Monthly Archives: January 2010

F1- Perlaksaanaan Ibadat di International Space Station (ISS)

Contoh cara jawapan yang saya akan berikan berdasarkan apa yang ditanya:

21-23 NOV 2006 (Muzakarah Kali ke-76)

Keputusan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Jawatankusa Fatwa Kebangsaan:

  1. Penggunaan tisu yang telah disediakan di International Space Station (ISS) sebagai alat beristinja` adalah harus.
  2. Harus tayammum dengan apa sahaja yang berasal dari bumi (contohnya ISS) sebagai kaedah mengangkat hadas.
  3. Solat ditunaikan sebanyak lima kali untuk tempoh 24 jam (hari di bumi) dan boleh ditunaikan secara jamak dan qasar dan tidak perlu diqada.
  4. Waktu solat dan puasa di ISS adalah mengikut waktu tempat pelepasan.
  5. Penentuan arah qiblat hendaklah dengan cara menghadap kaabah dan sekiranya sukar, bolehlah menghadap ke mana-mana arah.
Advertisements

Anda tidak tahu ada fatwa atas sesuatu isu lama atau baru?? Saya tolong anda..

Alhamdulillah dengan izin Allah saya merasa terpanggil untuk membantu menjalankan usaha dakwah bagi menjawab sedikit persoalan danĀ  merungkai permasalahan berkenaan fatwa dan yang timbul khususnya di malaysia. Saya rasakan medium blog, web ini satu wadah penting dan cepat untuk menyebarkan sesuatu permasalahan hukum atau fatwa yang dikeluarkan. Saya menjalankan usaha ini agar tiap pahala yang ada saya sedekah buat datuk saya yang telah meninggal dunia 25 Nov 2009. Kebetulan tarikh yang sama saya kemalangan.Masih teringat lagi apa yang berlaku..

Saya ingin memasukkan permasalahan fatwa berdasarkan apa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti Negeri. Saya ada mengumpulkan sebilangan Fatwa negeri dan keputusannya. Jadi dengan sedikit usaha ini dapat saya membaca dan mengkaji kitab2 selain menjawab persoalan yang diajukan. Secara kebetulan sekarang saya berkerja sementara di JAKIM bahagian Pengurusan Fatwa dan Pembangunan Ijtihad jadi sedikit sebanyak dapat membantu usaha menyebarkan fatwa seluruh Malaysia..selain melaksanakan sebagai jalan memberi kefahaman kepada pendidikan fatwa.

Saya harapkan usaha ini sebagai membantu Institusi fatwa dan jabatan Mufti di samping terdapat banyak lagi laman web berkaitan fatwa yang ada. Laman blog yang serba daif ini akan saya menambahbaikkan bagi memudahkan semua..

Untuk Pertanyaan mengenaiĀ Fatwa boleh hubungi:
firdausmohdkhalil@gmail.com atau SMS 019-4609722

****UNTUK MAKLUMAN SAYA HANYA MEMASUKKAN JAWAPAN KEPADA PERSOALAN FATWA.. SAYA AKAN MEMETIK KEPUTUSAN BERKAITAN APA YANG DIAJUKAN SAHAJA.. TERIMA KASIH****

Gerhana Matahari 15 Januari 2010

1 Januari yang lalu telah berlaku gerhana bulan, kini pertengahan bulan Januari ada pula gerhana matahari pula.. Sungguh ajaib apabila berlaku 2 gerhana dalam 1 bulan.. Alangkah besarnya kuasa Allah menjadikan sesuatu peristiwa yang berlaku agar kita berfikir tentang kebesaran Allah SWT..

Gerhana ini berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari dalam satu garisan. Disebabkan saiz ketara Bulan kecil sedikit berbanding Matahari menyebabkan sebahagian kecil permukaan Matahari akan kelihatan di sekeliling cakera Bulan seperti satu gelang cahaya yang terang. Gerhana ini berlaku pada 15 Januari, laluan gerhana ini bermula dari Uganda menuju ke Nairobi kemudian memasukki lautan Hindi kemudian Maldives, selatan India, Sri Lanka dan berakhir di sempadan Mynmar-China. Gerhana ini turut dapat dilihat di Malaysia tetapi dengan fasa gerhana separa, sebahagian permukaan Matahari akan kelihatan gelap sehingga 38% kerana ditutupi Bulan. Di Kuala Lumpur gerhana ini bermula pada jam 3.01 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari. Fasa maksimum pada jam 4.26 petang dengan 28.5% permukaan Matahari ditutupi Bulan. Gerhana berakhir apabila sentuhan terakhir Bulan pada 5.37 petang dan setelah itu Matahari kembali seperti biasa. Bagi mereka di Alor Setar dapat melihat bahagian Matahari yang ditutupi Bulan sehingga 38%. Amaran! melihat gerhana Matahari secara terus dengan mata kasar boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Jangan melihat gerhana tersebut tanpa menggunakan penapis Matahari yang selamat (petikan dari laman Persatuan Falak Syari Malaysia)