Category Archives: Fiqh Munakahat

Tajuk Yang Tidak Rasmi : Sedikit Cerita dan Nasihat Buat Lelaki dan Perempuan (Suami Isteri)

Selesai pembacaan sebuah buku kecil berbahasa Indonesia yang sarat dengan kisah seorang isteri, ibu dan menantu iaitu Latifah al-Suli atau nama sebenar Latifah binti Husin. Mungkin ada yang bertanya siapakah dia? Kenapakah saya memilih namanya untuk diberikan sedikit pujian? Beliau adalah isteri kepada Hasan al-Banna. Menantu kepada Abdul Rahman al-Banna dan Hajjah Ummu Saad.

Dalam masa satu jam Alhamdulillah dapat saya selesaikan pembacaan yang menghampiri seratus mukasurat dalam buku Persembahan Cinta Isteri Hasan al-Banna karangan penulis Muhammad Lili Nur Aulia. Pada mulanya saya terasa mengantuk untuk meneruskan pembacaan akan tetapi sehelai demi sehelai muka surat dibuka menambahkan rasa ingin meneruskan pembacaan sehingga selesai.

Dalam bahasa yang mungkin tidak tersusun saya ingin menulis sedikit ringkasan dan kesimpulan dari sebuah kisah yang mana inilah satu sejarah yang berlaku di mana menunjukkan seorang insan bernama wanita mampu menggegarkan dunia. Saya tidak mahu dikatakan tidak memuji Ummahat al-Mukminin isteri-isteri Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah yang terbaik. Saya coretkan di sini agar dapat dicontohi buat tatapan para gadis, wanita yang mahukan satu perubahan yang baik dari seorang wanita yang lahir pada tahun yang berlalu tidak jauh dari kita.

Hebatnya seorang wanita adalah berasal dari didikan keluarganya. Lihatlah bagaimana Ibu Hasan al-Banna memilih seorang wanita yang ingin dijadikan isteri kepada anaknya, dipilih kerana bacaan al-Quran dan akhlaknya. Pakej yang ada pada diri Latifah al-Suli membuatkan dirinya layak bergelar isteri kepada Hasan al-Banna.  Inilah yang telah diaturkan Allah SWT dalam qada dan qadarnya. Di sini jugalah dilihat satu kehebatan yang tidak tertanding nilainya apabila cinta Latifah dan Hasan al-Banna bersatu tanpa cinta sebelum pernikahan. Maksiat dan dosa percuma dilakukan sebelum pernikahan berlaku. Bagaimanakah kita mengharapkan sesuatu yang hebat.. Anak-anak yang lahir akan menjadi hebat.. (mengalir air mata saya mengucapkannya kerana diri saya yang tidak seberapa dan mengenang dosa-dosa lalu)

Kembalilah kepada jalan Allah wahai orang muda seusia saya juga.. Anda belum terlambat lagi sedar dari buaian mimpi dunia.. Kamu mengharapkan akan berkahwin. Pilihlah apa yang disuruh Nabi Muhammad SAW. Semua tahu hadith itu. Kecantikan, kebangsawanan, keturunan dan Agama.. Agama yang menjadi titik mula pemilihan seorang isteri.. Wahai pemudi Islam.. Andai lelaki yang baik datang ingin menikahimu janganlah menolaknya.. Insyaallah ada kebaikan padanya. Bukan bermaksud tidak boleh memilih tetapi setelah dipersetujui keluargamu.. Maharmu yang rendah, maruahmu yang tinggi.. (Saya tidak mahu komen tentang mahar yang tinggi atau rendah.. Jangan membebankan.. sesungguhnya seorang lelaki lebih bersyukur apa yang didapatinya dalam keadaan rela hati dan terbuka)

Apabila sudah berkahwin nanti dasari rumah tangga dengan agama.. Kita sama-sama memperingatkan antara satu dengan lain. Kita sama-sama berusaha membaiki rumahtangga sedia ada. Yang belum berkahwin persiapkan diri dengan ilmu agama. Wang ringgit , persedian harta benda bukanlah utama andai tidak ada ilmu untuk menguruskannya.

Wahai wanita yang bakal bergelar isteri dan sudah bergelar isteri..jangan lupa menjaga maruahmu.. Jangan jadi tubuh badanmu tonton selain suamimu.. Jangan lupa sentiasa berhias pada suamimu.. Suamimu bukan inginkan kesempurnaan.. tetapi cukup apa cukup pada kebiasaan.. bekerjasama dalam rumah tangga.. Jangan sembunyikan perasaan dan buruk sangka pada suami atau isteri…Sikap percaya suamilah Isteri Hasan al-Banna dapat menjaga perasaan dan dirinya sekaligus menjadi penguat semangat kepada Hasan al-Banna.. Jangan cemburu buta.. Takkan ke mana.. Rosaknya rumahtangga andai tiada sikap saling percaya..

Cuba dan cuba sedaya upaya wahai isteri dan juga suami.. wujudkan suasana beragama di dalam rumah yang dibina.. Solatlah berjemaah walaupun sekurang sekali waktu sahaja dari lima.. Saya yakin dan percaya Allah akan memlihara keluarga itu.. Ajarkan isteri untuk bercukup apa yang ada.. Jangan lupa wahai suami hadiahkan isteri akan dengan kasih sayang kerana Allah.. Apa yang perlu anda lebih tahu bagaimana romantiknya…

Yang sudah berkahwin jangan lupa anda bukan berkahwin suami isteri… Ingatlah ia adalah perkahwinan yang menghubung dua keluarga.. Mentua dan besannya.. Berusahalah mengenal ahli keluarga sesame sendiri.. Suami perkenalkanlah ahli keluarga kaum kerabatmua kepada isteri dan isteri juga jangan hanya perkenal ahli keluarga terdekatmu sahaja.. Silaturrahim akan terbentuk dan keluarga menjadi aman bahagia.. (Perkara ini bukan perlu seminggu dua untuk kita kenal.. ambillah masa.. sekurangnya berjumpa di jalanan, bertempuh bahu kita kenal ini adalah keluarga.. ini rakan…)

Isteri… suami balik kerja kadang-kadang mungkin serabut.. jangan biar rumahnya juga begitu.. sekurangnya sedap mata memandang.. (Saya tujukan buat semua isteri-isteri di luar sana termasuk isteri saya di rumah.. Alhamdulillah isteri saya ni pembersih sikit kecuali jarang-jarang.. Jangan marah ya…)) Kadang-kadang anak-anak yang selerakkan barang permainan mereka..

Jangan marahkan anak-anak terutama mereka yang masih bayi.. cuba sedaya upaya jangan tinggikan nada suara.. berkata tidak baik kepada anak-anak.. Doakan mereka.. dodoikan dengan lagu selawat dan bacaan quran.. nasyid yang berfaedah.. Biarlah anak-anak kenal Allah, Nabi , Malaikat dan sesuatu yang baik.. Takkan anak-anak perlu dikenalkan kepada boboiboy, doremon, ultraman, superman dan sebagainya.. Alangkah rugi andai perkara pertama yang anak-anak kenal adalah perkara tidak berfaedah.. Cuba kita elakkan.. semangat dari suami sahaja untuk berubah tidak akan cukup andai isteri tidak bersama-sama menjadikan mereka sebagai tempat yang dikatakan sekolah yang pertama bagi anak-anak… Zikirkan sesuatu ditelinga anak bukan lagu tidak berfaedah…

Anak-anak yang akan lahir nanti.. yang sudah lahir niatkan untuk Islam.. Latih mereka mengenal agama.. Banyak buku rujukan, tanyalah yang pakar.. Ajarkan mereka dengan apa yang diajarkan Islam.. Bacalah buku karangan Abdullah Nasih Ulwan iaitu Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan ANak-Anak Di Dalam Islam) Cari di JAKIM yang terjemahan.. Dalam ini sarat pelbagai perkara..

Wahai Suami.. Saya pun sama.. Jadikan rumahtangga kenangan terindah bagi isteri.. Bukan mimpi ngeri..Jaga sebaik mungkin.. Berusaha menjadikan rumah tangga sebagai rumah tangga yang terbaik..

