Penggunaan BOTOX Menurut Pandangan Islam

Soalan: Apakah hokum suntikan Botox dalam kosmetik/perubatan?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Sejarah BOTOX dikenalpasti pada tahun 1897 oleh Van Emengen mengenalpasti Botulinum Type-A yang dihasilkan oleh Clostridium Botulinum yang mampu menahan transmisi saraf dalam penyakit Botulism. Pada tahun 1978 & 1979, Dr. Alan Scott dan Dr. John Elston berjaya merawat juling mata. Botox telah digunakan secara komersil untuk merawat juling mata pada tahun 1980. Dr. Alastair Carruthers (1992) menggunakan BOTOX untuk merawat kedut di kulit. Pada tahun 1994 penggunaan BOTOX sebagai rawatan untuk kekejangan otot.

Botulinum Toxin Type A atau lebih dikenali sebagai BOTOX adalah satu isu baru dalam bidang  yang tidak dibincangkan oleh ulama terdahulu. Permasalahan ini dibincangkan oleh Ulama’ tentang hukum penggunaannya di dalam agama Islam sama ada membenarkan penggunaannya atau tidak. Tiap sesuatu yang dijadikan menurut kaedah Fiqhiyyah:

الأَصْلُ فِيْ الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةُ

Maksudnya: Asal setiap perkara adalah harus.

Menjawab kepada permasalahan ini, saya mengambil mengambil hujah yang dikemukan oleh fatwa yang dikeluarkan oleh Department Of Islamic Endowment and Religious Affairs Ecumenical Decress (Fatwa) and Research Committee Synod of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirates (UAE) dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Fatwa Ini digunapakai oleh beberapa Negara-Negara Arab Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Jordan.

Rumusan yang boleh dibuat daripada penggunaan BOTOX tentang penggunaannya adalah HARAM atas beberapa sebab:

  1. Bakteria- bakteria BOTOX (Botulinum Toxin Type A) dihasilkan daripada khinzir yang mereput dan daripada sel-sel orang mati akibat penyakit Botulism. Khinzir serta segala yang dihasilkan dari haiwan tersebut adalah Najis Mughallazah. Penggunaan khinzir serta Najis adalah HARAM QAT’IE.
  2. BOTOX merupakan sejenis racun berbisa walhal hukum Syara telah mengharamkan umat Islam daripada mengambil racun dalam apa jua bentuk kerana ianya memudaratkan. Kajian sains menunjukkan bahawa BOTOX adalah sejenis toksin yang boleh membawa maut.

 

Namun yang demikian, penggunaan BOTOX bagi tujuan perubatan berubah hukumnya menjadi JA’IZ (HARUS) atas 3 dasar:

  1. Dalam keadaan darurat, apabila tidak ada ubat lain yang berkesan dan penggunaan BOTOX sebagai jalan terakhir dan keselamatan terjamin.
  2. Tidak mempunyai alternatif selain daripada BOTOX, ubat yang berpunca dari sumber yang halal tidak berkesan ataupun kurang kesannya.
  3. Penggunaan BOTOX dalam kes ini, mestilah disahkan oleh doktor beragama Islam yang boleh dipercayai (Thiqat) serta berwibawa dari segi zahirnya.

 

Pengunaan BOTOX bagi tujuan Kosmetik dan Kecantikkan hukumnya HARAM MUTLAK walaupun dengan keizinan suami seorang wanita atas beberapa sebab:

  1. BOTOX dihasilkan daripada sumber- sumber najis dan haram digunakan oleh umat islam tanpa uzur syarie. Sekadar untuk menegangkan kulit wajah serta mematikan sel- sel otot yang dapat menyekat proses penuaan bukanlah sesuatu yang darurat.
  2. BOTOX adalah sejenis racun yang telah diolah dari sifat kimianya bagi tujuan kosmetik. Sifat tabi’e BOTOX ini adalah mematikan sel- sel otot daripada kendur. Tanpa racun, BOTOX tidak akan berkesan. Penggunaan racun tanpa darurat adalah HARAM
  3. BOTOX digunakan atas tujuan untuk mencantikkan wajah seseorang wanita itu melalui suntikan yang menyebabkan kesakitan. Kaedah Fiqh Mazhab Shafie mengharamkan semua jenis perkara yang boleh menyakitkan diri sendiri dan memudaratkan. Suntikan BOTOX ini disengajakan dan bukan atas dasar uzur syar’ie.
  4. BOTOX disuntik bagi tujuan mencacatkan sel- sel otot pada wajah dan bahagian yang disuntik atas dasar kecantikan dan memperelokkan rupa asli seseorang itu secara permenant (tetap) apabila disuntik diberi setiap 6 bulan. Ini termasuk kategori mengubah kejadian yang telah diharamkan oleh syara.

 

Keputusan yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai Fatwa Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A pada 4-6 April 2009, Muzakarah kali-73:

  1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.
  2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan
  3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.
  4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s