Monthly Archives: February 2009

Minggu Integriti USIM

Minggu integriti yang bermula pada 23 Februari 2009 lalu bakal diakhiri dengan Program khidmat masyarakat yang akan dijalankan di Labu, Negeri Sembilan pada 1 MAc 2009. Semua pelajar terlibat dalam menjayakan program tersebut. Pada 24 Februari 2009 telah dijalankan senamrobik dan larian “merentas USIM”. Minggu Intergriti bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pentingnya intergriti dalam kehidupan pelajar.

Sebahagian pelajar ada yang menafsirkan minggu intergriti sebagai minggu saman-menyaman, kena pakai lengkap dan kemas, rambut kena pendek. Ia bukan untuk menyusahkan pelajar malah menunjukkan pelajar itu berdisiplin dalam tiap keadaan.

Apabila pelajar berdisiplin dalam melakukan sesuatu sudah pasti USIM akan menjadi satu Universiti yang disegani. Nama USIM akan disebut-sebut. Pelajarnya akan dikatakan “Mantop Giler”.

Sedarkah kita??

Sekadar berkongsi ilmu yang diambil dari guru kami dalm kuliahnya. Apa yang ditekankan dalam kuliahnya mengenai istilah yang telah dikucar- kacirkan maknanya daripada istilah yang sebenar.Pengistilahan kalimah tersebut seolah memberi nafas baru kepada makna tersebut.

HUBUNGAN INTIM = HUBUNGAN SEKSUAL ANTARA LELAKI DAN WANITA

HUBUNGAN SEJENIS = LIWAT / LESBIAN

Bukankah perkataan tersebut membawa makna ZINA? Kenapa kita tidak menggunakan istilah zina? Kasarkah? ataupun tidak relevan digunakan? Fikirkahlah…  Seolah apabila seseorang  mengatakan “saya mempunyai hubungan yang ini dengan si dia”. Adakah kita menafikan ianya hubungan yang biasa sahaja? fikirkanlah… sekadar berkongsi daripada kefahamannya. Seolah boleh memberi satu nafas kepada orang untuk mengatakan dia melakukan zina dengan mengadakan hubungan intim.

Sebarang komen harap lontarkan. Mungkin anda mempunyai idea yang baik.

Soalan 16

S: Apakah hukum memberi daging korban kepada orang kafir?

J: Daging korban seafdalnya disedekah semua kepada orang. Ia menepati dengan nama korban. Bukan untuk simpanan kita. Dalam hidup berjiran contohnya apabila jiran kita beragama kafir, wajar bagi kita memuliakan jiran. Memberi makanan kepada jiran adalah amalan terbaik. Apabila kita memberikan hadiah ataupun makanan kepada jiran yang kafir seolahnya menjinakkan jiwa mereka mereka kepada Islam.

Melakukan sembelihan korban apabila mereka sendiri melihat wajar kita memberikan sedikit untuk mereka. Jangan hanya membiarkan mereka melihat sahaja.

Kenapa menyambut Valentine?

Ada apa dengan hari Valentine? Kadang- Kadang remaja hanya seronok menyambutnya bersama kekasih anda. Adakah ia membawa manfaat kepada kita? Sedarkah kita hari Valentines itu apa? kenapa dinamakan Valentine? Tidak ada nama lainkah?…

Valentine ialah satu nama Paderi Kristian yang dibunuh oleh raja Romawi. Kematian yang begitu tragis membuatkan rakyat kristian menyambut Hari Valentines memperingati ketabahannya dalam mempertahankan cinta. Adakah kita memperingati St, Valentine sebagai tokoh diri anda? Bila ditanya mungkin anda mempertahankan tidak. Tapi secara kelembutan yang berlaku anda apabila tiba 14 Februari tiap tahun anda mengucapkan “selamat hari kekasih Sayang!!” ataupun “Moga hari ini akan menjadi titik tolak hubungan kita..

Apa ini??? Secara tidak sengaja pasti anda juga menyambutnya. Sepertimana Sabda Nabi SAW n: Sesiapa yang meniru sesuatu kaum itu, maka ia sebahagian daripadanya.. Moga kita bukan tergolonga dalam golongan itu..

Ada lagi sambungan……..

Solat Satu Muhasabah

Solat dari segi bahasa bmembawa maksud doa. Ia merangkap sebagai doa. Ulama mentafsirkan solat ialah satu pernuatan yang dimulakan dengan takbir dan di akhiri dengan salam. Solat merupakan satu jalan perhubungan kita dengan pencipta iaitu Allah SWT. Percakapan kita dengan Allah melalui bacaan al-Quran.

Solat fardu ada lima waktu. Ulama bersepakat semuanya adalah wajib dilaksanakan.

Kenapa perlu solat?

Jawapan yang ditafsirkan para ulama ia mempunyai banyak hikmah, kelebihan dan keistimewaan. sebab manusia perlu solat manusia akan merasakan ketenangan. manusia semua inginkan kebahagiaan. wang, harta benda adalah alat semata- mata. Dengan solat juga mengajar kita menjaga waktu. Al-Banna pernah berkata waktu adalah sebahagian daripada hidup kamu. Solat juga catu cara mengadakan hubungan dengan Allah. Allah tidak akan memberi kesusahan pada hidupnya.

Satu kisah yang diceritakan guru kami menceritakan kisah Sabil al-Bunnani. Satu hari dia diajak oleh sahabatnya untuk pergi ke tempat yang jauh. setiap kali di dalam perjalanannya apabila berjumpa masjid dia akan berhenti bersolat. Apabila tioba di destinasi sahabatnya masuk menghadap orang yang dihajati. Lalu permintaan dikabulkan. Selepas itu sahabatnya memarahi sabil dan dia berkata “Engkau mesti memarahi aku kerana lambat tiba di sini”. Lalu dia menjawab “Aku berhenti bersolat kerana aku mendoakan tiap hajatmu dikabulkan. itulah sebabnya aku sering berhenti bersolat dan mendiakan engkau”. Lalu sahabatnya meminta maaf kepadanya. Ambillah sedikit pengajaran yang ditunjukkan dalam kisah ini.

Solat juga dapat membawa kepada kesihatan tubuh badan. dikatakan solat adalah lebuh baik dari senaman Yoga. Dengan solat kita dapat menjuhkan diri daripada melakukan kemungkaran. Rohanai dan jasmani kita akan lebih sihat dan hati akan merasa kelapangan.

 

Amalan solat malam dapat membarikan cahaya pada wajah. dimurahkan rezeki dan kekuatan umat akan terjana. Apa yang lebih penting di dalam solat adalah kusyu’. Ia melambangakan kualiti solat yang dijalankan. 

Kenapa kita tidak dapat kusyu’ di dalam solat?

Antara sebabnya kita tidak kenal kepada pencipta kita. Apabila kita kenal Allah kita akan lebih kusyu’ untuk bersolat. Apa bila kita di panggil menghadap sultan kita boleh duduk tertib. inikan pula apabila di dalam solat, kita menghadap Allah tuhan pencipta alam dan makhluk.

Ali Zainal Abidin cucu rasullullah dikatakan apabila dia bersolat dan hendak menghadap Allah, belakangku dirasakan malaikat maut. Apabila dia hendak bersolat pucat mukanya.

Renungkan sedikit sebanyak apa yang dinukilkan moga menjadi satu motivasi kepada miata semua.