Monthly Archives: May 2009

Tribute buat Nenda best!!

Tribute Buat Nenda

Pertama sekali malu juga untuk saya katakan yang saya kali kedua menghabiskan bacaan novel. Saya bukanlah peminat novel sebenarnya. Seingat saya novel pertama yang saya habiskan bertajuk ‘Julia’. Itu pun sebagai bacaan wajib untuk menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia( SPM) yang lalu. Novel kedua yang saya baca ‘Tribute Buat Nenda’. Nipis sahaja 144 muka surat.

Petang 22 Mei 2009 selepas pulang menunaikan solat jumaat saya terus mencapai membelek kulit novel yang dihadiahkan dari guru saya Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri pada malam sebelum beliau berangkat ke tanah suci menunaikan umrah. Sengaja membelek kulit ke kulit, membaca apa yang tertulis di kulit belakang dan terus menyelak muka pertama. Pembacaan diteruskan sehingga tamat. Lebih kurang masuk waktu asar pembacaan dihentikan. Seperti belum puas sebenarnya membaca rupanya dah sampai penghujungnya..

Tribute buat nenda saya akui sebagai novel motivasi kepada kita semua. Gaya bahasa yang bersahaja dan menarik. Seperti cerita filem yang dilihat dengan mata di kaca televisyen. Ada kala saya tertawa dan ada kali hati ini sebak. Diselitkan dengan Sirah Nabi, kata ulama, serta pelbagai lagi yang dapat diambil pengajaran.

Setiap manusia ada kisah hidupnya tersendiri. Suka dan duka, gelak tawa riang gembira dirasai. Namun ada juga insan di sisi kita yang air matanya bagaikan sudah kering kerana tidak henti-henti menangis.

Sesungguhnya novel ‘Tribute Buat Nenda’ harus dijadikan bacaan kepada yang meminati dunia novel. Bukan sekadar novel yang kadang-kadang ada kisah khayalan semata-mata tapi ini novel yang memberikan motivasi agama dan ruh Islam dapat dirasai..

Tahniah buat Ustaz Rashidy Jamil Muhammad al-Rasyid…

Advertisements

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Selamat Hari Guru 2009 kepada guru-guru saya yang banyak memberi ilmu pengetahuan kepada saya selama ini. Bermula dari kecil guru pertamaku adalah mama dan ayahku. Ayah saya juga seorang guru. Ucapan hari guru juga pada ayah yang juga banyak memberi ilmu kepadaku. tidak lupa pada mama. Juga tidak ketinggalan bakal ibu mertuaku Ustazah Masiah serta bapa mertuaku Ibrahim Bin Desa.

Setiap hari sepatutnya kita menyambutnya hari guru. Mereka patut diberi sanjungan tinggi. Bermulanya seorang perdana menteri bermula dari seorang guru. Tanpa guru mungkin tidak ada perdana menteri kini.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA (Tema Hari Guru 2009)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Saya tujukan lagu ini buat guru saya di:

  1. Tadika Abim Alor Star
  2. Sekolah Kebangsaan Haji Mohamad Syariff.
  3. Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad.
  4. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena.
  5. Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang.
  6. Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah.
  7. Maahad Mahmud Alor Setar.
  8. Universiti Sains Islam Malaysia.

Laporan Hari Falak Negeri Melaka 2009

Pada 8-9 Mei 2009  USIM terlibat dalam menjayakan Hari Falak Negeri Melaka 2009 bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara Melaka.

Banyak aktiviti yang dijalankan di sana. USIM dijemput untuk menjayakan pameran.Ramai pengunjung hadir untuk melihat pameran, cerapan yang dijalankan dan bermacam lagi. Hari Falak ini dirasmikan oleh TYT Yang DiPertua Melaka.

Melazimi Zikir Kepada Allah..

Imam al-Qurtubi berkata : "Masyghulkan lidahmu dengan bertasbih, tahlil, tahmid, dan takbir"

Imam al-Qurtubi berkata : "Masyghulkan lidahmu dengan bertasbih, tahlil, tahmid, dan takbir"

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d Ayat 28 : Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda : Lazimilah kamu dengan berzikir Ya za al-Jalali wa al-Ikram.

Zikir mempunyai 2 bahagian :

  1. Zikir Hissi – Iaitu zikir dengan melafazkan dengan kata-kata.
  2. Zikir Maknawi – Iaitu zikir dengan mengingati di dalam hati.

Berzikir dengan kata-kata yang keluar dari mulut, makna zikir dihayati dengan hati adalah lebih sempurna.

Pesanan terutama buat diri yang lemah ini dan seluruh umat Islam, melazimi zikir kepada Allah tiap masa tidak kira di mana berada. Ketika sihat kita ingat pada Allah, ketika sakit Allah tempat memohon kesihatan. Sebagai hamba Allah kita hendaklah melaksanakan ibadah kepada-Nya.

Suka saya petikkan kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah mengatakan: “Sesiapa yang sentiasa melakukan zikir-zikir yang diajar oleh Islam dan bimbingan Rasulullah SAW seperti berzikir ketika masuk masjid, ketika masuk bilik mandi, bangun tidur, sebelum dan selepas makan, memakan pakaian dan sebagainya, dia termasuk orang yang berzikir kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya (sama ada lelaki mahupun perempuan) “

Sentiasa kita membasahkan lidah kita dengan berzikir kepada Allah, hati kita akan kaya dengan amalan pahala. Orang yang mengingati Allah ialah orang yang kaya. Rezekinya Allah yang beri. Allah juga tidak akan lupa kepada orang yang sering melafazkan zikir kepada-Nya.

Sekadar renungan buat insan bernama Islam, lagi mukmin yang hatinya tidak putus mengingati Allah SWT.. Moga Allah menjadikan kita semua hambanya yang sentiasa tidak lupa kepada-Nya.