Saya bukan menulis semua di atas untuk mengatakan semuanya saya sempurna.. Ada juga masam manis, pahit, pedas.. Tetapi saya cuba, berdoa, bertawakal agar dapat mencontoh sedikit daripada keperibadian Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat, Tabiin, Ulama, Tokoh Islam dan lain-lain lagi tokoh yang baik.. Bagi lelaki yang membaca jadilah suami yang terbaik… Bagi wanita yang membacanya jadi Isteri yang terbaik…

FASAKH KERANA PENYAKIT SEKSUALITI SUAMI ISTERI MENURUT PANDANGAN ULAMA

FASAKH KERANA PENYAKIT SEKSUALITI SUAMI ISTERI MENURUT PANDANGAN ULAMA

Disediakan oleh : Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil 

BAB PERTAMA

 

Perkahwinan dan Penceraian

 

Alam perkahwinan telah diamanahkan kepada pasangan suami isteri untuk bertanggungjawab mengharmonikan sebuah rumahtangga. Tanggungjawab ini merupakan ibadah yang mesti ditunaikan oleh setiap pasangan dan perlaksanaannya seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT akan membawa kebahagian. Setiap pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan bersefahaman dalam menjalani amanah Allah SWT. Mereka patut mencontohi contoh keluarga bahagia iaitu Rasulullah SAW ke arah menjadikan rumahtangga sebagai syurga di dunia ini. Perjalanan berumahtangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan menjadikan tempat untuk merealisasikan ajaran Allah SWT secara menyeluruh.

Dalam menjalani rumahtangga terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi. Tidak semua dikatakan manis belaka. Ada permasalahan yang berlaku seusia muda lagi dan terdapat juga yang berlaku di penghujung umur. Alangkah sedih dan pilu jika ia berlaku. Semua ujian ini telah tertulis pada takdir Allah SWT. [1]

Pembubaran perkahwinan berlaku andai perjalanan rumahtangga sudah lagi tidak dapat dikemudi dengan baik. Ujian dan cabaran inilah walaupun dibenarkan oleh agama tetapi amat dibenci Allah SWT. Benarlah sabda Rasulullah SAW :

أَبْغَضُ الْحَلاَلِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلاَقُ

Maksudnya: Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talaq.

Riwayat Abu Daud (2178), Ibn Majah (2018), al-Hakim (2/197) dan beliau mensahihkannya

 

 

 

 

Definisi Talaq

 

Menurut bahasa, talaq bermaksud lepas dan terlepas. Sementara dari segi syara’, ia bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz dan seumpamanya.[2]

 

Pensyariatan Talaq

Pensyariatan berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ ulama’.

Al-Quran

Firman Allah SWT:

ß,»n=©Ü9$#  Èb$s?§sD ( 88$|¡øBÎ*sù >$rá÷èoÿÏ3 ÷rr& 7xƒÎŽô£s? 9`»|¡ômÎ*Î/

Maksudnya: Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.[3]

(Surah al-Baqarah: 229)

Firman Allah SWT:

$pkš‰r’¯»tƒ  ÓÉ<¨Z9$# #sŒÎ) ÞOçFø)¯=sÛ uä!$|¡ÏiY9$# £`èdqà)Ïk=sÜsù  ÆÍkÌE£‰ÏèÏ9

 

Maksudnya: Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar).

 (Surah al-Talaq: 1)

Al-Sunnah

Rasulullah SAW bersabda:

أَبْغَضُ الْحَلاَلِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلاَقُ

 

Maksudnya: Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talaq.

Riwayat Abu Daud (2178), Ibn Majah (2018), al-Hakim (2/197) dan beliau mensahihkannya

Hadith yang lain, daripada Ibn Umar RA, katanya:

كَانَتْ تَحْتِى امْرَأَةٌ أُحِبُّهَا وَكَانَ أَبِى يَكْرَهُهَا فَأَمَرَنِى أَبِى أَنْ أُطَلِّقَهَا فَأَبَيْتُ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ طَلِّقِ امْرَأَتَكَ

 

Maksudnya: Aku mempunyai isteri yang aku sayangi, tetapi ayah aku pula tidak menyukainya dan meminta aku menceraikannya. Aku enggan, lalu perkara ini diberitahu kepada Nabi SAW. Baginda bersabda: “Wahai Abdullah bin Umar, ceraikanlah isterimu itu.  

 

Riwayat Abu Daud (2088), al-Tirmizi (1189) dan Ibn Majah (2088)

 

Ijma’                                                                                                               

Semua ulama’ bersepakat tentang pensyariatan tanpa seorang pun yang mengingkari tentangnya.[4]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB KEDUA

 

Pembubaran perkahwinan

 

Dalam permasalahan ini iaitu pembubaran perkahwinan akan menjelaskan jenis-jenis pembubaran perkahwinan yang sering berlaku di Mahkamah Syariah. Selain itu diterangkan juga prosedur yang diambil apabila berlaku penceraian. Oleh kerana penceraian yang berlaku merupakan langkah yang terakhir, maka usaha ke arah perdamaian hendaklah dibuat melalui Jawatankuasa Pendamai atau Hakam. Dalam membubarkan perkahwinan juga diterangkan kuasa Mahkamah dalam menangani kes nusyuz dan shiqaq serta memperjelaskan peruntukan undang-undang berhubung dengan rujuk.

 

Jenis Pembubaran Perkahwinan

 

Sebelum pasangan suami isteri membuat keputusan untuk berpisah kebiasaannya pasangan tersebut berhadapan dengan masalah yang rumit dan krisis genting. Hal ini hendaklah diadukan kepada Unit Pembangunan Keluarga untuk mendapatkan khidmat nasihat. Kedua-dua pihak akan dipanggit untuk sesi kaunseling. Jika tidak dapat didamaikan atau kedua-duanya bertekad untuk berpisah maka tuntutan penceraian hendaklah difailkan ke Mahkamah. Suami dan isteri yang ingin memohon penceraian hendaklah mengemukakan permohonan penceraian ke Mahkamah di dalam borang yang ditentukan. Jika salah satu pihak tidak bersetuju dengan penceraian atau berkemungkinan boleh didamaikan maka Mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai yang terdiri dari Pegawai Agama dan dua wamil dari pihak suami dan isteri. Keutamaan diberikan saudara mara terdekat dengan kedua-dua pihak tersebut. Masa yang diambil kebiasaannya enam bulan atau lebih jika dibenarkan Mahkamah oleh Jawatankuasa Pendamai dalam sesi nasihat dan kaunseling. Jika suami melafazkan talak diluar Mahkamah, talak tetap jatuh dan perceraian hendaklah difailkan ke Mahkamah.

Terdapat beberapa jenis penceraian yang berlaku dalam rumahtangga. Semua ini membawa kepada pembubaran rumahtangga sama ada boleh dirujuk kembali atau tidak boleh dirujuk semula melainkan syarat-syarat yang ditetapkan Islam untuk kembali ke perkahwinan yang sebelumnya. Jenis-jenis penceraian ini adalah difailkan oleh suami, isteri atau pihak yang diwakilkan kedua-duanya iaitu :

  1. Cerai Taklik – Cerai taklik berlaku apabila suami atau isteri melanggar hak yang dipersetujui (mengikut taklik bagi setiap negeri). Apabila penceraian ini berlaku hendaklah diadukan ke Mahkamah, jika sabit, gugur talak.
  2. Khulu’ / Tebus Talak – Berlaku apabila isteri sudah tidak lagi boleh hidup bersama suami dan tiada persetujuan suami untuk menceraikan isteri. Suami pula bersetuju untuk menceraikan isteri dengan tebus talak atau khulu’. Jika kadar tebusan itu telah dipersetujui, suami hendaklah melafazkan talak. Penceraian tebus talak tidak boleh dirujuk kembali tetapi boleh kembali kepada perkahwinan sebelumnya dengan akad baru. Jika suami tidak bersetuju dengan khulu’ yang diminta oleh isteri maka Mahkamah hendaklah melantik Jawatankuasa Pendamai.
  3. Shiqaq – Shiqaq bermaksud persengketaan atau krisis genting yang berpanjangan di antara suami dan isteri. Jika berlaku permasalahan ini, Mahkamah hendaklah melantik dua orang Hakam yang akan mewakili suami dan isteri. Jika Hakam pertama gagal maka boleh dilantik Hakam kedua. Hakam mestilah terdiri daripada saudara mara terdekat yyang mengetahui keadaan hal pasangan tersebut.
  4. Nusyuz – Nusyuz beerti isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syara’ (takrif enakmen) seperti :

a)    Apabila isteri enggan bersekedudukan dengan suaminya.

