Penggunaan Ubat Titis (Mata, Hidung dan Telinga) Ketika Puasa

Soalan: Penggunaan ubat titis mata dan telinga kadangkala menimbulkan rasa pahit dalam mulut. Adakah hal ini membatalkan puasa?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Hukum bagi menitiskan ubat titis ke dalam mata harus dan tidak membatalkan puasanya walaupun terasa ubat tersebut mengalir ke dalam kerongkong kerana mata bukanlah diiktibarkan sebagai rongga terbuka seperti mulut, hidung, telinga, dubur, lubang zakar atau faraj.

Sheikh Ibn Uthaimin berkata: “Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berpegang pada pendapat bahawa minyak wangi tidak membatalkan puasa walaupun baunya mencecah tekak. Dia berkata ini tidak disebut sebagai makanan atau minuman dan tidak mempunyai kesan seperti makanan dan minuman. Tidak terdapat hadis sahih daripada Rasulullah SAW menyebut secara nyata minyak wangi membatalkan puasa.

Dari segi kaedah syara juga, ia tidak menunjukkan puasa terbatal. Sesuatu ibadat dianggap sah selagi tidak ada dalil syara yang mengatakan ia tidak sah. Inilah pendapat yang paling tepat. Bersandarkan pandangan yang dipegang oleh Syeikh al-Islam itu jika seseorang meletakkan titisan ubat mata semasa berpuasa dan airnya mengalir masuk ke dalam tekak puasanya tidak batal”. (al-Syarah al-Mumti’. Jilid 6. Ms 382)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s