Pesakit Orthopedik (tulang) Berpuasa

Soalan: Bagaimanakah cara yang betul dan kemudahan yang dibolehkan untuk pesakit orthopaedic (tulang) beribadah? Bagaimanakah kemudahan yang dibolehkan untuk memastikan ibadah terus dilakukan dengan kemampuan yang ada walaupun dalam keadaan sakit?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Penyakit yang membolehkan seseorang berbuka ialah yang tenat dan boleh menyebabkan kesusahan atau membawa kemudharatan jika pasa diteruskan atau dikhuatiri akan menyebabkan penyakit bertambah teruk serta melambatkan proses penyembuhan. Para ulama juga menambah bahawa ia termasuklah seseorang yang khuatir akan mendapat penyakit jika berpuasa.

Syeikh Ibn Uthaimin Rahimahullah berkata: “Seseorang yang sakit dengan penyakit sementara digolongkan kepada tiga golongan:

  1. Mereka yang berpuasa tidak menyulitkan dan tidak membawa kesusahan. Mereka dikehendaki berpuasa dan tidak ada pengecualian.
  2. Mereka yang menghadapi kesukaran dalam berpuasa tetapi ia tidak membawa mudharat. Makruh baginya berpuasa kerana ini bermakna dia menolak kemudahan yang Allah SWT berikan dan menyusahkan diri sendiri.
  3. Mereka yang termudharat jika berpuasa. Hara bagi golongan ini berpuasa kerana ini bermakna, mereka mendedahkan diri kepada kemusnahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Maksudnya: dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Surah al-Nisa: 29)

Sabda Rasulullah SAW:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: Semestinya tidak ada kemudharatan atau membawa kemudharatan.

(Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim)

 

Dalam kitab Fusul fi al-Siyam wa al-Tarawikh menyatakanJika seorang pesakit berbuka dia hendaklah menggantikan hari itu apabila telah pulih daripada pemyakitnya. Jika dia meninggal dunia sebelum menggantikannya, kewajipan itu terlepas daripadanya kerana Allah SWT memerintahkan supaya dia menggantikan puasa pada hari lain, tetapi dia tidak sempat untuk melihat hari-hari itu.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s