Penggunaan Lintah Dalam Perubatan

Soalan: Penggunaan lintah dalam perubatan khususnya bagi kegunaan kulit adalah dibenarkan oleh pihak JAKIM tetapi bagaimana pula isu ini diambil kira sekiranya lintah tersebut digunakan dalam kegunaan oral?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Lintah[1] sejenis binatang dalam kelas hirudinea, rupanya seperti pacat tetapi lebih besar darinya. Ibn Athir: ‘Binatang kecil berwarna merah berada di dalam air. Bergantung di badan dan menghisap darah’.[2]

Lintah pada masa kini bukanlah haiwan yang tiak mendatangkan manfaat kepada manusia sama ada dari sudut perubatan, pertanian, kosmetik dan lain-lain. Sehubungan itu, pendapat yang mengharuskan berjual beli dengan kedua- dua jenis haiwan ini lebih sesuai diamalkan kerana kegunaannya adalah pelbagai dan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia.

Muzakarah Jatankuasa Fatwa kali ke-81 pada 31 Mac 2008 memutuskan bahawa: Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua- dua haiwan tersebut juga adalah harus.

Ini berdasarkan hujah dan pandangan yang telah dikemukan oleh semua ahli, Muzakarah berpandangan bahawa walaupun ‘uruf mengatakan lintah dan cacing sebagai haiwan yang kotor dan najis serta tidak boleh dimakan, tetapi hukum asal dalam Islam menetapkan bahawa lintah dan cacing bukan merupakan haiwan yang dikategorikan sebagai najis.

Sekiranya dianggap sebagai najis, banyak persoalan berkaitan hokum yang perlu diselesaikan. Umpamanya seorang yang sedang bersolat di tanah lapang dan digigit lintah, adakah sembahyang tersebut batal ataupun tidak. Begitu juga ikan yang diberi makan cacing, adakah ikan tersebut boleh dimakan ataupun tidak.

Kita perlu mengambil jalan mudah dalam menentukan hokum penggunaan lintah dan cacing kerana Islam tidak menghukumkan kedua- dua haiwan ini sebagai najis. Isu yang menyatakan kedua- dua haiwan ini adalah kotor dan jijik, ia adalah uruf semata- mata. Selagimana tidak dikategorikan sebagai najis, manfaat daripada kedua- dua haiwan ini boleh diambil oleh orang Islam.

 

 

 

 


[1] Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.

[2]  Ibn Athir, an-Nihayah fi Qharib al-Hadis wa al-Athar (637)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s