Monthly Archives: April 2009

Soalan 24

isu-kalimah-allah S: Apakah pendapat anda tentang orang kafir (Kristian dan lain-lain) menggunakan istilah Allah?

J: Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada yang bertanya soalan ini, saya hampir terlupa untuk menjawabnya. Secara kebetulan saya ada terbaca risalah ataupun buku kecil bertajuk “Isu Kalimah Allah, Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam” jadi terus teringat untuk menjawab soalan yang diajukan.

Kajian dan pemahaman terhadap isi dalam buku ini saya simpulkan sebagai pemudah kefahaman kepada yang membaca. Buku ini ditulis oleh Guru saya Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid.

Bermulanya isu yang hangat ini apabila Herald Catholic Weekly mengeluarkan kenyataan dengan menggunakan kalimah Allah yang maha suci ini . Isu ini juga turut menjadi perbincangan ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong di sokong dengan dalil tersendiri.

Pendapat ulama yang melihat dalam konteks negara Malaysia dan realiti yang berlaku mengharamkan istilah ini digunakan oleh agama lain selain Islam. Ini kerana apabila melihat kepada dalil yang mengharuskan penggunaan yang di sokong sebahagian ulama dan mengambil pula dalil yang digunakan oleh ulama yang mengharamkan penggunaannya ditarjihkan dengan pendapat beberapa ulama’ :

  1. Ibnu Qayyim al-Jauziyah – “Yang benar, kalimah Allah ialah kata yang mempunyai makna asal, di mana asal katanya ialah Al-Ilah. Inin sebagaimana pendapat ahli bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti sahabatnya kecuali beberapa orang yang berpendapat sebaliknya (tanpa sebarang asas). Lafaz Allah mencakupi seluruh makna Al-Asma Al-Husna dan sifat-sifatNya yang maha tinggi”.
  2. Syeikh Sya’rawi dalam tafsirnya 1/27 berkata – ” tentang lafaz Allah pada Bismillah, ia membawa maksud memohon bantuan dengan kekuatan Allah SWT untuk menjayakan suatu pekerjaan. Hal ini sangat berbeza dengan Alhamdulillah yang berisikan rasa terima kasih kepada Allah SWT setelah kita bekerja. Manusia tidak dapat mengungkapkan rasa syukur kepada Allah SWT kecuali hanya dengan menggunakan lafaz Al-Jalalah (Allah) tersebut. lafaz ersebut merangkumi seluruh sifat Allah yang mulia, sehingga tidak perlu diungkapkan dengan AL-Hamdu li Al-Qahhar, Al-Hamdu li Al-Wahhab atau yang lain-lainnya.

Saya memetik pendapat dua tokoh Ulama Islam dan Cendekiawan Kristian:

  1. Dato’ Seri Moha Tamyes Abd Wahid, Mufti Selangor berkata – “sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa sahaja. Dalam agama Kristian sendiri tidak menggunakan Allah dalam kitab mereka, sebaliknya mereka menggunakan perkataan sepertil Ilah, God, Lord dan sebagainya bagi merujuk kepada tuhan mereka”.
  2. Izzat Andrews seorang penganut Kristian Koptik di Mesir menerusi artikelnya yang berbahasa Arab berjudul Allah Bukan Tuhan Agama Kristian dan Yahudi telah mengatakan- “Kalimah Allah hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada tuhan bulan. ia tidak pernah termaktub dalam kitab suci Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim.

Setelah melihat dengan teliti penulis buku dan termasuk diri yang lemah ini berpendapat sedemikian berkenaan ketidakharusan atau haram penggunaan lafaz Allah bagi yang bukan Islam dalam konteks Negara Malaysia.

Antara sebab tarjih ialah lafaz Allah jelas menunjukkan terbezanya maksud dan mafhum antara orang Islam dan bukan Islam. Mengikur kitab Dairah al-Maarif al-Islamiyyah 4/1005 jelas menunjukkan perkataan Allah hanya digunakan oleh orang Islam sahaja dari kalangan umat Muhammad SAW. Antara yang lain menyebut: “Allah adalah Rabb yang maha tinggi di sisi orang Islam yang mana sifat-Nya adalah tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya mencakupi segala sifat kesempurnaan dan keesaan tanpa disekutukan dengan yang lain.


