Monthly Archives: April 2008

“keinsafan seorang teman”

Ketika melihat langit yang membiru, ku rasa amat kerdil diri ini untuk aku memijak bumi ini.. terfikir dalam kalbuku tentang temanku yang sering mengadu kepadaku darinya sering terlaku dek kawan- kawan yang melukakannya. Anggapku kepada sebagai teman yang terlalu baik buatku..  walaupun berlainan jantina tapi apa pun yang berlaku kudratku mempertahankannya sebagai tanggungjawabku untuk membuatkan manusia gembira. Hidupku untuk berbakti kepada semua Manusia.. Aku tidak pernah jemu memberikan nasihat atas kadar kemampuanku.. Hampir dia jatuh kerana manusia tak bertanggungjawab, mempermainkan perasaan dan segalanya. Dirinya diperkotak-katikkan, dianggap hina kerana kesilapan lalu. Tidak siapa yang ingin memberikan ruang untuknya berbicara. malah ada yang menghina sehinanya.. sedih aku melihat keadaannya. Aku tarik dirinya keluar dari kedukaan dan kesedihan hatinya sekurang- kurang dia dapat hidup tanpa memikirkan perkara lalu yang akan menjadi penyekat hatinya untuk beribadah Kepada Yang Esa. Taubat seorang hamba kepada Allah tidak siapa yang tahu..Hanya empunya diri yang mengetahui segalanya.. Jadilah insan yang sentiasa bertaubat atas dosa yang dilakukan dan tidak akan mengulangi balik kesalahan dan kesilapan itu..

Advertisements