Penggunaan Gelang Magnet untuk Perubatan

Soalan: Apakah hukum memakai gelang magnet bertujuan untuk perubatan?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa haram hukumnya ke atas lelaki yang memakai gelang tangan magnet kerana menyerupai perhiasan yang dikhususkan kepada golongan perempuan. Walau bagaimanapun harus jika memakai gelang magnet itu memberi manfaat kepada pemakainya dengan syarat diakui oleh doktor muslim atau doktor pakar bukan muslim yang dipercayai.

Syeikh Mamduh Mahmud Abd al-Rahman dalam bukunya: Memakai rantai, gelang dan subang bagi lelaki dan apa yang menyerupainya: Haram ke atas lelaki memakai apa jua daripada yang demikian itu kerana ia sesuatu yang dikhususkan kepada golongan perempuan, dan memakai lelaki akan ia yang mana telah menyerupai ia dengan perermpuan. Dan sesungguhnya telah melarang Rasulullah SAW ke atas lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki seperti dalam kebanyakan hadith.

عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال : لعن الله المتشبهات من النساء بالرجال والمتشبهين من الرجال بالنساء رواه البخاري: (وتز داد الحرمة على الرجال إذا كانت تلك الأ شياء مصنوعة من ذهب.

Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda : Allah telah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai perempuan dan peerempuan yang menyerupai lelaki dan lebih-lebih lagi haram ke atas golongan lelaki apabila gelang itu sesuatu yang diperbuat daripada emas.[1]

Pemakaian gelang bagi orang lelaki adalah suatu perkara yang diharamkan dan telah dihalalkan pemakaian gelang dengan tujuan kesihatan. Alternatif gelang sebagai penyembuh juga boleh dikaitkan sebagai tangkal. Tangkal sememangnya diharamkan dalam Islam. Haram beriktikad gelang yang menyembuhkan. Seharusnya orang lelaki tidak perlu memakai gelang untuk pengubatan kerana mungkin ada lagi cara pengubatan lain yang menggantikan penggunaan gelang.

 

 


[1] Al-Sheikh Mamduh Mahmud Abd al-Rahman. 1996. Kitab al-Zinah wa al-Jamal fi Mizan al-Islam. Cetakan Pertama. Ms. 231.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s