Keputusan Majlis Fatwa dan Kabinet.

Bagi menyokong dan menguatkan lagi tarjih yang telah dikemukan di atas, turut disertakan keputusan yang pernah dan telah dibuat oleh Majlis Fatwa dan KAbinet. Antaranya:

  1. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan penggunaan kalimah Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat kepada orangbukan Islam.
  2. Keputusan Kabinet 1986 juga memutuskan mengharamkan penggunaan kalimah Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat.
  3. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 pada 5-7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adlaah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

**Tarjih – Mendahulukan salah satu dalil daripada dua dalil yang bertentangan serta mengambil dalil yang lebih kuat untuk diamalkan..

-Petikan dari Risalah Isu Kalimah Allah, Hukum Penggunaannya bagi Bukan Islam serta coretan dari penulis yang lemah di sisi Allah.-

UFO.. Realiti atau Fantasi??

Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk menyampaikan sedikit pandangan terhadap “UFO” yang seringkali kita dengar. Sebelum ini saya rasakan UFO ini sebagai bahan cerita sebaris dengan cerita kartun seperti Power Ranger, Ultraman dan lain-lain lagi. Kadang- Kadang ada UFO yang diambil gambar seakan UFO yang terdapat dalam cerita kartun. Pada mulanya saya rasakan Malaysia bukanlah tempat “special” tentang cerita UFO. Ia lebih terkenal di negara barat. Namun begitu Malaysia juga menjadi tempat “lawatan” UFO. Saya bukanlah menjalankan kajian saintifik dan terurus mengenai UFO, cuma sekadar pengamatan dengan bahan bacaan yang saya jumpa. sebagai contohnya petikan akhbar Kosmo http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Kenapa kamera kita tidak dapat memfokuskan keada sebenar UFO dengan kemera canggih yang ada?

Kenapa kamera kita tidak dapat memfokuskan keada sebenar UFO dengan kemera canggih yang ada?

Sememangnya kita dapat tahu sendiri bahawa kajian tentang UFO sendiri masih belum ada kajian saintifiknya. Terdapat beberapa soalan yang saya simpulkan untuk dibincangkan kita semua:

  1. Kenapa kita lihat gambar atau foto yang diambil tidak jelas? Sedangkan kita mempunyai kamera “Cybershot” yang apabila kita mengambil gambar kipas yang berpusing boleh berhenti di dalam gambar?
  2. Adakah UFO berkait rapat dengan Segitiga Bermuda “Bermuda Triangle”?
  3. Kita dapat tahu ada pesawat yang dicipta tanpa pemandu? adakah ia ciptaan seseorang yang ingin membuat kontroversi terhadap masyarakat dunia?
  4. Ada lagi beberapa persoalan yang masih disusun lagi…

Suka saya mengambil pendapat guru saya yang memberi pandangan ia mungkin makhluk ciptaan Allah yang masih menjadi rahsia. Mungkin suatu masa nanti kita akan dapat mengetahui dengan sebenarnya.Bila masanya kita tak dapat menegetahuinya. Pendapat kedua yang saya ambil dari Datuk Md. Daud Che Ngah memberitahu , tiada satu pun ayat di dalam al-Quran dan hadis Nabi yang mengatakan wujudnya UFO. “Yang ada ialah cerita mengenai syaitan, jin dan makhluk halus lain. Memang makhluk ini boleh bertukar rupa tetapi saya tidak pernah mendengar cerita jin bertukar menjadi piring terbang UFO Saya masih lagi mencari fakta tentang UFO. Tapi apa yang dilihat masih timbul keraguaan.. Al-quran dan Hadis juga tidak menjelaskan tentang UFO”.

Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet bumi telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.

