Monthly Archives: June 2011

Menanti Hari Bergelar Baba dan Ummi 6 (Jaga Makan dan Minum)

Penjagaan makan dan minum kepada ummi dan  ibu-ibu mengandung amat penting sekali. Ini dapat memberikan pemakanan sihat kepada bayi. Makanan dan minum yang perlu dihindari ialah:

  • Makanan ringan.
  • Minuman berkarbonat (Bergas)
  • Makanan yang mengandungi unsur syubhah.

Makanan terbaik buat ibu-ibu mengandung adalah:

  • Halal dan terbaik.
  • Susu.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh mengelak sembelit.
  • Roti dan Nasi.
  • Selainnya boleh rujuk kepada Piramid Makanan.

Baba akan cuba memberikan yang terbaik kepada ummi. Ummi pun mestilah memilih makanan dan minuman yang terbaik.

Menanti Hari Bergelar Baba & Ummi 5 (Baba Sayang Ummi dan Anak Kita

Sikap suami juga memberi kesan kepada pembentukan anak dalam kandungan isteri. Janganlah bersikap sambil lewa, lepas tangan dan sebagainya. Baba juga ingin berkongsi beberapa perkara baik kepada bakal bapa, ayah, walid, abi, papa, daddy moga tanggungjawab kita memenuhi beberapa perkara iaitu:

  • Hendaklah menunjukkan sikap kasih sayang kepada isteri yang menjadi teman hidup yang paling hampir.
  • Berlaku jujur dan jangan bersikap kejam kepada isteri.
  • Jangan memukul isteri.
  • Andaikata berlaku salah faham, tegurlah isteri dengan sebaiknya.
  • Selesaikan sesuatu perselisihan faham sebelum ke bilik tidur.
  • Jangan terlalu memaksa isteri membuat kerja berat.
  • Jangan mudah melafazkan perkataan yang mungkin membawa kepada pemisahan antara suami isteri. (Contohnya : Cerai, Talak)

Solat Gerhana Bulan & Matahari

Pengertian dan Pensyariatan

 Gerhana matahari (الكُسُوفُ) dan gerhana bulan (الخُسُوفُ) dari segi bahasa adalah tertutup cahayanya sama ada sebahagian atau keseluruhannya.  Kedua-dua perkataan boleh digunakan untuk maksud dua jenis gerhana tersebut.

Solat gerhana matahari dan bulan tergolong dalam jenis solat yang disyariatkan kerana bersebab.  Dalam solat ini orang Islam memohon kepada Allah SWT agar menghindarkan segala bencana dan mengembalikan cahaya. Solat gerhana matahari disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Manakala solat gerhana bulan pada tahun kelima hijrah.

 

Hukum Solat Gerhana

Solat gerhana adalah sunat muakkad. Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَإِنَّهُمَا لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَصَلُّوا وَادْعُوْا حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُم

Maksudnya: Matahari dan bulan adalah dua daripada tanda keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila mengetahui gerhana berlaku kamu hendaklah bersolat dan berdoa sehingga cahaya kelihatan semula.” Riwayat Muslim (904)

Dalil seterusnya adalah berdasarkan perbuatan Nabi SAW yang melakukan solat gerhana. Suruhan supaya bersolat dan berdoa dalam hadith tersebut tidak ditafsirkan sebagai suruhan wajib berdasarkan hadith:

Seorang Badwi bertanya kepada Nabi SAW tentang solatlimawaktu:

هَلْ عَلَىَّ غَيْرُهَا؟ قَالَ: لاَ، إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ

 Maksudnya: Adakah solat lain yang wajib atasku? Nabi SAW menjawab: Tidak, kecuali engkau melakukan solat sunat.” Riwayat al-Bukhari (46) dan Muslim (11)

Kedua-dua solat gerhana ini sunat dilakukan secara berjemaah dan seruan untuk solat tersebut ialah (الصلاةَ جَامَعةً)

 

Cara Bersolat Gerhana

Solat gerhana matahari atau bulan ialah sebanyak dua rakaat yang dilakukan dengan niat solat gerhana berkenaan. Terdapat duacaramelakukannya, iaitucarayang ringkas dancarayang lebih sempurna.

 Pertama: Cara yang ringkas: Dilakukan adalah pada tiap-tiap rakaat dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’ sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardhu Jumaat.Namuncara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi SAW.

