Ringkasan Kitab Bidayatul Sul Fi Tafdhil al-Rasul

Ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang diambil hasil pembacaan saya dalam kitab “Bidayatual-Sul fi Tafdil al-Rasul karangan Sultan Ulama Abdul Aziz Bin Abdul Salam ataulebih dikenali sebagai Izzudin Ibn Abd al-Salam al-Salami al-Syafie  yang membicarakan kelebihan Baginda RasulullahSAW . Di dalam kitab ini terdapat 41 kelebihan Rasulullah berdasarkan sumber rasmiumat Islam dan hadith sahih. Saya ingin meringkaskan 41 perkara kepadaketerangan yang akan mudah difahami insyaAllah.

Terdapat 41 perkarayang membicarakan kemuliaan dan keagungan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan diatas muka bumi Allah ini iaitu :

  1. Nabi Muhammad adalah pemimpin bagi sekelian manusia.
  2. Di tangan baginda terdapat bendera kepujian pada hari kiamat.
  3. Nabi Adam berada di bawah panji Nabi Muhammad di hari kiamat
  4. Nabi diampunkan dosa yang sebelum dan masa depan. Tidak dikhabarkan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi terdahulu. Nabi-Nabi terdahulu tidak dapat memberi syafaat kecuali kepada Nabi Muhammad SAW.
  5. Nabi Muhammad yang pertama memberi syafaat dan ditauliyahkan Allah SWT sebagai akan memberi syafaat.
  6. Umat Muhammad selalu dilebihkannya. Nabi terdahulu doa mereka dimakbulkan setiap apa yang diminta. Tetapi keistimewaan Nabi Muhammad adalah menyimpan doa-doa makbul untuk diberikan kepada umatnya sebagai syafaat.
  7. Allah SWT bersumpah dengan nama Nabi.
  8. Allah memanggil nama kepada nabi-nabi terdahulu contohnya : Ya Adam.. , Ya Nuh.. , Ya Musa.. tetapi Allah memanggil Nabi Muhamad dengan nama jawatan yang dipegang contohnya Ya Nabi.. Ya Rasul… Inilah kelebihan Nabi SAW.
  9. Mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad kekal sehingga Hari Kiamat.
  10. Batu juga pernah memberi salam kepada Nabi SAW, Pohon/pelepah tamar pernah menangis kerananya. Tidak pernah berlaku kepada Nabi terdahulu.
  11. Mukjizat nabi amat besar. Kita melihat batu mengeluarkan air tetapi mukjizat nabi SAW air keluar dari celahan jarinya.
  12. Nabi SAW pernah memasukkan balik mata yang terkeluar dari tempatnya. Sedang Nabi Isa AS yang menyembuhkan seorang buta kepada celik.
  13. Nabi Muhammad menghidupkan hati yang kufur kepada iman sedangkan Nabi Isa AS hanya dapat menghidupkan jasad orang yang mati.
  14. Nabi-Nabi terdahulu diganjari dengan amalnya, banyak pengikut dan sebagainya. Sedangkan umat Nabi Muhammad SAW menjadi sebahagian ahli Syurga. Allah SWT telah berfirman bahawa Umat Nabi Muhammad adalah sebaik-baik ummah.
  15. Nabi-Nabi terdahulu diutuskan kepada sesuatu kaum sahaja, tetapi Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada jin dan manusia.
  16. Nabi Musa AS hanya dapat berkata-kata dengan Allah tetapi Nabi Muhammad berkata-kata dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha.
  17. Umat Nabi Muhammad adalah yang terakhir di dunia dan awal sekali akan dimasukkan ke syurga. Berbeza dengan umat nabi-nabi yang lain.
  18. Di hari kiamat nanti Nabi Muhammad yang pertama akan dibangun dan Bagindalah yang akan memberi syafaat.
  19. Nabi Muhammad juga akan menyelesaikan masalah umat-umat nabi terdahulu walaupun umat Nabi Ibrahim AS.
  20. Nabi Muhammad sebagai wasilah memasuki syuga. Jangan lupa untuk berdoa selepas azan dan iqamah.