b)    Apabila isteri meninggalkan rumah suami tanpa izin suami. (rumah yang selesa dan tiada gangguan)

c)    Apabila suami enggan berpindah mengikut suaminya ke rumah atau tempat lain. (rumah yang selesa, tidak mengurangkan hak isteri semasa belum berkahwin)

Apabila disabitkan nusyuz oleh Mahkamah maka hak nafkah seorang isteri gugur. Sekiranya isteri kembali taat kepada suami makan dia tidak lagi menjadi nusyuz. (pertimbangan perlua dilihat kepada mereka yang tinggal dengan mentua)

  1. Fasakh – Perintah Fasakh boleh diperolehi atas alasan- alasan berikut :

a)    Hal keadaan suami tidak diketahui selama tempoh melebihi satu tahun.

b)    Apabila suami gagal atau cuai member nafkah dalam tempoh tiga bulan.

c)    Apabila suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.

d)    Suami gagal tanpa alasan yang munasabah member nafkah batin selama satu tahun.

e)    Suami mengalami lemah tenaga batin ketika berkahwin dan terus berkeadaan sedemikian sedangkan isteri tidak mengetahui hal tersebut ketika kahwin.

f)     Suami tidak siuman selama dua tahun atau menghidap penyakit kusta atau vitilago atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit.

g)    Isteri yang telah dikahwinkan bapanya atau datuk sebelah bapanya sebelum ia mencapai usia 16 tahun dan belum berlaku perhubungan kelamin, dia tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

h)    Suami melakukan penganiyaan kepada isteri seperti :

  1.                                       I.        Lazim menyakiti isteri atau menjadikan kehidupan isteri menderita oleh perlakuannya.
  2.                                     II.        Bergaul dengan wanita yang buruk akhlaknya atau menjalani kehidupan yang keji; atau
  3.                                    III.        Cuba memaksa  isteri menjalani kehidupan tidak bermoral; atau
  4.                                   IV.        Melupuskan harta isteri atau menghalangnya dari menjalankan haknya yang sah terhadap harta tersebut; atau
  5.                                     V.        Menggangunya dari menunaikan tanggungjawab dan amalan agamanya; atau
  6.                                   VI.        Jika suami mempunyai lebih dari seorang isteri, ia tidak melayani secara adil mengikut hukum syara’.

i)      Walaupun perkahwinan telah berlaku empat bulan, tetapi perhubungan perkelaminan masih belum berlaku kerana suami sengaja enggan; Isteri tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut atau persetujuannya tidak sah kerana diberi dalam keadaan terpaksa, secara salah atau kerana tidak siuman atau apa-apa keadaan yang diiktiraf oleh Hukum Syara’;

j)      Ketika  berkahwin, walaupun berupaya memberi keizinan yang sah tetapi ia secara terus menerus atau terputus mengalami penyakit otak menurut pengertian Ordinan Sakit Otak 1952 dan keadaan mentalnya tidak melayakkannya berkahwin;

k)    Atau apa-apa alasan yang diiktiraf sebagai sah untuk pembubaran perkahwinan mengikut Hukum syara’.

  1.                                       I.        Dalam keadaan suami di hukum penjara, hukuman tersebut mestilah muktamad (tidak ada rayuan) dan suami mestilah telah menjalani hukuman penjara selama satu tahun.
  2.                                     II.        Dalam keadaan suami yang mati pucuk / lemah tenaga batin suami boleh memohon tempoh selama setahun untuk menyakinkan mahkamah bahawa dia tidak lagi berkeadaan sedemikian (Rujuk kepada negeri masing-masing) (mengikut hukum syara’). permohonan fasakh hendaklah dibuat oleh isteri.

l)      Rujuk : Rujuk hanya boleh dilakukan apabila perceraian berdasarkan talak satu dan dua, dan dilakukan sebelurn habis iddah. Rujuk hendaklah dilaporkan dalam ternpoh 7 hari kepada pendaftar (kariah masjid) di mana mereka tinggal. Rujuk yang tidak dilaporkan merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara (menurut Enakmen negeri berkenaan). Rujuk mestilah diberitahu kepada isteri. Jika isteri enggan rujuk atas alasan yang diharuskan oleh syara’ maka mahkamah hendaklah melantik Jawatankuasa Pendamai. Bersekedudukan tanpa rujuk boleh dihukum denda atau penjara (menurut   Enakmen   Negeri)   atau   kedua-duanya sekali.[5]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB KETIGA

 

Defenisi Fasakh

Fasakh bolehlah ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan oleh perintah kehakiman. Perpisahan melalui dikri mahkamah adalah juga dikenali sebagai tafriq dalam bahasa Arab.[6]

Mengikut Seksyen 2 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Fasakh didefinisikan sebagai pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara’ mengikut Seksyen 52.

 

Keharusan Fasakh

 

Tiada dasamya peruntukan penceraian fasakh tidak dianyatakan secara terang di dalam al-Quran. Keharusan fasakh hanya didasarkan kepada larangan melakukan kemudharatam sepertimana sabda Rasulullah SAW:[7]

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan

Menurut pendapat al-Suyuti dan Ibn Nujaym, dalam hadis ini Rasulullah SAW menyentuh tentang larangan membawa mudharat atau melakukan darar ke atas orang lain. Hadis ini kemudiannya diterima sebagai kaedah fiqhiyyah dalam memahami peruntukkan hukum Syarak.[8]

 

 

Perbezaaan Mazhab Dalam Menentukan Kuasa Mahkamah Dalam Memerintahkan Pembubaran Perkahwinan

 

Terdapat perbezaan pendapat di antara mazhab-mazhab tentang kuasa mahkamah untuk memerintahkan pembubaran perkahwinan.

  • Jumhur Mazhab Hanafi berpendapat bahawa pembubaran perkahwinan adalah sepenuhnya hak suami, dan Mahkamah hanya mempunyai hak untuk bertindak sekiranya terdapat kecacatan serius pada pihak suami yang membuatnya mati pucuk.[9]
  • Jumbur Mazhab Syafie berpendapat bahawa fasakh dibenarkan atas alasan kecacatan pihak suami (mati pucuk, tidak siuman, berpenyakit kusta atau berpenyakil untut), dan atas alasan pihak suami menjadi papa sehingga tidak mampu memberi nafkah minimum yang ditetapkan, tetapi pembubaran perkahwinan tidak boleh diarahkan jika suami berkemampuan, walaupun tiada berita mengenainya dan tiada nafkah boleh diperolehi daripada hartanya. Fasakh juga dibenarkan atas kecacatan pihak isteri, tetapi oleh sebab suami mempunyai hak talaq, permohonan untuk fasakh oleh pihak suami jarang dibuat.[10]
  • Mengikut Mazhab Maliki dan Hanbali membuat tafsiran yang lebih luas mengenai kuasa mahkamah untuk memerintahkan pembubaran perkahwinan, mereka berpendapat bahawa pihak isteri boleh meminta hakim untuk memerintahkan perceraian jika dia mendakwa bahawa suaminya telah melakukan kemudharatan terhadapnya yang menjadikannya mustahil untuk meneruskan kehidupan perkahwinan mereka misalnya dengan memukul, menghina, atau memaksanya melakukan perkara tidak senonoh, dan tafsiran liberal ini telah pada amnya diterima pakai dalam kebanyakkan perundangan moden di Timur Tengah, misalnya Mesir, Syria, Tunisia, Morocco, Iraq, Jordon, Algeria dan Kuwait.[11]

 

 

 

Sebab-Sebab Yang Mengharuskan Fasakh Kerana Penyakit Seksualiti Suami Isteri

Aib yang dibolehkan fasakh terbahagi kepada dua:

  1.     i.      Aib yang menghalang persetubuhan, seperti zakar terputus (الجب), mati pucuk (العنة), faraj yang tersumbat oleh tulang (القرن) atau daging (الرتق)
  1.    ii.      Aib yang tidak menghalang persetubuhan, yang merupakan penyakit menjijikkan atau berbahaya, yang tidak mungkin diterima kecuali sanggup menghadapi mudharatnya, seperti kusta, sopak dan gila.