 Kedua: Cara yang lebih sempurna: Dilakukan adalah pada tiap-tiap rakaat dengan dua kali berdiri serta memanjangkan bacaan dengan membaca surah al-Baqarah atau surah yang lain yang sama kadar panjangnya selepas membaca al-Fatihah ketika berdiri yang pertama bagi rakaat yang pertama, dan membaca sekadar yang menyamai 200 ayat ketika berdiri yang keduanya. Sementara ketika berdiri yang pertama bagi rakaat yang kedua pula ialah membaca sekadar 150 ayat, dan ketika berdiri yang keduanya ialah membaca sekadar yang menyamai 100 ayat daripada surah a-Baqarah.

Kemudian, hendaklah memanjangkan ruku’ selama bacaan yang menyamai kira-kira 100 ayat. Sementara pada ruku’ yang kedua pula membaca anggaran 80 ayat, ruku’ yang ketiga sekadar 70 ayat dan ruku’ yang keempat sekadar 50 ayat.

Apabila selesai bersolat, imam berkhutbah sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi hukum dan syarat-syaratnya. Dalam dua khutbah tersebut imam menggalakkan jemaah supaya bertaubat dan membuat kebajikan serta menyedarkan mereka daripada lalai dan tertipu.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Samurah bin Jundub RA, katanya:

صَلَّى بِنَا النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى كُسُوفٍ لاَ نَسْمَعُ لَهُ صَوْتًا 

Maksudnya: Nabi SAW bersolat Gerhana Matahari bersama-sama kami dan suaranya kami dan suaranya tidak kedengaran oleh kami.”Riwayat al-Tirmizi (562) dan katanya hadith ini adalah hasan sahih

Hadith seterusnya, daripada Aisyah R.Anha, katanya:

جَهَرَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى صَلاَةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ 

Maksudnya: Nabi SAW menyaringkan bacaan ketika bersolat Gerhana Bulan.”Riwayat al-Bukhari (1016) dan Muslim (901)

Justeru, maksud suaranya tidak kedengaran dalam hadith yang pertama ialah ketika bersolat Gerhana Matahari kerana ia solat pada waktu siang, manakala maksud menyaringkan bacaan dalam hadith yang kedua pula ialah ketika bersolat Gerhana Bulan kerana ia solat pada waktu malam. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah RA, katanya:

خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِى حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَقَامَ وَكَبَّرَ وَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَاقْتَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ كَبَّرَ فَرَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ. ثُمَّ قَامَ فَاقْتَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً هِىَ أَدْنَى مِنَ الْقِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ كَبَّرَ فَرَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً هُوَ أَدْنَى مِنَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ ثُمَّ قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ. ثُمَّ سَجَدَ ثُمَّ فَعَلَ فِى الرَّكْعَةِ الأُخْرَى مِثْلَ ذَلِكَ حَتَّى اسْتَكْمَلَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ….. أَرْبَعَ رَكُوْعاً وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ وَانْجَلَتِ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَنْصَرِفَ ثُمَّ قَامَ فَخَطَبَ النَّاسَ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ  ثُمَّ قَالَ « إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلاَةِ. وفي رواية: فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَكَبِّرُوا وَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

 Maksudnya: Gerhana matahari berlaku pada zaman Nabi SAW, lalu Baginda pergi ke masjid dan bersolat. Orang ramai pun berbaris mengikut Baginda di belakang. Baginda membaca surah yang panjang. Kemudian Baginda bertakbir sambil ruku’ yang panjang, kemudian Baginda bangun i’tidal sambil berkata: سَمِعَ اللهُ لِمَن حَمِدَة رَبَّنَا لَكَ الحَمدُ . Baginda terus berdiri dan membaca bacaan yang panjang kurang sedikti daripada bacaan yang pertama. Kemudian Baginda ruku’ yang lama kurang sedikit daripada ruku’ yang pertama dan i’tidal sambil berkataسَمِعَ اللهُ لِمَن حَمِدَة رَبَّنَا لَكَ الحَمدُ. Seterusnya Baginda sujud. Dalam riwayat yang lain pula menyebut: Baginda sujud dengan lama. Begitu juga yang dilakukan Baginda pada rakaat yang kedua sehingga sempurna empat kali ruku’ dan empat kali sujud, dan matahari pun bersinar semula sebelum Baginda selesai bersolat. Sesudah itu Baginda berkhutbah kepada orang ramai serta memuji Allah dengan selayaknya dan bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada tanda keagungan Allah. Gerhana berlaku bukanlah disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu mengetahui gerhana, segeralah bersolat. Dalam riwayat yang lain pula menyebutkan bahawa, apabila kamu mengetahui gerhana berlaku berdoalah kepada Allah SWT, bersolat dan bersedekahlah.” Riwayat al-Bukhari (947) dan Muslim (901)

Rasulullah SAW melakukan solat gerhana matahari tanpa menyaringkan bacaannya dan Baginda mengingatkan orang ramai supaya jangan lalai dan tertipu.