  21. 70,000 umat Nabi Muhammad SAW akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab dan tidak akan diazab.
  22. Nabi Muhammad SAW mempunyai telaga Kauthar dan Hudh (Kolan) yang akan diberikan kepada yang memasuki syurga.
  23. Umat nabi Muhammad yang terakhir dan akan mendahului kerana kelebihan dan darjat tinggi.
  24. Nabi Muhammad SAW dihalalkan ke atasnya harta rampasan perang dan tidak pernah dihalalkan kepada umat terdahulu. Dijadikan saf-saf umatnya sebaris saf-saf Malaikat. Tanah-tanah menjadi tempat sujud dan tanah juga dijadikan alat bersuci. Inilah ketinggian martabat sekelian umat Muhammad.
  25. Allah SWT menyebut bahawa bahawa Nabi Muhammad akhlaknya agung dan tarafnya yang tinggi.
  26. Wahyu yang dikurniankan kepada nabi ada tiga jenis iaitu : Mimpi yang benar, Berkata-kata tanpa sebarang hijab, dan bersama Jibril AS.
  27. Kitab Al-Quran yang diturunkan mengandungi keterangan melebihi Taurat, Injil, Zabur.
  28. Walaupun sedikit amalan umat Nabi Muhammad SAW tetapi banyak pahalanya. (Keterangan : Jangan lupa untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah kemunkaran.
  29. Nabi memilih untuk menjadi Nabi yang menjadi hamba daripada menjadi Nabi yang memiliki takhta raja. Inilah sifat tawaduk Nabi.
  30. Nabi Muhammad SAW menjadi rahmat bagi sekelian alam. Azab bagi umat Muhammad tidak disegerakan berlaku seperti umat nabi terdahulu yang diazab.
  31. Akhlak nabi amat lembut, terpuji, sabar atas segalanya dan banyak lagi sifat baik. Inilah dinamakan sebagai sempurnanya Nabi Muhammad SAW.
  32. Sifat Nabi Muhammad yang lemah lembut.
  33. Nabi bertegas kepada orang kafir dan berkasih sayang kepada Mukmin. (Tegas nabi bukan sampai menyakiti orang kafir, tetapi tegas yang mengandungi kelembutan akhlaknya)
  34. Penyelamat iman umatnya.
  35. Nabi Muhammad sabar dalam menyampaikan risalahnya. Sampaikan malaikat yang datang ingin membalikkan bukit kerana melihat Nabi Muhammad dihina dan dicaci serta dicederakan sewaktu di Thaif. Nabi menghalangnya.
  36. Nabi mejadi saksi kepada Nabi-Nabi yang lain seandainya ada pengikut nabi terdahulu yang menyatakan nabi-nabi mereka tidak menyampaikan dakwah yang sebenar. Keterangan Nabi Muhammad menjadi saksi yang akan sentiasa membantu Nabi-Nabi terdahulu.
  37. Umat Nabi Muhammad takkan sesekali berhimpun melakukan kejahatan dan kesesatan seperti yang dihadapi nabi-nabi terdahulu yang berpakat untuk menentang nabi. (Keterangan : mungkin berlaku segelintir yang sesat akan memutar belitkan al-Quran dari maknanya sebenar, tetapi mustahil berlaku kepada memesong ayat al-Quran yang dipelihara Allah SWT.
  38. Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dipelihara Allah dan tidak akan berlaku sepertimana yang berlaku kepada taurat dan injil.
  39. Allah menutup segala dosa yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad SAW sehingga sampai hari kiamat dan tidak diazab segera.
  40. Perkataan Rasulullah walaupun sedikit tetapi banyak maksudnya.
  41. Keagungan Nabi mengatasi nabi-nabi lain dan juga mengatasi malaikat-malaikat.

Semoga Allah melindungi saya dari mengatakan sesuatu yang dusta berkaitan Nabi Muhammad SAW.Moga ringkasan dari pembacaan ini yang saya coretkan sedikit dapat memberikankefahaman dan melahirkan rasa cinta kepada seorang yang bernama Nabi MuhammadSAW. Marilah berselawat dan sentiasa mezahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s