Jenis Aib Suami dan Isteri

Aib suami isteri terbahagi kepada tiga bahagian:

  1.     i.      Aib yang dihidapi oleh suami atau isteri, seperti kusta, sopak dan gila.

Seseorang yang mendapati pasangannya gila, kusta atau sopak, boleh memfasakhkan perkahwinan mereka sama ada dia juga menghadapinya ataupun tidak. Hal ini kerana seseorang biasanya benci akan penyakit orang lain berbanding dirinya sendiri.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَزَوَّجَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ امْرَأَةَ مِنْ بَنِي غَفَّارِ فَلَمَّا أُدْخِلَتْ رَأْىُ بِكَشْحِهَا وَضْحًا فَرَدَّهَا إِلَى أَهْلِهَا وَقَالَ دَلَسْتُمْ عَلَيَّ

 

Maksudnya: Nabi SAW mengahwini seorang wanita keturunan Ghifar. Apabila dia dibawa masuk menemui Nabi, Baginda terlihat sopak di rusuknya, lalu Baginda bersabda: “Pakailah baju dan baliklah kepada keluargamu.” Baginda juga bersabda kepada keluarga perempuan itu: “Kamu telah menyembunyikan aibnya.

 

Riwayat al-Baihaqi (7/214)

Menurut riwayat Imam al-Syafie, daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa dia pernah memisahkan pasangan suami isteri yang menghidap penyakit kusta, sopak dan gila. Hal ini tentulah berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW sebagaimana thabit dalam sebuah hadith sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

وَفِرَّ مِنَ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنَ الأَسَدِ

Maksudnya:Larilah daripada orang yang berpenyakit kusta sepertimana kamu lari daripada singa.

                                                                                       Riwayat al-Bukhari (5380)

Menurut Imam al-Syafie Rahimahullah lagi dalam kitab al-Umm, kusta dan sopak menjangkiti pasangan dan hampir tiada seorang pun yang selesa bersetubuh dengan orang seperti ini.

  1.    ii.      Aib yang khusus kepada isteri, seperti faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging. Suami yang mendapati faraj isterinya yang tertutup oleh tulang atau daging, boleh memfasakhkan perkahwinan. Hal ini adalah kerana penyakit tersebut menghalang persetubuhan yang merupakan tujuan perkahwinan.
  1.   iii.      Aib yang khusus kepada suami, seperti zakar terputus atau mati pucuk. Isteri yang mendapati zakar suaminya telah terputus atau mati pucuk, berhak memfasakh perkahwinan.

Al-Mawardi[12] menyatakan bahawa perkara tersebut disepakati (الإجماع) oleh ulama’. Ini kerana aib tersebut menghalang maksud perkahwinan, sebagaimana aib pihak isteri.[13]

 

 

Aib Selepas Aqad Nikah

Aib yang dinyatakan sebelum ini jika berlaku selepas aqad nikah kepada suami atau isteri, mereka tetap berhak untuk memfasakh perkahwinan, sama seperti aib sebelum perkahwinan sama ada ia berlaku sebelum persetubuhan atau selepasnya, atau sama ada menghalang persetubuhan, seperti mati pucuk atau tidak menghalangnya seperti gila.

Walau bagaimanapun, mati pucuk yang berlaku selepas persetubuhan, menggugurkan hak isteri memfasakh perkahwinan kerana tujuan perkahwinan ialah mas kahwin dan persetubuhan telah disempurnakan sebelum aib tersebut.

Aib yang Boleh Dirawat

Faraj tersumbat oleh tulang atau daging yang boleh dirawat melalui pembedahan dengan persetujuan isteri, maka suami tidak lagi berhak memilih untuk memfasakh perkahwinan tersebut. Begitu juga penyakit gila, sopak dan kusta, yang boleh dirawat melalui kaedah perubatan. Hal ini kerana sebab yang membolehkan fasakh telah gugur.

 

Hak Wali Memfasakh Perkahwinan

Wali bagi perempuan berhak memfasakh perkahwinan jika mendapati aib pada suami wujud sebelum aqad nikah sama ada perempuan itu bersetuju ataupun tidak. Hal ini disebabkan wali akan berasa malu dengan aib tersebut.

Walau bagaimanapun, wali tidak berhak memfasakh perkahwinan bagi aib yang berlaku selepas persetubuhan. Hal ini adalah kerana pada kebiasaannya, wali tidak berasa malu berbanding aib yang wujud sebelum perkahwinan.

Begitu juga, wali tidak boleh memfasakh perkahwinan bagi aib mati pucuk atau zakar yang terpotong semasa aqad nikah. Hal ini kerana kemudharatan itu khusus bagi isteri, sedangkan dia meredhainya. Pada kebiasaannya, wali tidak berasa hina dengan keadaan tersebut.

 

 

 

Fasakh Dilakukan dengan Segera

Pilihan memfasakh perkahwinan dengan aib tersebut hendaklah dilakukan dengan segera. Ini kerana fasakh disebabkan aib, suami isteri hendaklah segera menyatakan ketidakredhaannya dengan membawa perkara itu ke mahkamah dengan menuntut fasakh.  Jika seorang daripada pasangan itu mengetahui aib pasangannya, tetapi mendiamkannya, maka gugurlah haknya untuk menuntut fasakh. Lainlah jika dia tidak mengetahui haknya itu. Oleh itu, hak menuntut fasakh tersebut tidak gugur. [14] Suami atau isteri tidak boleh memfasakh perkahwinan disebabkan aib tersebut bersendirian. Mereka mestilah membawa perkara itu ke mahkamah untuk menuntut fasakh. Jika hakim mendapati aib itu benar-benar wujud, dia hendaklah memfasakh perkahwinan tersebut.

 

Memberi Tempoh dalam Masalah Mati Pucuk 

Jika suami terbabit mati pucuk, hakim hendaklah memberi tempoh selama setahun qamariyah. Hal ini kerana kemungkinan mati pucuk boleh sembuh dengan perubahan musim. Jika aib itu hilang dalam tempoh tersebut, maka perkahwinan diteruskan. Sekiranya tidak, perkahwinan itu hendaklah difasakh.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Umar bin al-Khattab RA, katanya:

أَنَّهَ قَالَ فِي العَنِيَنَ يُؤَجِّلُ سَنَةً فَإِنَّ قَدَّرَ عَلَيْهَا وَإِلاَّ فَرَّقّ بَيْنَهُمَا وَلَهَا المَهَرَ وَعَلَيْهَا العِدَّةَ

 

Maksudnya: Dia diberikan tempoh selama setahun kalau dia mampu mengatasinya. Jika tidak, kedua-dua suami isteri itu dipisahkan. Isteri tersebut berhak mendapat mas kahwin dan hendaklah beriddah.

 

Riwayat al-Baihaqi (7/226)

 

Cara Menthabitkan Mati Pucuk

Semua aib boleh thabit dengan pengakuan dan laporan doktor. Tetapi, mati pucuk perlu dithabitkan dengan pengakuan suami di hadapan hakim atau dengan sumpah isteri apabila suami enggan bersumpah, atau menafikan dirinya mati pucuk ketika diminta oleh hakim berbuat demikian.

 

Kesan daripada Perkahwinan yang Difasakh Kerana Aib

Fasakh yang dituntut oleh suami atau isteri kerana aib tersebut, mungkin berlaku sebelum atau selepas persetubuhan, atau mungkin aib itu wujud sebelum persetubuhan atau selepasnya.

  1.     i.      Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, isteri tidak berhak mendapat mas kahwin dan mut’ah. Dalam hal ini, walaupun aib itu berlaku pada suami, tetapi isteri yang telah memohon fasakh. Oleh itu, suami tidak wajib memberikan apa-apa pun kepadanya.

Jika aib itu berlaku pada isteri, dia juga tidak mendapat apa-apa hak kerana fasakh itu berpunca daripadanya. Dalam hal ini, dia seolah-olah orang yang menuntut fasakh.

