Monthly Archives: October 2008

Soalan 7

S: Nabi suruh kita minta Syurga Firdaus tapi ramai orang berzikir melafazkan (إله لست للفردوس)  ?

J: Ini adalah keluhan Sufi yang merintih kepada Allah.

Advertisements

Soalan 6

S: Mengapa Rasulullah SAW mengucapkan dalam lafaz syahadah أشهدو أن لا إله إلا الله ، وأشهدو أن محمد رسول الله (aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Aku bersaksi sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah) dan kenapa tidak شهدو أن لا إله إلا الله ، وأشهدو أني محمد رسول الله (aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Aku bersaksi akulah Rasulullah)

J: Tujuan nabi ialah (تعليما) iaitu mengajar dan (تعبدا)  iaitu peribadatan kita kepada Allah.

Soalan 5

S: Boleh terangkan maksud/tafsir nama-nama Allah iaitu (الأول) dan (الأخر) kerana ada yang mempersoalkan maksud tersebut dengan berkata dengan mengatakan Allah itu tiada awal & akhir. Kenapa perlu disebut “Yang Awal” dan “Yang Akhir”.

J: Permulaan Allah itu tiada permulaan dan akhir tiada yang akhir bagi Allah.

Soalan 3

S: Apakah hukum menguap ketika solat? san apakah cara untuk mengelakkan, walaupun tidak mengantuk?

J: Hukum menguap di dalam solat adalah amalan yang dibenci. ia menunjukkan seseorang itu tidak kushu’ di dalam solatnya. kajian tentang menguap merupakan simpton yang membuatkan kita juga akan menguap apabila orang menguap. seolah merupakan ‘jangkitan’.

Soalan 2

S: Adakah dagu merupakan aurat muslimah?sedangkan muka dan tapak tangan bukan aurat. semasa wuduk kita perlu membasuh muka termasuk dagu kerana dagu termasuk dalam wajah/muka.

J: dagu termasuk dengan muka. wajah kita bermula dari permulaan tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga bawah dagu dan dari sebelah telinga kanan ke kiri.

soalan 1

S: Apakah hukum makan tenggiling?

J: Hukumnya tidak dinyatakan di dalam Al-Quran & As-Sunnah. Jika binatang yang mencari makan menggunakan paruh, taring dan kuku untuk menerkam maka hukumnya haram. jika tenggiling termasuk di dalam binatang yang disebutkan di atas maka hukumnya haram. Termasuk juga jika ia mendatangkan mudarat juga tidak harus baginya..