Penggunaan Minyak Gamat Ketika Berwuduk

Soalan: Adakah individu perlu membersihkan anggota wudhu’ sekiranya dia menggunakan minyak gamat atau bahan-bahan lain seperti biosil pada anggota tersebut?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Seperti yang diketahui minyak tidak meresap masuk ke dalam kulit manusia. Penggunaan minyak gamat atau ubat yang mengandungi unsur yang termasuk dengannya tidak sah wuduk seseorang itu. Sebelum mengambil wuduk wajib menghilangkan kesan minyak yang ada pada anggota wuduk.

Pengarang Fiqh Manhaji menyebut: Wajib meratakan basuhan kesemua bulu dan kulit. Sekiranya terdapat kotoran di bawah kuku atau memakai cincin yang menghalang air sampai ke kulit maka wudhu’ tidak sah.

Diqiyaskan juga pada yang menghalang air daripada terkena anggota wudhu apabila terdapat kesan minyak, cat, biosil dan lain-lain.

Oleh itu perlu dibersihkan untuk melakukan wudhu untuk mencapai kesempurnaannya. Ini akan menjadikan solat yang dilakukan dalam keadaan baik.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s