  1.    ii.      Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan disebabkan aib yang berlaku seiring dengan aqad nikah atau yang berlaku di antara waktu aqad nikah dan persetubuhan, yang tidak diketahui oleh suami, maka isteri berhak mendapat mas kahwin mithil.
  1.   iii.      Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan disebabkan aib juga berlaku selepasnya, isteri wajib diberi semua mas kahwin yang dinyatakan dalam aqad. Hal ini kerana mas kahwin telah wajib disebabkan persetubuhan sebelum wujudnya sebab untuk memfasakh perkahwinan. Oleh itu, fasakh yang berlaku tidak mengubah kewajipan memberi mas kahwin.

Mas Kahwin Tidak Boleh Diambil Semula

Suami tidak boleh mengambil mas kahwin semula daripada wali atau isteri yang menipunya kerana dia telah melakukan persetubuhan yang dinilaikan dengan aqad nikah.  Contohnya, isteri atau walinya berdiam diri tanpa memberitahu suami tentang aib isteri yang wujud sebelum persetubuhan.[15]

BAB KEEMPAT

 

Kesan-Kesan Fasakh

 

Mut’ah

 

  1. Mazhab Maliki berpendapat tidak ada mut’ ah bagi perempuan apabila fasakh yang disebabkan aib dipihak suami seperti suami gila, atau suami berpenyakit sopak, mati pucuk dan tidak ada mut’ah pada perceraian dengan sebab khul’ dan li’an.[16]
  2.  Pendapat mazhab Syafie bertentangan dengan ulama’ Maliki iaitu mut’ah wajib bagi setiap perempuan yang diceraikan suami sama ada perceraian itu sebelum berlaku hubungan kelamin yang belum ditetapkan maharnya. Kesimpulannya pendapat beliau bermaksud: Bagi perceraian ada mut’ah, kecuali perempuan yang telah ditentukan mahar baginya dan perempuan yang diceraikan sebelum bersatu dengan suami, atau berlaku perceraian dengan sebab suami memberi milik talaq kepada isteri kemudian isteri menjatuhkan talaqnya, atau suami mati, atau dengan sebab suami meli’an dan mati pucuk dengan sebab isteri (yang menuntut fasakh).[17]
  3. Sunat diberi mut’ah di sisi ulama Hanafi kepada setiap perempuan yang diceraikan kecuali bagi perempuan yang menyerahkan maharnya kepada suami melalui nikah tafwid. Wajib diberi mut’ah iaitu perempuan yang berkahwin tanpa mahar dan bercerai sebelum bersatu dengan suami atau perkahwinan yang disebut mahar tetapi sebutannya atau penentuan maharnya fasid atau ditentukan mahar selepas aqad.[18]
  4. Mazhab Hanbali pada keseluruhannya bersependapat dengan Mazhab Hanafi iaitu mut’ah adalah wajib ke atas setiap suami sama ada yang merdeka atau hamba.

Dalam Kitab Mughni al-Muhtaj menyatakan; “Dan setiap perceraian dari pihak isteri, tidak ada mut’ah dalam perceraian itu, sama seperti pembatalan (fasakh) dari isteri sebab suami miskin atau tidak ada ditempatnya, atau seperti suami membatalkan sebab isteri cacat. Dan kalau suami membeli isterinya maka tidak ada mut’ah menurut qaul yang azhar.”[19]

Cadangan Penyelesaian Isu Perceraian Fasakh Di Malaysia

Adalah sewajarnya diwujudkan satu mekanisme yang mantap disamping kaedah khas dalam persoalan isu perceraian fasakh di Mahkamah Syariah. Cadangan tersebut seperti berikut;

  1. Tatacara dan Syarat Sabitan fasakh

Peruntukan ini dibuat mengikut urutan alasan fasakh dalam Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dengan menyatakan tatacara dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam presiding pensabitan sesuatu perceraian fasakh.

  1. Kesan-kesan fasakh

(1)  Dalam mana-mana penghakiman kes fasakh, bagi menentukan kesan akibat
fasakh hendaklah mengisytiharkan bahawa isteri tersebut:

a)    tidak boleh dirujuk;

b)    wajib ber’iddah jika berlaku persetubuhan;

c)    tidak berhak memperolehi nafkah ‘iddah kecuali mengandung;

d)    tidak berhak memperolehi mut’ah disebabkan kecacatan di pihak
isteri atau fasakh atas sebab kecacatan suami; dan

(2)  Mahkamah hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak yang dibubarkan
perkahwinan dengan sebab fasakh dibolehkan bernikah semula dengan akad
nikah yang baru dalam tempoh atau sesudah tamatnya ‘iddah isteri.

 

 

KESIMPULAN

Rumusan

Perkahwinan adalah untuk mengekalkan kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Allah telah mensyariatkan pelbagai hukum dan adab perkahwinan untuk menjamin pengekalannnya serta menyuburkan hubungan mereka. Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat suami isteri atau seorang daripada mereka tidak mematuhinya.  Contohnya, suami tidak mementingkan pemilihan pasangan yang baik. Atau kedua-dua suami isteri, atau seorang daripadanya tidak mematuhi adab pergaulan yang digariskan oleh Islam. Ekoran daripada itu, berlakulah kebencian dan semakin bertambah buruk sehingga tiada lagi ruang untuk berbaik-baik dan tiada lagi cara untuk persefahaman dan hidup bersama.

Dalam keadaan ini, adalah perlu diadakan peraturan sebagai langkah berhati-hati yang boleh dirujuk dalam situasi tersebut. Hal ini adalah membolehkan ikatan perkahwinan itu diungkai tanpa mensia-siakan hak kedua-dua suami isteri tersebut apabila tiada sebab bagi mereka untuk hidup bersama.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

bÎ)ur  $s%§xÿtGtƒ Ç`øóムª!$# yxà2 `ÏiB ¾ÏmÏGyèy™ 4 tb%x.ur ª!$# $·èřºur $VJŠÅ3ym

Maksudnya: Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan kurnia-Nya. Dan sesungguhnya Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Bijaksana.

 

(Surah al-Nisa’: 130)

Jika talaq ini digunakan oleh suami sebagai cara yang terakhir dalam keadaan genting ini, maka ia adalah penyelesaian yang amat perlu yang tidak dapat dielakkan lagi walaupun ia amat pahit dalam banyak keadaan.  Namun, jika menggunakan talaq untuk perkara yang tidak baik bagi memuaskan hawa nafsunya, maka talaq itu dianggap halal, yang amat dibenci oleh Allah. Hanya Allah yang mengetahui perkara yang baik-baik dari yang tidak baik dan kepada-Nya dikembalikan semua perkara.

 

 

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, jelaslah bahawa pensyariatan hukum talaq dan natijahnya menurut Islam merupakan lambang kemuliaan syariat Islam. Ia juga merupakan dalil yang unggul, bahawa peraturan syariat Islam amat bersesuaian dengan fitrah manusia dan keperluan semula jadinya.

Hakikat ini jelas apabila kelihatan umat-umat yang lain mundur kembali, iaitu daripada pegangan mereka yang mengharamkan talaq dan menganggap perkahwinan sebagai penjara yang kekal abadi, yang dihuni oleh suami isteri sama ada mereka suka atau tidak.  Hal ini selepas mereka melihat pegangan tersebut akan menimbulkan natijah yang amat buruk dan jenayah yang amat berbahaya. Mereka telah sedar bahawa hubungan suami isteri tidak mungkin berlaku dengan paksaan. Jika dipaksa, akan timbul kecelakaan kepada seluruh keluarga, bahkan ia umpama gunung berapi yang membawa kebinasaan, pembunuhan dan kerosakkan. Syariat Islam amat mementingkan usaha mewujudkan persefahaman antara suami isteri berkasih sayang dan hidup bersama yang berkekalan.

Walaupun begitu, usaha ini tidak sekadar mengikat hasad kedua-dua suami isteri itu semata-mata, bahkan ia dilakukan dengan peringatan dan panduan ke arah mewujudkan pelbagai jaminan yang positif bagi menyuburkan kasih sayang dan persefahaman antara mereka.  Dengan cara ini, menjauhkan mereka daripada unsur perselisihan dan kebencian. Antara faktor terpenting yang dianjurkan oleh Islam adalah dengan wujudnya pegangan agama yang sahih di kalangan suami isteri, melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan serta sentiasa berakhlak mulia, sebagaimana yang diaturkan oleh syariat Allah SWT.

