Monthly Archives: February 2013

1 Hari 1 Nasihat (Setiap Manusia Akan Mati)

Setiap manusia akan merasai mati. Tiada manusia yang ditakdirkan atas bumi ini pasti akan meninggalkan dunia. Tiada juga yang akan hidup sepanjang masa melainkan Allah SWT.

Ramai manusia leka dan tidak takut kepada kematian. Ada yang masih berfoya-foya, leka dengan nikmat dunia yang sementara ini. Allah merahsiakan waktu kematian supaya kita sentiasa bersedia untuk menhadapinya.

Kematian bukan untuk si tua, tetapi tiap peringkat umur ada waktu yang telah ditetapkan kematian untuk mereka. Kanak-kanak ada yang meninggal dunia, usia remaja mati kerana kemalangan atau sebagainya. Mati tidak kenal kepada kita. Tetapi kematian amat kenal kepada kita. Tidak ada penundaan umur yang mungkin apabila mati datang menjemput.

Umur yang diberikan Allah janganlah disia-siakan dengan melakukan perkara mazmumah. Apalah guna umur panjang tetapi kita lupa kepada Allah. Jadilah orang yang bersyukur dengan nikmat umur, kesihatan, kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita…

Advertisements