Tiada Qadha’ Solat Gerhana

Apabila luput waktu solat gerhana, setelah matahari atau bulan bersinar semula sebelum melakukan solat, tidaklah disyariatkan mengqadha’kannya. Hal ini demikian kerana solat gerhana tergolong dalam jenis solat yang bersebab. Justeru, apabila hilang sebabnya maka hilanglah tuntutan bersolat tersebut.

 

Mandi Solat Gerhana

Seseorang yang hendak melakukan solat gerhana sunat mandi sebagaimana mandi untuk bersolat Jumaat. Ini kerana solat gerhana sama keadaannya dengan solat Jumaat dari segi perhimpunan ramai dan suruhan berjemaah.


Menanti Hari Bergelar Baba & Ummi 4 (Ummi Kena Banyak Bersabar)

Dalam keadaan ummi sekarang yang sedang belajar pasti adakala ummi tertekan dengan rentak kerja dan pembelajaran ummi. Ibu mengandung mestilah menjaga kesihatan mental dan fizikal. Perasaan seorang ibu mengandung pasti terganggu. Kadang-kadang boleh menjejaskan pertumbuhan mental dan perasaan bayi dalam kandungan.

Baba ingin berpesan kepada ummi dan seluruh bakal ibu, Islam menganjurkan beberapa nasihat dan motivasi keibuan moga menjadi manfaat untuk baba juga antaranya :

  • Menjauhkan diri dari sifat marah. Marah adalah sifat yang tercela kerana sifat itu boleh mendatangkan banyak keburukan. Jangan kerana marah seorang isteri mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami dan juga orang lain.
  • Apabila berada dalam keadaan tekanan marah berusahalah mengambil wudu’ kerana wudu dapat menyejukkan tubuh dari api kemarahan.
  • Jauhi perasaan cemburu.
  • Jangan makan makanan yang haram dan syubhat kerana bayi dalam kandungan mendapat nutrien dari apa yang ibu makan. Makanan yang haram menjadi darah daging. Andaikan makanan haram memasuki mulut si ibu bagaimana pula keadaan anak dalam kandungan?
  • Banyakkan bersabar.
  • Jauhi sifat benci-membenci.
  • Jauhkan dari meminta perkara bukan-bukan. Sememangnya waktu mengandung kadang-kadang si ibu mengidam macam-macam. Biarlah mengidam sesuatu yang memudahkan suami mendapatkannya dan jangan memberi kesusahan yang melampau buat suami.

Menanti Hari Bergelar Baba & Ummi 3 (Ummi Kena Jaga Kesihatan)

Baba hari ini terbaca artikel yang memperkatakan tentang penjagaan kesihatan semasa hamil. Mesti ummi pun sekarang tak sempat nak menjaga kesihatan sepenuhnya dengan keadaan ummi yang masih di alam pembelajaran. Kadang-kadang baba boleh rasa ummi dalam keadaan macam mana. Moga ummi dapat mengawal diri dan menjaga tubuh badan dengan baik.

Ummi mesti jaga kesihatan sepertimana yang baba pernah kata pada ummi. Banyakkan bersenam dan mengambil udara bersih kerana anak kita juga dapat bernafas dengan baik. Lebih penting jangan bersenam yang berat-berat. Sekadar ringan-ringankan badan dengan mengeluarkan sedikit peluh.

Ummi selalu jalan laju-laju sampai baba ketinggalan di belakang kalau tak pegang tangan baba. Kalau boleh jangan laju, biar sederhana berjalan tapi jangan melenggang kangkung pula.

Ummi jangan mandi air panas . Awal kehamilan tak elok mandi wap atau air panas. Mandi air suam pada bulan pertama kehamilan dan bulan terakhirnya untuk menjaga dari keadaan sejuk sangat.

