Monthly Archives: July 2009

Kerana Pertahankan Jilbab Dibunuh…

Marwa's Family LAHIR: 7 Oktober 1977 di Kaherah, Mesir

KERJAYA: Ahli farmasi di Jerman.

FAKTA KES: Dalam kejadian pada 1 Julai lalu, Marwa yang hamil tiga bulan ditikam 18 kali oleh lelaki yang dituduh dalam rayuan perbicaraan di Dresden, Jerman. Pembunuh juga menikam suaminya, Elwi Ali Okaz yang disalah anggap polis Jerman sebagai penyerang dan menembaknya di kaki

Meskipun Marwa Ali El-Sherbini, 31, hamil tiga bulan, namun tidak menimbulkan simpati kepada seorang lelaki yang dikenali Alex W, 28, apabila dia sanggup menikam wanita itu 18 kali sehingga maut. Lebih menyedihkan, kejadian di dalam mahkamah di Landgericht, Dresden, Jerman itu turut disaksikan anak sulung Marwa berusia tiga tahun dikenali Mustafa.

Malang berganda dialami keluarga itu apabila suami Marwa, Elwi Ali Okaz, yang mahu membantu mangsa bukan saja ditikam, malah polis Jerman yang tiba di lokasi kejadian, menembak kakinya kerana menyangka dia penyerang. Elwi yang mengalami kecederaan parah di paru-paru dan pinggang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari namun sehingga kini tiada laporan mengenai status kesihatannya.

Kematian Marwa mencetus konflik, terutama di kalangan umat Islam yang meluahkan kekecewaan dan kemarahan kepada kerajaan negara itu. Selain itu, kes berkenaan turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa serta menjadi tajuk utama berita di negara kelahiran Marwa, Mesir.

Kejadian pada 1 Julai lalu berpunca daripada insiden di taman permainan berdekatan rumah Marwa di Dresden. Ketika itu, Marwa yang memakai tudung meminta laluan kepada Alex supaya membenarkan anak lelakinya bermain buaian di taman berkenaan tetapi dibalas dengan jeritan, ‘pengganas’, ‘perempuan jahanam’ dan ‘kamu tidak layak menetap di sini’.

Marwa kemudian membuat laporan polis ke atas Alex, rakyat Jerman yang berketurunan Russia atas dakwaan bersikap kurang ajar. Lelaki itu kemudian dijatuhkan hukuman denda sebanyak 780 euro (RM3,822). Bagaimanapun, Alex mengemukakan rayuan dan hakim menetapkan 1 Julai lalu untuk mendengar permohonan berkenaan.

Pada hari ditunggu, hanya lapan orang saja dalam mahkamah berkenaan iaitu ahli panel daripada sebuah pertubuhan profesional, hakim, pendakwa, peguam bela, Alex, suami Marwa dan anak lelaki mereka. Tiada pemeriksaan ketat dilakukan ke atas mereka yang menghadiri perbicaraan itu, termasuk tertuduh.

Ketika Marwa melangkah masuk ke mahkamah, Alex yang ketika itu di kandang tertuduh melompat keluar dan mengeluarkan senjata yang dibawa di dalam poketnya. Tanpa belas kasihan, dia terus menikam Marwa di depan suami dan anaknya sebanyak 18 kali sambil menjerit, “Awak tidak sepatutnya hidup”.

Sedang Elwi berusaha membantu isterinya daripada terus ditikam, dia juga menjadi mangsa apabila polis yang dipanggil untuk membantu melepaskan tembakan ke arah kakinya kerana menyangka dia penyerang. Marwa maut di tempat kejadian manakala Elwi dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah dan ditempatkan di ICU.

