Penggunaan Vaksin Yang Mempunyai Unsur Khinzir

Soalan: Wujudkah keperluan bagi individu untuk menggunakan vaksinasi dan sejauh manakah kejayaannya? Berdasarkan perspektif Islam, siapakah yang perlu menggunakan vaksin? Contohnya penggunaan Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq menggunakan unsur babi dalam penghasilannya.

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Vaksinasi ialah proses menyuntikkan vaksin ke dalam tubuh seseorang sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit.[1] Penyuntikan dalam tubuh badan manusia dengan sesuatu ubat yang diberikan oleh doktor untuk rawatan penyakit adalah diharuskan.

Syeikh Soleh bin Abdullah Bin Humaid di dalam kitabnya رفع الحرج menegaskan bahawa di dalam sunnah terdapat hadith yang menunjukkan permasalahan khas yang himpunannya menunjukkan haram setipa mudharat sama ada secara langsung atau tidak. Di atas dasar ini kita tegaskan:

إن الأصل في المنافع الإباحة وفي المضار التحريم

Maksudnya: “Sesungguhnya asal pada segala manfaat adalah harus dan segala mudharat adalah haram”

Proses vaksinasi itu ditentukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal penyakit merebak.  Dalam keadaan dunia sekarang, proses penvaksinan dilihat penting sebagai usaha melawan penyakit dalam tubuh badan manusia. Selari dengan tujuan syarak sendiri yang menyuruh kita menjaga diri. Ini sebahagian daripada suruhan agama yang mengajak kita memelihara tubuh badan.

Melihat kepada penggunaan Vaksin Biothrax dan Rotateq tidak diperlukan memandangkan Malaysia bukan dalam keadaan darurat dan telah ada vaksin yang halal untuk kegunaan umat Islam. Dari segi hukum ubat- ubatan yang mengandungi unsur babi perlu ditolak. Setakat ini, di Malaysia mempunyai pilihan menggunakan vaksin yang halal kerana pakar- pakar dalam bidang sains farmasi di Malaysia mampu menghasilkannya.

Gesaan supaya menggunakan vaksin- vaksin yang mengandungi unsur- unsur yang tidak halal ini juga merupakan strategi musuh- musuh Islam untuk meracuni pemikiran dan daya ketahanan umat Islam apabila banyak sumber yang haram menjadi darah daging umat Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-81 pada 31 Mac 2008 memutuskan bahawa penggunaan vaksin Biothrax dan Rotateq tidak dibenarkan kerana]

a)      Situasi kini dianggap tidak darurat.

b)      Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua- dua vaksin; dan

c)      Tiada data sokongan yang kuat membuktikan rakyat Negara ini memerlukan kedua- dua vaksin tersebut.

Penggunaan vaksin yang menggunakan haiwan yang tidak halal seperti babi dan anjing adalah tidak boleh sekiranya tidak berlaku darurat. Apabila ada vaksin lain dari binatang yang halal seperti lembu hendaklah didahulukan penggunaannya berbanding babi dan anjing.

 

 


[1] Kamus Dewan Edisi 4.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s