Sememangnya kita melihat segelintir manusia yang melihat dari segi kepercayaan mistik tentang UFO. Kepercayaan karut turut timbul dalam diri masyarakat. Saya tidak ingat ada satu artikel yang saya pernah saya baca mengatakan tentang masyarakat zaman dahulu yang memperlihatkan kewujudan UFO melalui lukisan pada dinding gua (Kesahihan artikel ini masih menjadi tanda tanya).

Sesiapa yang ada pandangan lontarkan komen anda.. Kita berbincang dari sudut ilmiah dan kepercayaan.. Kalau ada bacaan ilmiah boleh juga dikongsi bersama..

Planet yang mempunyai lautan..

HATFIELD, England 22 April – Para astronomi Eropah hari ini melaporkan penemuan luar biasa, satu planet yang

Gambaran pelukis tentang planet Gliese 581 d (tengah) dan planet Gliese 581 e (kiri) yang dikeluarkan oleh Organisasi Eropah untuk Penyelidikan Astronomi di Hemisfera Selatan.

Gambaran pelukis tentang planet Gliese 581 d (tengah) dan planet Gliese 581 e (kiri) yang dikeluarkan oleh Organisasi Eropah untuk Penyelidikan Astronomi di Hemisfera Selatan.

mempunyai saiz hampir sama dengan bumi di luar sistem solar dan sebuah lagi planet yang mungkin mempunyai lautan yang luas.

Penyelidik Eropah itu berkata, mereka bukan sahaja menemui eksoplanet terkecil, yang dipanggil Gliese 581 e, tetapi juga mendapati sebuah planet berada berdekatan yang ditemui lebih awal iaitu Gliese 581 d, berada dalam zon habitat yang mempunyai potensi kehidupan.

“Penyelidikan terbaru eksoplanet yang dipanggil The Holy Grail itu mengesan planet berbatu seperti bumi di ‘zon habitat’,” kata penyelidik astronomi, Michel Mayor dari Universiti Geneva, Switzerland.

Eksoplanet ialah planet di luar sistem solar. Gliese 581 e hanya mempunyai saiz 1.9 kali lebih besar daripada bumi, manakala planet-planet yang ditemui di luar sistem solar sebelum ini mempunyai saiz hampir sama dengan planet planet Jupiter yang menurut (NASA) saiznya yang terlalu besar itu seolah-olah boleh menelan lebih 1,000 planet Bumi.

Kedudukan Gliese 581 e ialah berada di kawasan yang paling hampir dengan bintang yang terdekat dengan bumi, menjadikannya terlalu panas untuk didiami oleh kehidupan. Mayor berkata, tetapi ia tetap satu kejayaan, kerana penemuan itu yang terletak 20 1/2 tahun cahaya dari Bumi dalam sistem solar, ”satu contoh terbaik bahawa kita mencapai kejayaan bagi mengesan planet yang menyerupai Bumi.

” Saintis turut mendapati orbit planet Gliese 581 d yang ditemui pada 2007 terletak dalam ‘zon habitat’ – satu kawasan sekitar bintang seperti matahari yang membolehkan air menjadi cecair di permukaan planet itu. – AP

Artikel ini dipetik dari Akhbar Utusan Malaysia Online. Sungguh besar langit ciptaan Allah. Banyak rahsia yang masih belum dapat dibongkar oleh manusia yang lemah ini. Allah berfirman dalam surah al-Hajr ayat 16 maksudnya : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan kami telah menghiaskan langit itu bagi orang-orang yang memandangnya. Diciptakan langit dan angkasa bagi manusia melihat dengan mata dan menghayati keindahan alam ciptaan tuhan dengan hati. Ini dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Hari Falak & Astronomi Negeri Melaka 2009

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara Melaka akan menganjurkan Hari Falak peringkat negeri Melaka Pada 8-9 Mei 2009. Pelbagai akan dianjurkan di sana pameran, cerapan dan pelbagai lagi program yang dijalankan. Terbuka kepada seluruh peminat falak dan astronomi.

