Terima Kasih Allah Atas Kurniaannya

28 November 2011 yang lalu lahir seorang putera penyeri hidup kami yang diberi nama Muhammmad Faqih El-Imtiyaz.. Tahun 2012 menyapa, pada tarikh keramat 1 September lahir pula puteri kami yang diberi nama Annur Faqihah  El-Insyirah. Anak kedua yang lahir di tangan Babanya, disambut sendiri pada pukul 6.44 pagi.. Teringat kembali kisah pagi itu Baba ke klinik tanpa memakai baju kerana keadaan yang tidak sedar memanggil bidan.. Setelah 45 minit baru ada jururawat yang hadir membantu memotong tali pusat yang masih melekat di badan anak kedua kami..

Ummi yang sakit perut pada mulanya disangka sakit biasa. Memang masa cepat berlaku apabila Faqihah yang sebenarnya seperti tidak sabar mahu keluar melihat dunia.. Alangkah terkejut ketika itu..

Kini Faqihah masih di unit NICU HSB dirawat kerana lahir tidak cukup bulan.. Alhamdulillah juga kerana sehingga sekarang Faqihah sihat dan cergas walaupun di dalam inkubator..

Baba dan ummi serta tok, wan menunggu Faqihah balik nanti. Semuanya tidak sabar untuk menatap wajah puteri baba..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s