Mayat Marwa dibawa pulang ke Kaherah dan pengebumian yang dilakukan pada 6 Julai lalu dihadiri lebih 2,000 rakyat Mesir yang simpati ke atas wanita berkenaan. Mereka menggelar Marwa sebagai seorang ibu dan wanita yang mati syahid. Alex pula ditahan sebelum didakwa atas tuduhan membunuh. Perbicaraan dijangka dijalankan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Sejurus kejadian itu diketahui umum, orang ramai, terutama umat Islam melemparkan kemarahan kepada kerajaan Jerman dengan disusuli tindakan demonstrasi selain ada negara Islam menyatakan bantahan kepada kedutaan Jerman.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menuntut Jerman memikul tanggungjawab atas pembunuhan Marwa dan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk negara itu. Iran turut memanggil duta Jerman ke negara itu, Herbet Honsowitz bagi membantah pembunuhan berkenaan dan menggesa Berlin mengambil langkah keselamatan perlu bagi melindungi hak golongan minoriti agama di Jerman.

Rakyat Iran berkumpul di pintu masuk kedutaan Jerman di Teheran bagi membantah pembunuhan berkenaan, malah ada membaling telur ke arah pintu utama. Bantahan sama turut berlaku di Mesir apabila rakyatnya membantah kekejaman yang dilakukan ke atas Marwa.

Marwa yang lahir pada 7 Oktober 1977, berhijrah ke Jerman pada 2005 kerana mengikut suaminya yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Minufiya. Mereka menetap di Bremen sebelum berpindah ke Dresden pada 2008.Di negara itu, Marwa yang berpendidikan daripada El Nasr Girls College bekerja sebagai ahli farmasi.

Petikan dari : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20090719130211/Article/indexv_html

*Mungkin kisah ini hampir sebulan berlalu, tapi tak salah saya menukilkan sedikit perasaan yang membuak-buak marah di dalam hati apabila berkali membaca kisah tersebut. Sebagai seorang Muslim saya amat bersedih di atas kematian insan yang tidak pernah saya kenal itu. Tapi sesama saudara muslim saya menyanjung tinggi semangat seorang Mujahidah Jilbab. Siapa lagi kalau bukan Dr. Marwa el-Sherbiny.

Saya melihat isu ini sambil melayangkan fikiran melihat keadaan Malaysia yang luas ini. Pemuda – pemudi yang tidak segan silu mendedahkan aurat. Tapi apabila kita berfikir sejenak ada di negara barat walaupun jumlah penduduk Islamnya sedikit tapi beramal kuat dengan agama. Hidup di Malaysia yang terkenal dengan keamanannya, masyarakat harmoni, dan bermacam-macam lagi, kenapa Islam tidak seperti disanjung tinggi? Anda sendiri tahu jawapannya..

Menitis air mata juga mengenangkan apa yang berlaku, tapi saya hanya mampu meluahkan pesanan dalam bentuk tulisan moga manfaatnya untuk semua dan diri yang kecil dan hina ini. Ambil ikhtibar dari apa yang berlaku.

Saya pernah mendengar sebuah cerita lama tentang seorang yahudi menyelak kain seorang wanita hingga ternampak auratnya, wanita itu mengadu kepada pemerintah Islam.  Lalu ketika itu di bawah pemerintah Islam (Saya tak berapa ingat siapa) melancarkan perang ke atas kaum yahudi. Kita dapat lihat di sini betapa kuatnya Islam ketika itu.

Kalaulah nyawa seorang Muslim melayang dengan senang apa tindakan sebagai seorang Muslim? Adakah duduk berehat menunggu berita? Ataupun bergembira ketawa? Sudah pasti sekecil perkara yang boleh kita buat hanyalah mendoakan kesejahteraan umat Islam. Mendoakan kafir laknatullah dimusnahkan Allah. Masanya pasti tiba..

Jadilah umat Islam yang sayangkan saudara Islam yang lain. Al-fatihah buat Dr. Marwa dan keluarga..

Bidan Terjun Kuliah Maghrib Surau al-Fatonah (Pengurusan Masa dan Istiqamah)

Hari ini saya menggantikan tempat Dr. Zulkifli Al-Bakri untuk menyampaikan kuliah di surau. Naik kecut juga perut bila menggantikan seorang tuan guru. Ilmu yang ada sekarang setitik air laut pun belum tentu ilmu dalam diri ini. Selalu kuliah ini sebulan sekali.