Anda semua dijemput menghadiri program tersebut. Bawa keluarga anda semua ke sana.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati

http://www.al-azim.com/khawarizmi/main.htm

Khasiat Tamar Ajwah.

Hari ini saya bertemu dengan Ustaz saya , Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang baru pulang dari Mekah mengerjakan umrah. Dalam pertemuan dengan beliau saya bersama rakan lain dapat merasa “Tamar Ajwah”‘ yang dibeli khas dari Mekkah.  Beliau menceritakan khasiat “tamar ajwah” yang disebut dalam hadis nabi SAW. Khasiatnya apabila memakan tujuh biji tamar ajwah makan terhindar dari penyakit.

Balik dari berjumpa dengannya saya terus mencari hadis yang menceritakan khasiatnya. Walaupun ini perkara yang lama sudah diketahui tapi ingin saya kongsikan bersama anda semua. Mungkin ada yang mengetahui dan mungkin ada yang belum tahu. Ada juga yang mengatakan istilahnya kepada “Kurma Nabi”. Nabi Muhammad SAW  memuji tamar ajwah.

Hadis ada meriwayatkan : “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)”

Ada beberapa hadis lagi yang meriwayatkan khasiat “tamar Ajwah” ini.. InsyaAllah saya akan cari..

Peminat Coklat yang dikasihi..

KUALA LUMPUR – Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi. Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat. Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis. Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil. “Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya. Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak. (Kosmo 21 April 2009)

– Bila seseorang muslim makan perkara yang syubhah dan dikhuatiri halal atau pun haramnya badan tidak akan sihat. Bahkan bagi seorang pelajar susah untuk menerima ilmu serta pelajaran. Hati dikotori titik hitam.

Pilihkan makanan yang halal lagi baik dan ini dinyatakan dalam Firman Alllah SWT dalam SurahAl-An’am 145: “Katakanlah (Wahai Muhammad: ” Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwajibkan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor-, atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih di atas nama yang lain daripada Allah’. Sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’.-

Akibat ikut nafsu serakah..

Sebagai isi sambungan daripada tajuk blog lepas “kenapa menyambut Valentine?”

Selepas bersarapan saya terus ke kedai untuk membeli surat khabar. sengaja membelek isi kandungan tiap akhbar. Akhrnya akhbar berita harian menjadi pilihan. Satu rencana khas dari BH yang menerik minatku tentang “bahana nafsu”..Takut juga apabila membacanya. Nauzubillah  min zalik.. Moga Allah menjauhkan kita semua dari bala-Nya.

Penubuhan pertubuhan KEWAJA amat disanjung tinggi kerana tindakan pertubuhan itu menjalankan pekerjaan yang mulia. Ia adalah satu pekerjaan yang amat susah bagi tiap individu mahupun berkumpulan. Hanya yang dipilih Allah untuk membantu insan yang telah melakukan “kezaliman” pada diri. Ini berpunca dikala diri asyik mengikut telunjuk hawa nafsu yang menginginkan segala keseronokan.

Pengakuan dua remaja Sara dan Ina memeranjatkan juga. Tapi mungkin mereka berdua bertindak sebagai orang yang berani menceritakan apa yang telah berlaku. Di luar sana masih ramai lagi yang bernasib seperti mereka. Anak muda, belia dan remaja, artis dan orang biasa juga terjebak akibat tindakan yang dikawal oleh nafsu.. Lihatlah dunia kini yang begitu sesak dengan kemewahan sehingga tidak dapat dikawal segalanya. Kerana pentingkan keseronokan dunia segala musnah.

Wahai rakanku semua mari kita insafi dengan apa yang berlaku. Perkahwinan juga sebagai jalan yang terbaik buat pemuda- pemudi Muslim. Beritahu secara baik kepada ibu-bapa anda. Peringatan ini juga buat diri yang lemah yang juga banyak melakukan dosa. Manusia tidak dapat lari dari kesalahan. Bertaubat segera kerana kita tidak tahu bila Malaikat maut datang memanggil..

Saya sediakan pautan untuk ke rencana ini

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090419041022/Article