Rawatan Bertentangan Islam Yang Tiada Pilihan

Soalan: Penerangan yang jelas bagi rawatan yang bertentangan dengan Islam tetapi tiada pilihan. Sediakan dalil sahih yg berkaitan.

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; (Surah al-Imran: 103)

Agama Islam menyuruh umatnya berhati dalam mengambil perkhabaran yang datangnya bole membawa kerosakan dalam umat Islam. Firman Allah SWT:

Maksudnya:  Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Ulama berpendapat tidak boleh dipakai perkhabaran yang tidak diketahui sumbernya, merana boleh jadi perkhabaran itu dusta. Menurut ayat ini berita yang disampaikan oleh orang fasiq tidak boleh dijadikan jalan ikutan.

Pilihan kepada rawatan yang bertentangan Islam adalah satu perkara yang dilarang Allah. Allah diturunkan untuk mengubati dan hadith juga mengandungi doa untuk menghalang penyakit.

Penulis berpendapat kenyatan yang dibawa kepada pemilihan rawatan brtentangan Islam adalah satu propaganda untuk menyesatkan umat Islam dalam memesongkan akidah mereka. Pilihlah jalan yang kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya dalam firman Allah menyatakan:

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) Yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s