Sejam lebih fikir lepas asar nak bagi kuliah tentang apa. Dengan tak berapa sihat, suara tak berapa nak ada. Sambil melihat rak buku terpandang kitab karangan Dr. Zulkifli sendiri “Hadis Modal Insan” jadi tengok sikit isi terpandang tajuk “Pengurusan masa” dan “Istiqamah”. Jadi kedua- dua tajuk itu saya simpulkan jadi isi kuliah.

Saya mulakan kuliah dengan membaca danmensyarahkan sedikit berdasarkan pemahaman yang tidak seberapa ini. Sebelum mula kuliah memang sudah pesan kepada jemaah muslimin muslimat yang mendengar agar bersabar dengan kuliah yang tak sedap yang saya nak sampaikan. maklumlah saya bukan orang yang pandai bagi ceramah. Alhamdulillah ceramah selesai dengan baik. Tapi 2 minat lebih sebelum berakhir kuliah saya berasa tak selesa tekak asyik nak terbatuk ja. Tapi dapat juga akhiri kuliah dengan doa sekali.

Saya kongsikan sedikit dengan semua tentang isi kuliah yang saya sampaikan, moga menfaatnya sentiasa untuk semua.

Pengurusan Masa

DARIPADA Ibn `Abbas r.anhuma berkata; Nabi s.a.w bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهما كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ. الصِّحَّةُ والفَرَاغُ.

Maksudnya: Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi (kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.

Syeikh `Abdullah Ba’lawi pernah berkata:

Saudara-saudaraku sekalian sesama Muslim, jagalah baik-baik dan berhati-hatilah dengan waktu yang kamu miliki kerana ia sangat terbatas, tidak boleh dimajukan atau ditangguh walaupun sesaatpun, detik demi detik, minit demi minit, saat demi saat, hari demi hari dan seterusnya tempoh yang kita hidup di dalamnya adalah tempoh yang sangat singkat berbanding kehidupan di akhirat nanti. Setiap hembusan dan tarikan nafas, setiap denyut nadi dan degup jantung, seluruhnya itu mustahil berlaku tanpa izin Allah s.w.t. Bahkan pada hembusan nafas anda yang terakhir, pada denyut nadi anda yang terakhir dan pada degup jantung anda yang terakhir hendaklah anda gunakan waktu itu untuk berbakti kepada Allah s.w.t, sama ada ketika jaga ataupun tidur.

Gunakanlah untuk sesuatu yang berfaedah dan jangan biarkan berlalu seminit pun dengan sia-sia. Jikalau anda keliru menggunakannya maka di kemudian hari anda pasti merasa penyesalan yang tiada henti-hentinya. Cukup lama dan sangat hebat penyesalan anda nanti. Inilah yang wajib anda perhatikan mulai sekarang. Setelah meninggalkan dunia fana’ ini, barulah anda mengetahui betapa ruginya mensia-siakan waktu sekalipun hanya seminit sahaja. Anda semua pasti akan mengalaminya sendiri nanti dan pasti pula anda akan meyakini serta membenarkan apa yang saya katakan ini.

  1. Pujangga berkata: Waktu itu seakan pedang, Jika kita tidak memotongnya, pedang itu akan memotong kita.
  2. Pujangga berkata: Punca keresahan dan kesuntukan adalah mengabaikan Allah s.w.t dan mempersembahkan hidupnya untuk dunia, hingga ‘orang yang masuk penjara seumur hidup ini tidak boleh dikatakan hidup kerana sudah tidak mendatangkan manfaat lagi dan tidak pula mati yang kerana itu perlu diumumkan derita kematiannya.
  3. Pujangga berkata: Anda tidak akan merasa bahagia ketika melakukan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain selagi rasa duka masih menyelimuti diri anda. Justeru, berpindahlah dari perasaan yang satu keperasaan yang lain supaya anda boleh mendapat kebahagiaan.
  4. Pujangga berkata: Yang lalu telah berlalu, dan yang telah pergi telah mati. Jangan difikirkan yang telah lalu kerana telah pergi dan selesai.

Istiqamah

DARIPADA Abi `Amrah Sufyan bin `Abdillah r.a katanya: Aku bertanya:

يا رسولَ الله! قُلْ لِي فِي الإسْلاَمِ قوْلاً لاَ أسْأَلُ عَنْهُ أحدًا غيرَكْ. قالَ: قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ استَقِمْ.

