Monthly Archives: August 2010

Memberi Makan kepada Orang yang Berpuasa

Fadhilat memberi makan orang yang berpuasa. Antaranya: • Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ ، غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa”. (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan al-Baihaqi)

Memberi makan kepada orang yang memerlukan akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Allah menyukai orang yang memberi makan kepada orang lain.

Saya melahirkan rasa sedih kepada beberapa masjid atau surau yang memarahi orang yang datang berbuka atas alasan tidak membawa makanan. Sepatutnya masjid dan surau tersbut membuat perancangan untuk menghadapi Ramadan dengan membuat aktiviti Iftar Jamaie bagi merapatkan ukhwah di kalangan anak kariah. Mungkin rancangan perlu untuk membuat aktiviti tersebut. tetapi apa salahnya mnyediakan makanan khususnya buat yang tidak berkemampuan seperti pelajar sekolah, universiti yang ingin berbuka di masjid. Ini akan membuatkan mereka akan rapat dengan masjid.

Memberi makanan kepada orang yang berpuasa tidak akan mengurangkan harta kita sendiri. perbuatan memberi makanan akan membuatkan harta kita menjadi berkat. ia sama seperti orang yang berzakat.

Sekian tazkirah saya.. moga mendapat manfaat..

Fasa Keampunan…

Fasa kedua Ramadan yang dicatatkan dalam sebuah hadis mafhumnya: “Fasa pertama kerahmatan, Petengahan Keampunan dan terakhir di jauhkan daripada api neraka. Allah mengampunkan setiap dosa hambanya yang meminta doa daripadanya. Ayat al-Quran yang mana Allah bersimpati kepada hamba-Nya dengan menyuruh berdoa seperti firmannya yang bermaksud dalam surah Ghafir ayat 60: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku akan perkenankan doamu”.

Banyakkan memohon keampunan daripadanya. Jangan kedekut dan bakhil untuk berdoa dan meminta kepada-Nya. Bulan puasa adalah masa yang mudah doa dimakbulkan. Dijanjikan bagi yang berpuasa syurga khas untuknya seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu dinamakan al-Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain mereka tidak dibenarkan masuk”.

Sekian tazkirah pendek, moga kita dapat manfaat darinya..

Ramadan Tiba Lagi…

Firman Allah SWT Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Surah al-Baqarah: 185)

Sedar tak sedar dah 23 tahun FK berpuasa. Tiba ramadan amat membuatkan semangat FK bertambah. Tahun pertama juga FK berpuasa sebagai suami.

Awal ketibaan ramadan membawa rahmat. Penantian seseorang kepada Ramadan adalah mendatangkan nikmat yang tidak dapat digambarkan pada seseorang.  seperti mana yang dinyatakan dalam hadis nabi SAW:

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَوَسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Permulaan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya merdeka daripada api neraka”. (Ibn Abi Dunya, al-Khatib al-Dailami dan Ibn `Asakir)

Suka saya memetik kata-kata Imam al-Zahabi berkata: “Di sisi semua orang Islam telah mengakui dan mengiyakan bahawa sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan pada siang harinya tanpa sebarang keuzuran sebenarnya orang tersebut lebih jahat daripada penzina dan peminum arak, bahkan mereka mengesyaki keislaman orang yang tidak berpuasa dan menyangka dengan kafir zindiq, dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar”

Nantikan sambungan tazkirah pendek dari FK yang tidak seberapa ini….