Tatacara Penggunaan Krim Berubat Ketika Berwuduk

Soalan: Adakah krim berubat (biasa atau untuk kegunaan rambut) boleh menghalang wudhu’?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Krim berubat yang digunakan pada rambut dan sebagainya ada 2 jenis iaitu berminyak dan tidak berminyak. Bagi krim yang berminyak ia menghalang air daripada terkena anggota wuduk. Sifat yang berminyak itu menghalang air daripada bercampur sebati dengannya. Manakala bagi krim yang tidak berminyak ia menyerap air dan ia kena pada kulit.

Situasi mengambil wuduk dengan menyapu krim juga mempunyai 2 keadaan iaitu memakai sebelum atau selepas mengambil wuduk. Sebelum mengambil wuduk memakai krim hanya akan menghilangkan kesan krim pada permukaan yang disapu, manakala apabila menyapu krim selepas mengambil wuduk maka sah wuduk untuk solat. Pemakaian krim harus dan tidak menghalang untuk bersolat. Hukumnya sah solat seseorang.

Seeloknya krim berubat dipakai selepas mengambil wuduk adalah lebih baik untuk rawatan kulit ataupun digunakan pada rambut.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s