Penggunaan Serum Porsin (Babi) dan Bovin (Lembu) Menurut Islam

Soalan: Sejauh manakah darurat didefinisikan di dalam bidang perubatan? Sebagai contoh, porsin (serum khinzir) adalah lebih berdekatan dengan serum manusia berbanding bovin (serum lembu) dan porsin ini juga dikatakan lebih efektif. Jadi apakah hukum menggunakan porsin?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Berubat hukumnya adalah sunat. Ini berdasarkan hadith nabi SAW:

مَا أَنزَلَ اللهُ دَاءُ إِلاَّ أَنزَلَ لَهُ شِفَاءً

Maksudnya: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Dia (Allah) menurunkan penawar bagi penyakit itu.

Riwayat al-Bukhari

Para ulama bersepakat mengatakan berubat dengan bahan yang diharuskan adalah harus hukumnya, sama ada bahan daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya.

Berubat dengan benda yang diharamkan dalam situasi dharurat untuk menyelamatkan nyawa adalah diharuskan, kerana berubat untuk menyelamatkan nyawa itu termasuk dalam kategori dharurat dan perkara yang diharamkan harus dalam keadaan tersebut. Sebagaimana yang disebutkan dalam kaedah fiqh:

الضَّرُورَاتُ تُبِيحُ المَحظُورَاتِ

Maksudnya: Keadaan dharurat mengharuskan perkara yang haram.

Imam Izzuddin Ibn Salam dalam Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam berkata: ”Berubat dengan benda-benda najis itu harus hukumnya jika tidak terdapat benda yang suci untuk menggantikan benda najis itu, kerana maslahat kesembuhan dan selamat daripada penyakit adalah lebih utama berbanding menghindari daripada najis.

Penulis berpendapat dalam keadaan dharurat sahaja dibenarkan. Apabila terdapat gantian serum haiwan yang dihalalkan syara yang lain hendaklah didahulukan penggunaannya. Maka penggunaan serum binatang yang diharamkan hendaklah dijauhkan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s