Penjualan Kondom Kepada Pasangan Belum Berkahwin

Soalan: Apakah hukum bagi seorang ahli farmasi yang memiliki premis jualan untuk menjual kondom kepada pasangan yang tiada ikatan perkahwinan.

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Pengertian kondom menurut Kamus Dewan ialah sejenis alat atau sarung daripada getah dan sebagainya, yang disarungkan pada kemaluan lelaki untuk mencegah daripada sebarang jangkitan atau kehamilan akibat hubungan seks.

Hukum menjual kondom kepada pasangan yang tiada ikatan perkahwinan adalah HARAM. Bagi kedai- kedai atau farmasi yang menjual kondom hukumnya adalah HARUS. Tetapi ini menjadi satu permasalahan yang perlu dikaji berkaitan siapa yang membeli kondom tersebut sama ada bagi pasangan yang telah berkahwin ataupun belum berkahwin.

Sememangnya diketahui hukum berzina telah termaktub di dalam al-Quran al-Karim adalah haram. Ini berdasarkan ayat al-Quran:

™ [1]

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).”

(Surah al-Israa 17:32)

Penjualan kondom kepada pasangan yang belum berkahwin sebagai satu rangsangan untuk melakukan kebebasan seks (perzinaan), iaitu apabila dikatakan fungsinya boleh mencegah penyakit berjangkit itu. Perbuatan zina itu adalah haram di sisi Islam

Diketahui bahawa penyakit kelamin seperti Sifilis dan AIDS adalah ditakuti oleh tiap pasangan suami isteri. Bagi pasangan yang belum berkahwin kondom digunakan untuk menghalang kehamilan. Sesunggunya cara ini tidak menghalalkan persetubuhan yang berlaku sekalipun memakai kondom. Penjualan kondom dilihat seolah- olah meruntuhkan institusi masyarakat yang sebelum ini zina adalah satu perkara sensitif telah menjadi perkara biasa. Di mana-mana sahaja terjual kondom dan terlalu mudah didapati. Pembeli kondom kadang- kadang telah hilang rasa segan silu membelinya. Ini telah menimbulkan gejala tidak sihat di kalangan masyarakat. Paling ditakuti ianya dibeli oleh remaja- remaja yang dilihat umurnya belum lagi berkahwin tetapi membeli kondom. Untuk apa membelinya?Mungkin kita boleh berfikir sejenak.

Menurut laporan akhbar Berita Harian (Malaysia), 3 Jun 1995, jualan kondom terlalu laris seperti pisang goreng panas di negara Asia. Perkara yang patut ditimbulkan di sini ialah, apakah sikap, dasar atau polisi kita khasnya pihak berkuasa Jabatan Perubatan Kesihatan terhadap penjualan kondom di kedai-kedai runcit di negara ini? Jika pemakaian kondom itu bagi maksud membenarkan atau menggalakkan pencegahan kelahiran secara menyeluruh atau secara umum bagi suatu tempoh, sama ada jangka pendek atau panjang, seperti menentukan dasar bahawa satu keluarga itu cukup mempunyai had tertentu bilangan anak, maka menghadkan yang demikian ini adalah berlawanan dengan kehendak syara’, kerana dasar perkahwinan itu untuk membiakkan keturunan. Penggunaan kondom jika bersifat peribadi, bukan atas sebab-sebab darurat yang wajar seperti semata-mata untuk mencegah pembiakan anak, maka perbuatan ini juga bertentangan dengan maksud. AI-Qur’an dan hadis- hadis menggalakkan keturunan atau zuriat yang banyak.[2]
Jika penggunaan kondom atas sebab darurat dan yang bersifat peribadi disalahgunakan, sedangkan pihak- pihak yang berwajib yang sepatutnya mesti mengadakan pengawalan, tetapi tidak berbuat demikian itu, maka kita semua yang terlibat akan bertanggungjawab dengan menurunnya kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia ini khususnya.
Jika penggunaan kondom itu bagi tujuan mencegah penyakit kelamin atau lain-lain penyakit berjangkit seperti pencegahan kuman HIV, maka kebiasaannya dilakukan oleh pasangan-pasangan bagi tujuan seks bebas atau hubungan dengan pelacur- pelacur. Jika inilah yang berlaku, ianya bukan sahaja membawa kepada dosa bagi pasangan Islam malahan juga jika ianya dilakukan oleh pasangan bukan Islam, sudah tentu itu juga turut bertentangan dengan agama mereka. Ini kerana semua agama  mengutuk dan tidak membenarkan perbuatan zina.

Perbuatan zina adalah bertentangan dengan prinsip moral dan akhlak yang mulia. Perbuatan zina menjadi sebab jauhnya kita dari rahmat Allah SWT dan turunnya kemurkaan serta bala kepada penduduk negeri secara menyeluruh.  Ia juga termasuklah ke atas orang-orang yang baik- baik di kalangan mereka. Bagi mashlahah mendatangkan yang baik dan menolak yang buruk, maka penjualan kondom secara bebas dan mudah itu telahpun nampak keburukannya.

Oleh itu perlulah ia dicegah. Setiap jalan yang boleh membawa kepada keburukan mestilah ia dihalang atau disekat, berdasarkan kaedah fiqhiyyah ‘Sadd Al-Dzara’i’. Jika kaedah Sadd Al-Dzara ‘i ‘ ini dibelakangkan bagi mencegah atau menghalangi sesuatu keburukan itu daripada berlaku, kemudian keburukan itu benar-benar berlaku, maka adalah sikap seumpama ini terang-terang berlawanan dengan syara’ dan mendatangkan dosa.

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 15 November 2001 telah memberi pandangan bahawa: Penjualan kondom di Negeri Selangor hendaklah dilakukan secara terkawal seperti mendapatkan kebenaran bertulis dari doktor dan dijual di tempat-tempat tertentu serta menentukan had umur pembeli. Janganlah penjualannya dipamerkan secara terbuka di tempat-tempat awam lebih-lebih lagi kotak pembungkus kondom itu dipamerkan gambar yang mengghairahkan. Peraturan ini perlu dibuat supaya tidak berlaku penyalahgunaan.[3]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s