Inilah faktor yang memelihara rumahtangga daripada keruntuhan dan juga mewujudkan syariat sebagai undang-undang yang dirujuk jika perlu, iaitu jika pasangan tersebut cuai daripada melaksanakan adab-adab yang telah disyariatkan oleh Allah bagi memelihara kehidupan rumahtangga dan perasaan cinta dan kasih sayang antara mereka.

Berdasarkan keadaan rumahtangga dan keluarga yang harmoni dan berpegang teguh kepada hukum-hukum Islam dan adab-adabnya, didapati kes-kes penceraian hampir tidak berlaku.  Apabila yang dilihat atau yang didengar ialah kebanyakan penceraian yang berlaku dalam keluarga yang bebas daripada ikatan Islam dan terkeluar daripada peraturan-peraturan dan adab-adabnya. [20]

Bibliografi

 

  • Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Dr. Ali al-Syarbaji, 2010, Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie (Terjemahan) , Selangor : Darul Syakir.
  • Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil, 2011, Kertas Kerja : Pembubaran Perkahwinan Menurut Pandangan Islam. PUTRAJAYA : JAKIM.
  • AlI Hasb Allah, 1968,  Al-Furqah Bayn al-Zawjain,  Kaherah: Dar al-Ahad al-Jadid.
  • Imam Muhamad Ismail al-Amir al-Yamani al-Sani’ani, Subul al-Salam Syarah al- Bulugh al-Maram Min Jam’u Adillati al-Ahkam, Jilid 3, Beirut, Lebnon: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
  • Imam Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyutiy, 1998, Al-Ashbah Wa Al-Nazair, Jilid 1, Dar al-Salam.
  • Imam Alauddin Abi Bakr b. Su’ud al-Kasani al-Hanafi, 1998, Bada’i al-Sana’i Fi Tartib al-Syara’i, Jilid 2, Beirut, Lebnon: Dar Ihya al-Thurath al-Arabi.
  • Ahmad Ibrahim, Family Law in Malaysia, 1997, 3rd. Edition, Malay Law Jurnal.
  • Jamal J.Nasir, 1990, The Islamic Law of Personal Status, London.
  • Malik bin Anas, 1323 H, al-Mudawwanah al-Kubra, Mesir: Matba’ah al-Sa’adah.
  • Al-Khatib al-Syarbiniy, 1958. Mughni al-Muhtaj. Mesir: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabiy.
  • Ibnu ‘Abidin, 1966. Hashiyah Rad al-Muhtar ‘ala ad-Dur al-Mukhtar, Mesir: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabiy, Cetakan ke-2.

 

 


[1] Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil, 2010, Kertas Kerja : Pembubaran Perkahwinan Menurut Islam. hlm. 1

[2] Dalam al-Qamus al-Fiqhi disebut beberapa pengertian talaq:

  1.       i.      Mengangkat ikatan perkahwinan.
  1.      ii.      Menghilangkan penguasaan terhadap isteri dengan lafaz yang jelas atau kinayah yang zahir atau dengan lafaz yang tertentu disertakan bersama niat, seperti kata al-Dusuqi.

[3] Al-Maraghi dalam tafsirnya berkata: “Talaq yang sah menurut ketentuan Allah SAW hanya dua kali sahaja dan pada tiap-tiap (keduanya-duanya), talaq ini terdapat hak rujuk. Jadi, menjatuhkan dua atau tiga talaq sekaligus adalah haram, sebagaimana yang dikatakan oleh kumpulan sahabat, antaranya Umar RA, Uthman RA, Abdullah Ibn Mas’ud dan Abu Musa al-Asy’ari.

[4] Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Dr. Ali al-Syarbaji, 2010, Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie (Terjemahan) , Selangor : Darul Syakir, hlm. 150-151.

[5] Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil, 2011, Kertas Kerja : Pembubaran Perkahwinan Menurut Pandangan Islam. PUTRAJAYA : JAKIM, hlm. 4-6

[6] AlI Hasb Allah, 1968,  Al-Furqah Bayn al-Zawjain,  Kaherah: Dar al-Ahad al-Jadid, hlm.  119.

[7] Imam Muhamad Ismail al-Amir al-Yamani al-Sani’ani, Subul al-Salam Syarah al- Bulugh al-Maram Min Jam’u Adillati al-Ahkam, Jilid 3, Beirut, Lebnon: Dar al-Kutub al-Ilmiah, hlm. 161.

[8] Imam Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyutiy, 1998, Al-Ashbah Wa Al-Nazair, Jilid 1, Dar al-Salam, hlm. 210.

[9] Imam Alauddin Abi Bakr b. Su’ud al-Kasani al-Hanafi, 1998, Bada’i al-Sana’i Fi Tartib al-Syara’i, Jilid 2, Beirut, Lebnon: Dar Ihya al-Thurath al-Arabi, him. 632

[10] Ahmad Ibrahim, Family Law in Malaysia, 1997, 3rd. Edition, Malay Law Jurnal, him. 262.

[11] Jamal J.Nasir, 1990, The Islamic Law of Personal Status, London, him. 126-127

[12] Nama sebenarnya ialah Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. Ia dinisbahkan kepada penjual air mawar. Dilahirkan pada tahun 364H di Basrah. Kemudian, berpindah ke Baghdad. Imam dalam Mazhab al-Syafie dan seorang yang hafiz dari segi hadithnya. Dia yang pertama digelar sebagai Aqdha al-Qudhah, yang memberi maksud Ketua Hakim Negara pada zaman pemerintahan al-Qa’im di Amrillah Abbasy. Beliau mempunyai kedudukan yang tinggi dan terhormat di sisi khalifah dan raja-raja di Baghdad. Beliau pernah dituduh cenderung kepada fahaman Muktazilah. Meninggal dunia di Kota Baghdad pada tahun 450H. Antara karyanya ialah al-Hawi sebanyak 20 jilid dalam bidang fiqh, al-Ahkam al-Sultaniyah, Adab al-Dunia wa al-Din dan Qanun al-Wizarah.

[13] Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Dr. Ali al-Syarbaji, 2010, Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie (Terjemahan) , Selangor : Darul Syakir, hlm. 144-146.

[14] Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Dr. Ali al-Syarbaji, 2010, Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie (Terjemahan) , Selangor : Darul Syakir, hlm. 147.

[15] Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Dr. Ali al-Syarbaji, 2010, Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie (Terjemahan) , Selangor : Darul Syakir, hlm. 148.

[16] Malik bin Anas, 1323 H, al-Mudawwanah al-Kubra, Mesir: Matba’ah al-Sa’adah, hlm. 120.

[17] Al-Khatib al-Syarbiniy, 1958. Mughni al-Muhtaj. Mesir: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabiy, Juzuk 3, hlm. 241.

[18] Ibnu ‘Abidin, 1966. Hashiyah Rad al-Muhtar ‘ala ad-Dur al-Mukhtar, Mesir: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabiy, Cetakan ke-2, Juzuk 3, hlm. 110.

[19]  Al-Khatib al-Sharbiniy, 1958. Mughni al-Muhtaj, Dar al-Kitab al-Ilmiah, juzuk 5, him. 399.

[20] Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Dr. Ali al-Syarbaji, 2010, Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie (Terjemahan) , Selangor : Darul Syakir, hlm. 152-153.

Warkah Cinta Suami Buat Isteri Tersayang…

Alhamdulillah sebagai suami kami bersyukur memiliki kamu wahai isteri. Hidup yang dahulunya keseorangan, datangmu membawa seribu satu rahmat. Inlah kurniaan Allah yang maha mencipta yang menjadikan tiap sesuatu mempunyai pasangan.  

Menyuntingmu untuk dijadikan pasangan dengan harapan untuk menjadi tongkat serta tulang belakang kami yang takkan kuat tanpanya dibelakang. Memilihmu bukan senang seperti memilih barangan keperluan di pasar-pasar, tetapi atas nama mengikit sunnah yang Nabi kita tinggalkan.  