Maksudnya: Hai Rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorangpun selainmu. Sabdanya: Katakanlah آمنت بالله ثم استقم iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah.

Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadh al-Salihin berkata: Istiqamah ialah seseorang itu thabit mengikut syari`at Allah s.w.t sebagaimana suruhan Allah dan didahuluinya dengan ikhlas kepada Allah s.w.t. Walaupun disuruh beristiqamah mengikut kadar kemampuan tetapi mestilah berusha supaya ia membetulkan dengan kebenaran. Hadith ini juga menggesa supaya segala kebaikan atau amalan termasuk pekerjaan dan perkhidamatan yang dilakukan hendaklah dalam istiqamah dengan menghindarkan segala sifat-sifat mazmumah seperti malas, putus asa, semangat yang seketika dan mudah luntur kerana ia boleh menafikan maksud dan matlamat istiqamah.

Antara bentuk istiqamah ialah:

  • Melaksanakan segala yang wajib dengan mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
  • Menambahkan ibadat yang sunat.
  • Menjauhi yang haram.
  • Melakukan tugas yang diamanahkan dengan berterusan dan konsisten.
  1. Pujangga berkata: Jangan sia-siakan usia anda dengan sering bertukar ganti kerjaya, spesialisasi, dan pekerjaan. Sikap suka bertukar ganti seperti ini menunjukkan bahawa anda tidak pernah berjaya dalam apa jua hal pun.
  2. Pujangga berkata: Jangan seperti lalat yang hanya hinggap di atas luka. Jangan mempermainkan kehormatan orang lain, mengkotak katik aib mereka, merasa senang dan bahkan menginginkan kejatuhan mereka.
  3. Pujangga berkata: Seorang mukmin tidak akan merasa takut dengan tidak tercapainya dunia, tidak pernah mempedulikannya, dan tidak pernah tergoncang oleh kata henti. Sebab ia percaya bahawa dunia ini pasti akan berakhir, tidak berharga dan fana.
  4. Pujangga berkata: Terdapat tiga doktor yang perlu anda bincangkan, kegembiraan, ketenangan dan melindungi diri, dan ada tiga musuh yang perlu anda jauhi, pesimisme, waham dan putus asa.

Ayah sudah hampir pulih..

2 hari lepas ayah saya baru lepas keluar wad. Segela rawatan serta pembedahan berjaya. Untuk pengetahuan semua doktor sahkan ayah saya masih diperingkat awal sakit.

Ada beberapa perkara yang buat saya geram juga dekat doktor- doktor baru yang membuat andaian yang kadang-kadang tak sepatutnya. Contohnya yang mengatakan ayah saya perlu menjalankan hemodialisis tanpa menjalankan rawatan terlebih dahulu. Mujur ada doktor pakar yang memantau segalanya.

Saya juga diberitahu oleh Ayah dan Mama saya 2 minggu lagi ayah akan masuk wad balik untuk rawatan susulan. Segalanya bakal bertambah baik. InsyaAllah…

Sekarang saya hanya dapat menghubungi rumah setiap hari kerana saya di ‘perantauan’. (jauh juga kalau nak balik, 6 jam) Apa pun sebagai anak saya tak henti mendoakan kesihatan ibu dan bapa saya.

Terima Kasih juga kepada pihak Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star yang menjalankan kewajipan anda semua dengan baik.

Syukran Jazilan kepada yang mendoakan kesihatan ayah saya, dan tidak lupa doa diri ini untuk kalian semua..

Persoalan Wali Mujbir.

Wali Ijbar ialah ayah dan datuk sebelah ayah sahaja. Wali Ijbar hanya mengahwinkan anak dara sama ada kanak-kanak atau dewasa, dan berakal atau gila.

Bapa dan datuk sebelah bapa boleh mengahwinkan anak atau cucu perempuannya tanpa izinnya dan kerelaannya. Ini kerana bapa dan datuk sebelah bapa lebih mengetahui maslahat anak gadis tersebut dan wujudnya perasaan kasih sayang terhadapnya.

