Monthly Archives: July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan (2011/1432)

Alhamdulillah kita sudah memasuki bulan yang paling dinantikan oleh golongan beriman kepada Allah SWT iaitu bulan Ramadan. Bulan ini juga menjadi menjadi bulan yang paling tidak disukai bagi golongan yang menganggap bulan kelaparan.

Akan tetapi bulan Ramadan inilah Allah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada seluruh hamba-Nya. Samalah kita menjadi seorang yang akan berlumba-lumba melakukan ibadah. Biarlah kita lakukan ibadah seperti mengadakan pesta besar-besaran.

Moga beroleh manfaat dan ganjaran yang besar dari Allah SWT..

Advertisements

BERSIH 2.0 (Komentar Saya)

ANGGAPAN PERASAAN YANG MUNGKIN BERADA DI HATI SEMUA..

KERAJAAN : MEMANG PERHIMPUNAN MERUGIKAN SEMUA..PENIAGA RUGI, PEMANDU TEKSI RUGI, PENDAPAT SYARIKAT BAS MEROSOT..KEDAI & PASARAYA RUGI..TAK PATUT SANGAT.. PEMBANGKANG PUNYA AGENDA..JALAN JEM..NAK PI KENDURI SUSAH.NAK TENGOK ORANG SAKIT DI HOSPITAL PUN SUSUAH..RAKYAT YANG MENANGGUNG AKIBAT..BERSIH MEMANG TAK PATUT..MALAYSIA JADI BURUK DI MATA DI MATA DUNIA..BERSIH MEMANG KOTOR..TAHAN ISA SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG..PENYOKONG PEMBANGKANG PUN SUMBAT DALAM PENJARA LAGI BAIK.. (Mungkin ini yang dituturkan sekarang oleh penyokong kerajaan)

PAS/PKR/DAP : PERHIMPUNAN DIHALANG..KEBEBASAN SUARA DISEKAT..MALAYSIA TAKUT JADI MACAM MESIR..RUNDINGAN MEJA PUN TAK GUNA,KERAJAAN MEMANG TAKKAN LAYAN..KERAJAAN GUNA MEDIA HENTAM PAS, PKR, DAP..KEBENARAN MEMANG SUKAR DITEGAKKAN..UMNO/BN SELAMANYA TAKKAN BERUBAH..BERITA PULA TAKKAN HABIS2 MENGHENTAM KITA..(Mungkin ini yang dituturkan sekarang oleh penyokong PAS/PKR/DAP)

Walaupun saya bukan fanatik berpolitik. Tetapi di mata saya tetap melihat baik dan buruk diilakukan. Umno/Bn takkan selamanya baik.. Pas/Pkr bukan selamanya dipandang salah. Kebenaran tetap akan tertegak. berdoa dan bertawakal menyerahkan segala urusan dengan Allah.. Rundingan yang diadakan harus adil.. Kerajaan harus memandang serius apa yang pihak pembangkang inginkan.. bukan hanya ingat pendirian kerajaan sahaja benar.. Tak mustahil Malaysia yang aman sentosa menjadi kucar-kacir seperti Mesir, Libya.. Rakyat Malaysia tidak boleh selesa dengan apa yang dinikmati..Media bertulis dan cetak pula perlu menyatakan kebenaran, bukan digunakan menghentam sebelah pihak sahaja..pada peniaga Islam dan pencari rezeki, rezeki Allah yang kurniakan bukan pembeli dan pelanggan anda yang mendatangkan rezeki anda..Itu semua pengantaraan.. Saya mohon ampun dan maaf andai tulisan ini mengguris hati mana-mana perasaan semua..