(1 Hari 1 Nasihat) Adab Menziarahi Orang Sakit Sama Muslim atau Bukan Muslim

Dari Ummu Salamah RA katanya: Rasulullah SAW telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi SAW menutupnya, kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu),” (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda SAW bersabda: “Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan – baik atau buruk”, kemudian Baginda SAW berdoa dengan sabdanya: “Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama-sama orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya.”

Hadis di atas menyebut bahawa mereka yang menziarahi orang sakit dituntut supaya berkata, menyebut perkara baik serta mendoakannya. Ulama’ ada menerangkan bahawa antara kata-kata baik itu ialah menghiburkan hati orang sakit dengan menyatakan sakitnya ringan dan akan sembuh.

Walaubagaimanapun terkadang pesakit yang kita ziarahinya berkeadaan koma dan tidak sedarkan diri. Bisikkan di telinganya kata-kata syahadah atau mengajarnya mengucap. Kita tidak tahu bahawa kuasa Allah yang menghidup dan mematikan seseorang. Sama ada diberi kesempatan untuk hidup atau diakhirkan hayatnya dengan kematian. Seharusnya apabila kita mengajarkannya dengan syahadah atau melafazkan lafaz selawat semoga dengan dia akan mendengar dan menjadikannya zikir dalam hatinya walaupun tiada yang dapat mendengar selain Allah SAW.

Membawa buah tangan juga dianjurkan agama dengan hadiah-hadiah yang boleh menggembirakan hatinya. Dengan hadiah juga ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim mahupun bukan muslim. Sesungguhnya walaupun seseorang bukan muslim, harus kita menziarahinya. Inilah yang memperlihatkan keindahan Islam tidak membezakan taraf atau menghina bukan Muslim. Jika ditakdirkan sesuatu berlaku dengan kehendak Allah SWT mungkin dengan perlakuan kita, seseorang bukan Muslim boleh tertarik kepada Islam kerana kasih sayang, tanggungjawab yang sentiasa mengambil berat kepada mereka. Inilah jalan yang ditunjukkan Islam yang mengajar umatnya sentiasa menyayangi antara satu dengan lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s