Cantikmu bukan ukuran, hartamu bukan diidamkan. Tetapi agamamu menjadi sandaran. Disamping keturunanmu yang baik untuk kesinambungan zuriat yang hebat dan bakal lahir kelak.   Sesempurnamu bukan diharapkan seperti cantiknya Hawa,  sabarmu seperti Rahmah, manjamu bak Saidatina Aisyah, sehebat Khadijah tetapi sifat mereka sentiasa dijiwai. Kami juga bukan manusia yang hebat seperti nabi, sesempurna malaikat bahkan bukan juga rasul yang sabar. Kami sentiasa ingin meletakkan diri kami sejuk dipandang oleh kamu sang isteri.  

Janjilah pada kami untuk setia dan sabar melayani kami. Kami juga akan menjiwai watak lelaki idaman yang dengan adanya kami disisi bakal meletakkanmu di tempat mulia selayaknya untukmu…

(1Hari 1 Nasihat) Keberkatan rumahtangga..

Dalam rumahtangga yang terbina, suami isteri inginkan keluarganya bahagia. Keberkatan semestinya kerap kali dipohon dalam doa ketika solat. Semuanya adalah untuk menharap redha Alah SWT.

Bermula keberkatan dalam adalah pemilihan pasangan yang baik. Semuanya ditunjukkan agama sama ada melalui hadith Rasulullah SAW dan nasihatnya. Menjalankan sunnah seperti melakukan pertunangan juga adalah satu perkara berhikmah yang telah diajarkan oleh agama.

Saat diakadnikahkan juga adalah lambang penyerahan seorang anak melalui bapanya kepada seorang lelaki yang diinginkan supaya dapat membahagiakan anak perempuannya. Inilah satu saat di mana keikhlasan seorang bapa dapat dilihat. Tidak dapat dinafikan ada yang mewakilkan kepada imam atau kadi. Tidak ada salahnya.

Seusai akad nikah solat sunat dilakukan memohon doa agar rumahtangga yang dibina mencapai apa yang diinginkan oleh tiap pasangan suami isteri. Usap ubun-ubun atau kepala isteri sambil mendoakan agar si isteri sentiasa taat kepada suami hanya kerana Allah SWT.

Pandu rumahtangga sebaik mungkin melalui contoh-contoh rumahtangga para nabi dan rasul. Kisah-kisah mereka yang terdahulu dijadikan teladan dalam melayari rumahtangga bahagia, aman dan sentosa…

(1 Hari 1 Nasihat) Nasihat Untuk Bakal Pengantin..

Suka saya memetik hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammmad SAW bersabda

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ تُنْكَحُ اَلْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ اَلدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

 “Perempuan dinikahi kerana empat, kerana hartanya, kemuliaannya, kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya beruntunglah kamu”.

 (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, al-Nasaie dll)]

Memilih calon isteri dan suami adalah penting bagi melangsungkan perkahwinan hingga ke akhir hayat. Perkahwinan bukanlah semata-mata hanya untuk berseronok. Melihat orang lain berkahwin diri sendiri terasa ingin berkahwin. Keinginan semata-mata untuk berkahwin tidak cukup andai tidak mengetahui apa erti rumahtangga.

Rumahtangga adalah tempat untuk suami dan isteri mempraktikkan kebahagian bersama. Di dalamnya merangkumi tanggungjawab, toleransi, hormat menghormati dan sebagainya.  Tiada erti rumahtangga andai perkahwinan tidak wujud di dalamnya.

Sedikit nasihat buat calon suami :

  • Persiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu memimpin rumahtangga.
  • Fahamlah bahawa bakal isteri bukan sesempurna manusia.
  • Pilihlah keturunan yang baik kerana kesinambungan keluarga akan berlaku. Andai baik, baiklah kesemuanya.
  • Perlu ada kelembutan di dalam kekerasan.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan baik dengan pasangan.
  • tegurlah isteri dengan cara paling berhikmah. Jika bukan dengan kata-kata, biarlah perbuatan menegur yang “lembut” akan menyedarkan isteri.
  • Nasihatkan isteri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
  • Nasihatkan isteri bahawa mentuanya (ibu bapa suami) bukanlah penggangu hubungan tetapi sebagai pelengkap dan pembimbing. Adik-beradik suami bukan sebagai musuh yang perlu diperangi. Peliharalah hubungan silaturrahim.
  • Jangan lupa mengajak isteri sentiasa solat berjemaah bersama.
  • Dan lain-lain perkara yang baik.

Nasihat Buat Calon Isteri

  • Fahamilah bahawa suamimu bukan malaikat. Ia melengkapkan hidup kamu wahai wanita.
  • Sentiasa menjadi tulang belakang suami, menyokong dan memberi galakan. Suami tidak mengharapkan apa-apa selain menyokongnya.
  • Sentiasa bersama suami walau susah dan senang.
  • Taatlah suami dalam perkara agama.
  • Jangan mengharapkan sesuatu di luar kemampuan suamimu.
  • Jaga adab dengan mentua. Mentua juga adalah ibu bapa kamu.
  • Sentiasa menjaga dengan baik rumahtangga.
  • Masak untuk suami walupun bukan setiap hari. Kerana air tanganmu membuatkan rasa kasih dan sayang berganda.
  • Sentiasa menunjukkan air muka yang baik. Biarpun dalam keadaan yang sukar.
  • Dan banyak lagi perkara lain…

 

 

Syafaat Anak-Anak Kepada Ibu Bapa Melalui Aqiqah

Muqadimah

Anak-anak adalah cahaya penyejuk mata, penenang sanubari bagi pasangan ibu bapa. Lahirnya mereka ke dunia ini sebagai pelengkap sesebuah keluarga. Ibu bapa pasti akan gembira menyambut kelahiran putera atau puteri yang mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapa. Bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah di atas kurnian itu, Islam menggalakkan aturcara menyambut kelahiran dengan diazankan di telinga kanan dan diiqamahkan di telinga kiri, memberi nama yang baik, aqiqah dan sebagainya. Permulaan yang baik inilah yang menjadi pendidikan pertama bagi anak-anak sebagai pembelajaran di peringkat bayi yang perlu dirangsang perkembangannya.

Lahirnya seorang bayi diiringi tangisan menjadi penawar kesakitan ibu yang mengandung sembilan bulan membawa perut ke sana-sini. Bapa yang menunggu kelahiran tidak sabar-sabar untuk mengalunkan azan dan iqamah bagi menzahirkan rasa syukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan. Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam Tuhfah al-Maudud menyebut tentang rahsia azan dan iqamah : Biarlah perkataan pertama yang didengari manusia ialah panggilan Allah SWT yang mengandungi sifat ketinggian dan kebesaran. Syahadah juga merupakan tanda masuknya seorang anak ke dalam agama Islam.

Selain itu dilakukan tahnik (belah mulut) untuk memberi kekuatan kepada bayi bagi hisapan susu ibunya. Sunat dilakukan cukur kepala pada hari ketujuh bagi anak lelaki mahupun perempuan bagi membuka liang roma serta menguatkan pancaindera penglihatan, pendengaran dan penghiduan. Diberikan nama dan gelaran yang baik maksudnya dan bukan nama yang keji dan dibenci. Anak yang lahir seolah-olah masih diikat dan hanya akan ditebus apabila aqiqah dilakukan. Inilah yang diajarkan oleh agama Islam yang telah menyusun atur adab dalam kehidupan terutama dalam institusi kekeluargaan.

 

Definisi Aqiqah

Perkataan al-Aqiqah  (العقيقة)berasal daripada perkataan al-‘Aqqu (العق). Dari istilah bahasa ia bererti memotong atau memutuskan. Aqiqah dari istilah syara’ ialah binatang yang disembelih bersempena rambut bayi yang dicukur. Sembelihan tersebut dinamakan `aqiqah kerana ia dipotong dan dilapah. Justeru perkataan aqiqah itu sunat disebut ibadah aqiqah atau sembelihan aqiqah. Pada asalnya aqiqah ialah nama bagi rambut bayi ketika dilahirkan. Rambut tersebut dinamakan sedemikian kerana ia dicukur atau dipotong. Hukum aqiqah adalah sunat muakkad. Ibu bapa atau waris bayi dituntut melakukannya berdasarkan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.

Aqiqah Menurut Syara’.

 Setiap sesuatu yang terjadi pasti memerlukan bukti dan dalil-dalilnya. Dalm hukum Islam ia pasti bersandarkan al-Quran dan Hadith. Begitu juga dalam aqiqah terdapat banyak hadith yang menyebut tentang pensyariatan aqiqah. Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda :

عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya : “Disembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin, masing-masing seekor kambing.”

(Hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Jarud)

Hadith dia atas menunjukkan memadai aqiqah bagi kanak-kanak lelaki dengan seekor kambing. Ia menunjukkan aqiqah daripada sembelihan tersebut untuk mendekat diri kepada Allah dan beribadat kepada-Nya sebagai kesyukuran diatas nikmat kurniaan zuriat tidak kira sama ada lelaki atau perempuan . Imam Ahmad berkata aqiqah merupakan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana baginda telah beraqiqah untuk cucunya Hasan dan Husin. Ia menjadi ikutan para sahabat dan tabi’ tabiin sehingga sekarang.

Berbeza hadith daripada Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda :

أَنْ يُعَقَّ عَنْ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ ، وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya : “Aqiqahkan anak lelaki dua ekor kambing yang sama umurnya dan untuk anak perempuan seekor kambing.”

(Hadith Riwayat Tirmizi)

Hadith di atas menunjukkan bahawa disyariatkan aqiqah dan ia menjadi hujah kepada mereka yang mewajibkan, kerana perintah menunjukkan wajib sedangkan jumhur ulama iaitu imam yang empat Abu Hanifah, Malik, Syafi’ie, dan Hambali berpendapat bahawa hukumnya sunat muakkad bukan wajib. Dapat dilihat hadith ini secara terang menunjukkan bahawa bagi kanak-kanak lelaki dua ekor dan anak perempuan seekor. Hikmah membezakan anak lelaki dan perempuan kerana aqiqah ibadat syukur kepada Allah diatas nikmat zuriat keturunan. Anak lelaki lebih besar nikmat kurniaan daripada berbanding anak perempuan maka ia adalah satu tanda syukur di atas kurniaan.

Pertembungan dua hadith yang disebutkan sama ada diaqiqahkan seekor atau dua ekor kambing tidak menunjukkan pertentangan besar yang berlaku. Ia mengikut kemampuan ibu bapa atau waris kepada bayi melaksanakannya. Afdal (lebih baik) diaqiqahkan dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

Masa Sesuai Melakukan Aqiqah

Masa yang paling afdal dilakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh berdasarkan hadith Samurah bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ ، يُذْبَحُ عَنْهُ يَومُ السَّابِع

Maksudnya : ”Bayi itu tergadai dengan aqiqah, disembelih aqiqah untuk pada hari ketujuh..”

(Hadith Riwayat Tirmizi)

Menurut Syeikh Muhammad Arsyad Abdullah al-Banjari dalam bukunya Sabil al-Muhtadin menyatakan waktu aqiqah apabila keluar tubuh kanak-kanak dan berlanjutan sehingga balighnya.Apabila kanak-kanak itu baligh maka gugurlah tuntutan dari bapanya. Jika berlaku sehingga umur baligh belum dilakukan aqiqah sunat bagi anak itu melakukan aqiqah untuk dirinya. Dalil daripada Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabrani menyatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan aqiqah untuk dirinya selepas diutuskan menjadi rasul.

Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat : “Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari ke tujuh, jika tidak dapat maka pada hari yang keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari ke dua puluh satu”. Ada beberapa ulama berpendapat bahawa jika pada hari-hari tersebut belum juga dapat dilakukan penyembelihan aqiqah, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang mungkin untuk melakukannya.

Syarat Haiwan Yang Dipilih Untuk Aqiqah

Menurut ijmak para ulama mengatakan, bahawa syarat umur haiwan yang dipilih untuk melakukan aqiqah sesuai dengan haiwan yang dipilih.

a)      Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.

b)     Lembu atau kerbau, berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.

c)      Kambing atau biri-biri, berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.

d)     Kibash, berumur 1 tahun atau bersalin gigi.

Haiwan yang dipilih juga disyariatkan tidak ada sebarang kecacatan. Daging sembelihan aqiqah disunatkan disedekahkan setelah dimasak, dengan masakan yang sedikit manis dan tidak pedas. Ini berlainan dengan daging korban yang sunat disedekahkan ketika masih mentah. Suatu perkara yang perlu diperhatikan dalam mengurus daging aqiqah ini, hendaklah kita tidak memecahkan tulang-tulangnya. Tetapi potonglah dengan mengikut sendi-sendinya sahaja. Sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu ketika Fatimah binti Muhammad mengadakan aqiqah anaknya Hasan dan Husin, maka Rasulullah SAW bersabda: “Makan dan jamulah seleramu, tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya.”

 

 

 

Taaliq Kepada Isteri yang Malas….

Terkejut juga mendengar seorang suami mentaaliq isterinya jika malas jatuh satu talaq ke atasnya. Kisah ini diceritakan seorang rakan kepada saya mengenai kisah tersebut. Katanya seorang isteri kepada rakannya adalah seorang yang berat tulang untuk melakukan kerja rumah, menjaga anak dan sebagainya. Pendek kata segala sifat malas yang bertakhta dalam dirinya adalah mencapai tahap maksimum. Mungkin kerana tidak tahan dengan isterinya maka dia melafazkan taaliq tersebut. Isteri tersebut menangis tersedu2 sehingga insaf dan bertaubat. Akhirnya si isteri sedar dan mengubah sikapnya dengan melakukan perkara yang lebih baik dari sebelum ini..

Dalam Fiqh al-Manhaji ada menyebut mengenai taaliq talaq. Ia bermaksud suami menggantungkan jatuh isterinya dengan sesuatu sifat atau syarat yang dikaitkan dengan isteri atau orang lain. Sebagai contoh, suami menggantungkan jatuh talaq isterinya dengan kedatangan seseorang, atau perbuatan tertentu yang dilakukan oleh isteri atau orang lain. Contoh talaq yang dikaitkan dengan sifat ialah suami berkata kepada isterinya : “Kamu tercerai dengan kedatangan ayahmu” atau “kamu tertalaq dalam bulan ramadam”. Apabila ayahnya datang atau masuk bulan Ramadan maka jatuhlah talaq. Contoh yang berkaitan dengan syarat ialah suami berkata kepada isterinya: “Kamu tertalaq apabila keluar dari rumah ini”. Oleh yang demikian maka jatuh talaq tersebut.

Talaq taaliq akan menyebabkan perkara-perkara disyaratkan berikut:

  • Tidak jatuh selagi sesuatu yang disyaratkan belum berlaku.
  • Kehidupan berumahtangga masih kekal dengan segala hukum dan kewajipan selagi syarat yang dikaitkan dengan talaq belum terjadi walaupun pasti berlaku. Contohnya : “Apabila ramadan tiba tertalaqlah kamu”.
  • Talaq jatuh sebaik sahaja syarat yang berkaitan berlaku. Suami tidak perlu melafazkan buat kali kedua.

Pada pendapat saya tindakan suami tersebut boleh dikatakan betul dan mungkin ada juga salahnya. Mungkin si suami sudah menasihati isterinya berkali-kali namun tidak termakan ajar. Salah yang mungkin wujud di sini apabila suami menyandarkan sesuatu pada yang akan terjadi dengan cepat contohnya apabila tiba hari, minggu atau bulan. Ini akan membawa jatuhnya satu talaq atas isteri.

Sebaiknya digunakan apa yang Nabi Muhammad SAW ajarkan pada kita (Suami) apabila ingin menegur isteri. Gunakanlah cara terbaik menegurnya, tinggalkan tempat tidur bersama dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya bagi suami isteri apabila disatukan, pada masa itu telah wujud satu tanggungjawab yang akan ditunaikan pada diri masing-masing. Apabila suami salah tegurlah dengan baik kerana “ego” suami mungkin ada. Pada isteri apabila ditegur akan kesilapan pohonlah kemaafan dari suami secepat mungkin. Memahami antara satu dengan lain adalah kunci kebahagian rumahtangga. Apabila suami susah, isteri tenangkan dia. Saling bekerjasama, memahami adalah kunci rumahtangga berpanjangan hingga akhirnya. Jangan terlalu memaksa suami yang kadang-kdang menimbulkan perkara tak diingini..

(Sebarang komen amat dialukan bagi memperolehi kebaikan bersama)