Ummi mesti jauhkan diri dari udara tercemat. Tambahan pula kalau lalu di tempat orang merokok, bakar sampah dan lain-lain. Boleh menyebabkan kecatatan. Moga Allah memberikan kesihatan, sempurna dan kebaikan buat anak kita. InsyaAllah..

 

Menanti Hari Bergelar Baba & Ummi 2 (Doa Buat Ummi dan Anak)

Selesai sahaja baba bersolat terus baba berdoa untuk ummi dan bakal anak kita. Tidak lupa juga cucu sulung (ganti) buat mama, ayah, mak dan abah.  Mesti adik-adik kita pun tak sabar nak cubit-cubit pipi anak kita.

Baba ambil sebuah doa dalam buku karangan Ustaz Haji Taib Azamudden Md Taib yang bertajuk : “Amalan-Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata”. Doa ini sangat baba sukakan maksudnya yang mana moga doa kita ini menjadikan anak kita soleh dan solehah.

Doanya berbunyi :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِْ

اَللَّهُمَّ احْفَظْْْْْْْْْْْْْْْْْْْ وَلَدِي مَا دَامَ فِي بَطْنِي (بَطْنِ زَوْجَتِي) وَاشْفِهِ أَنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا ، اَللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِن بَطْنِي (بَطْنِ زَوْجَتِي)  يَومَ وِلاَدَتِهِ سَهْلاً وَتَسْلِيمًا ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيحًا كَامِلاً حَاذِقاً عَاقِلاً عَالِمًا زَكِيَّا مُؤْمِنًا صَالِحًا ، اَللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَاحْسِنْ خَلْقَهُ وَافْصَحْ لِسَانَهُ وَاحْسِن صَوتَهُ لِقِرَاءَةِ القُرْآنِ وَالحَدِيثِ بِبَرَكَةٍ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالمَيِنَ

 Maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah peliharalah anakku selama di dalam kandunganku (Kandungan isteriku)  dan sembuhkanlah dia, engkau Maha Penyembuh, Tiada kesembuhan melainkan penawar-Mu, sembuh yang tidak membawa kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku (kandungan isteriku) dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh, Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW.  Maha suci Allah Tuhan sekelian alam.”

(Suami yang ingin membaca doa ini boleh menukarkan kalimah doa “perutku” kepada “perut isteriku”. Jangan kerana silap berdoa maksudnya lari jauh)

Menanti Hari Bergelar Baba & Ummi 1 (Kurnia)

Syukur pada Allah kita berdua dikurniakan sekali lagi peluang untuk menjadi ummi dan baba setelah bakal anak pertama yang dikurniakan syahid menemui Allah SWT. Kini tinggal 6 bulan lebih lagi menanti hari. Peluang kedua Allah berikan ini adalah anugerah Allah pada kita berdua. Semestinya kita asyik berdebar-debar menanti kelahiran bakal penyeri rumah tangga ini.

Masih baba teringat sewaktu ummi menempuh saat pertama kali hamil. Walaupun tiada rezeki tapi kali ini peluang itu datang lagi yang semuanya adalah kurniaan Allah yang amat berharga.

Ummi.. walaupun kali ini ummi banyak meragam dengan keletihan, muntah kerapkali tetapi baba tetap bersabar kerana Allah.  Semuanya ujian buat baba sebagai suami buat ummi.

Seringkali baba doakan ummi dan anak kita yang bakal lahir nanti sihat dan bakal menjadi soleh dan solehah penyejuk mata kita. Pesanan dan nasihat dari jururawat dan doktor patut ummi ambil berat untuk kesihatan ummi dan anak kita.

Baba ingin kongsikan apa yang baba pernah pesankan kepada ummi amalan yang baik semasa hamil kepada semua. Keberkatan perkongsian ilmu ini moga ada hikmah yang dapat diambil, moga anak yang bakal lahir menjadi insan berguna kepada ummah islam..InsyaAllah.

Amalan yang baik sewaktu hamil :

  • Memperbanyakkan bertaubat kepada Allah atas dosa yang dilakukkan. Kerana banyak bertaubat akan menjadikan kita hamba Allah yang sempurna.
  • Untuk para suami : Berpuasalah sunat Isnin dan Khamis dan banyak melakukan amalan yang baik.
  • Wanita hamil hendaklah menjaga aurat.
  • Banyakkan membaca Al-Quran. (Surah al-Fatihah, Yassin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, al-A’raf, Al-Nahl, Maryam) tidak terhad surah ini sahaja.