Justeru mereka tidak akan memilih calon suami kecuali yang sesuai dengan mashalat perempuan tersebut.

Hal ini berdasarkan hadith:

Rasulullah SAW bersabda:

الأَيِّمُ أَحَقُّ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا

Maksudnya: “Seorang janda lebih berhak terhadap dirinya sendiri daripada walinya”.

Riwayat Ibn Majah (2100)

Ini bermakna wali mujbir lebih berhak terhadap anak perempuannya. Walau bagaimanapun supaya sah ijbar wali hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

i.            Tidak terdapat permusuhan yang nyata antara wali dan perempuan yang diwalikannya.

ii.            Bakal suami yang dipilih mestilah sekufu.

iii.            Bakal suami berkeupayaan menyerahkan mas kahwin dengan segera.

Galakan Meminta Izin Daripada Anak Gadis

Walaupun bapa dan datuk sebelah bapa adalah wali mujbir, namun memaksa anak gadisnya berkahwin tidaklah afhdal tanpa mengambil kira pandangannya. Bahkan afdhal dan sunat meminta izin untuk mengahwininya sebagai penghormatan dan menyedapkan hatinya.

Hal ini berdasarkan hadith:

Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُنْكَحُ الأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: أَنْ تَسْكُتَ

Maksudnya: “Janganlah dikahwinkan janda hingga diminta persetujuannya dan janganlah dikahwinkan anak dara sehingga diminta izinnya”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana mengetahui keizinnnya?” Rasulullah SAW berkata, “Dia diam”.

Riwayat Muslim (1419)

Kedua-dua hadith tersebut menunjukkan bahawa sunat meminta izin daripadanya.

Isu yang tiada kesudahan..

Mulanya tiada isu yang ingin saya masukkan tetapi apabila mendengar seorang kawan memberitahu ada isu panas dalam blog seseorang, terus saya rasa terpanggil untuk memperkatakan sesuatu.

Rentetan peristiwa yang pernah berlaku ketika dahulu sampai kini masih belum berkesudahan. Berbagai-bagai kenyataan memburukkan orang dikeluarkan, mengutuk peribadi orang dan segalanya yang tidak baik.

Tujuan saya bukan untuk menunjukkan kepada anda semua dengan apa yang diperkatakan., tetapi yang terbaik anda menilai diri anda sendiri. Kita perlu bermuhasabah diri sebelum menyuruh orang lain untuk menjadi baik.

Di sini kita dapat memerhatikan dengan jelasnya : http://highereducationinmalaysia.wordpress.com/ (klik di sini)

Adakah dengan menyerang peribadi seseorang hati akan puas? Hati sesorang tidak akan tenang dengan hanya mencaci maki orang lain. Hidup juga akan berada dalam keadaan kucar- kacir..

Saya cuma ada satu pesanan kepada semua jangan terpedaya dengan kata-kata orang sebelum menyiasatnya. Saya kenal rapat dengan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Jadi, kalau tidak tahu tentang dia jangan membabitkan nama dia dengan masalah anda.

Terima kasih….

Semester 7 Di USIM

Hari ini 6 Julai 2009, setelah lama tidak mengaktifkan isi blog dapat juga hari ini saya mulakan akiviti penulisan blog seperti biasa. Pada sebelah pagi kuliah telah berjalan seperti yang ditetapkan jadual. Setakat hari ini selepas pendaftaran kursus sebanyak 6 madah yang akan diambil pada semester ini.

Antara kursus terakhir saya di USIM sebelum semester 8 yang saya akan menjalani praktikal di tempa yang bakal saya ditempatkan ialah:

  • Siyasah Syar’iyah
  • Dirasat al-Fatwa al-Muasorah.
  • Undang-Undang Tort Islam.
  • Fiqh al-Dusturi wal Idari.
  • Pengurusan Fatwa.
  • Projek Ilmiah.

Semester ini juga saya akan buat thesis untuk peringkat Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa. Tajuk thesis

أحكام ولي المجبر عند المذاهب الأبعة دراسة مقارنة.

Kepada semua rakan-rakan tidak kira dai USIM ataupun dari universiti lain selamat belajar. Belajarlah bersungguh kerana Allah..