Warkah Khas Buat MB Baru Kedah – Dato Mukhriz Mahathir..

Dato Mukhriz Mahathir

Assalamualaikum WBT..

Tahniah diucapkan kepada Dato Mukhriz Mahathir atas perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah..Khas kutujukan buat insan bergelar pemimpin, bukan kerana nafsu tetapi saling mengingati kerana Allah SWT, kerana setiap amalan kita semasa hidup akan dihitung di akhirat kelak. Tanggungjawabmu bukan mudah. Rasanya bukan layak bagi saya menyampaikan sedikit tulisan kata-kata yang mungkin Dato sendiri tak sempat baca. Mohon maaf andai warkah ini membuatkan Dato sendiri tidak selesa dengan saya..

YB Dato.. Beramanahlah dalam menerima jawatan yang diharapkan rakyat. Jangan sesekali berpaling daripada amanah yang diberikan. Allah memberikan jawatan pada sesiapa sahaja yang Dia suka kerana semuanya di bawah kekuasaan Allah SWT.

Dato’ sememangnya disegani dan akan mewarisi ketokohan ayahanda Dato’ sendiri, maka sentiasalah berfikiran terbuka, menunjukkan contoh terbaik akhlak dan peribadi yang baik. Inilah yang akan membuatkan Dato disegani di kalangan pemimpin lain mahupun rakyat. Adilnya Dato dalam keputusanakan membuatkan rayat suka kepada keadilanmu dan jika berlaku kezaliman maka Allah akan menjadikan buah mulut orang bercakap-cakap.

Jangan lupa dampingi Ulama, sentiasa menghormati mereka walaupun tidak sehaluan parti. Mereka tidak akan mendoakan yang tidak baik dan buruk sebaliknya sentiasa akan mendoakan Dato’ berjaya memimpin negeri serta rakyat baik di dunia mahupun akhirat..

Contohilah kepimpinan para pemimpin terdahulu. Jangan lupa bahawa contoh terbaik adalah Nabi kita Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.. Banyak lagi pemimpin dan Khalifah Islam berjaya.  Benarlah kata pepatah arab :

فَتَشَبَّهُوا ﺇنْ لَمْ تَكُوْنُوا مِثْلَهُمْ        ﺇنَّ التَّشَبُّهَ باِلْكِرَامِ فَلاَحٌ

Contohilah sekalipun kamu tidak setara dengan mereka, Kerana mencontohi yang mulia itu pasti berkemenangan.

Ikhlas Dari Saya

Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil al-Bakri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s