Penggunaan Ubat Yang Berisiko Tinggi

Soalan: Apakah pandangan dan hukum dalam Islam bagi penggunaan ubat-ubatan yang mempunyai risiko untuk merosakkan atau melemahkan sistem yang ada dalam badan? Sebagai contoh, penggunaan ubat yang telah diketahui akan kewujudan kesan sampingan.

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Allah SWT telah berfirman :

Maksudnya: dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah al-Baqarah: 195)

Apabila mengambil ubat-ubatan yang berisiko dalam melemahkan badan adalah tidak dibenarkan syara’. Sesungguhnya Allah menjadikan tiap penyakit ada ubatnya. Bagi ubatan yang belum ditemui cara perubatannya hendaklah dikaji dan diteliti dengan sebaiknya oleh para doktor dan pakar.

Penulis berpendapat doktor-doktor mempunyai kepakaran dalam menentukan kaedah pengambilan perubatan yang terbaik terhadap pesakitnya dengan syarat doktor tersebut seorang yang thiqah dan dipercayai. Doktor hendaklah memilih yang terbaik untuk pesakit tersebut.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s