Penggunaan Inhaler, Suntikan dan Suppositori (Suntikan Dubur) Ketika Puasa

Soalan: Apakah hukum menggunakan inhaler, suppositori (melalui dubur), dan suntikan ketika berpuasa?

Jawapan :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Terdapat beberapa keadaan di sini yang dapat dijelaskan berkenaan dengan penggunaan ubat-ubatan ketika di siang hari berpuasa.

Penggunaan alat yang mengeluarkan ubat dalam semburan  halus untuk disedut (inhaler) dan bahan ubat-ubatan yang dibubuh di dalam dubur dan faraj supaya larut (supositori) serta suntikan tidak membatalkan puasa. Ini berdasarkan penggunaannya bukan bertujuan memberi tenaga kepada tubuh badan bahan untuk melancarkan keadaan pesakit untuk meneruskan puasa.

Dalam Fatawa Islamiyyah, para ulama Majlis Fatwa berkata: “Ubat yang digunakan pesakit dengan cara menyedutnya dengan cara menyedutnya dengan sampai ke dada melalui saluran tekak, tidak masuk ke dalam perut dan ia bukanlah makanan atau minuman. Jadi puasa itu tidak terbatal kerana itu. (Fatwa Islamiyyah Jilid 1 MS 130)

Bagi penggunaan supositori pada siang haru juga tidak membatalkan puasa. Begitu juga penggunaan jarum picagari yang dimasukkan ke dalam dubur kerana tidak ada dalil yang menunjukkan ia membatalkan puasa, bukan jenis makanan dan minuman dan tidak termasuk dalam kategori makanan dan minuman.

Syeikh Ibn Uthaimin berkata dalam al-Syarh al-Mumti’: “Pandangan yang paling tepat mengenai perkara ini yang dipegang oleh Syeikh al-Islam Ibn  Taimiyyah RA memasukkan picagari ke dalam dubur tidak membatalkan puasa.” (al-Syarh al-Mumti’ Jilid 6 MS 381)

Dalam Fatawa al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wal Ifta ada menyatakan : “seseorang yang berpuasa diizinkan mengambil suntikan sam ada melalui tusukan urat atau otot pada siang hari di bulan Ramadan. Namun begitu, dia tidak boleh diberi suntikan yang berbentuk permakanan melalui urat dan lain-lain di bulan ini kerana ia termasuk di bawah hokum makn dan minum mendapat suntikan sebegini dianggap satu helah untuk membatalkan puasa. Kalau boleh cuba dapatkan pada waktu malam.” (Fatawa al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wal Ifta Jilid 10 MS 252)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s