sememamngnya cepat berlalu meninggalkan kita..

Pernahkan kita merenung amalan kita di dunia?Apakah cukup bekalan kita di akhirat nanti? Hanya kita yang dapat mengubah diri kita untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepadanya..