Penggunaan Alat Perancang Kehamilan Ketika Puasa

Soalan: Adakah sah puasa wanita yang menggunakan subcutaneous contraceptive atau alat perancang kehamilan yang dimasukkan dalam faraj semasa berpuasa? Jika tidak sah, adakah puasa tersebut harus diganti sahaja atau perlu diganti dan membayar fidhyah?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Majlis Fatwa Tetap telah ditanyakan mengenai: “Jika seseorang wanita atau doktor memasukkan sesuatu alat perubatan atau ubat ke dalam rahim, perlukah mandi wajib dan batalkah puasanya? Jawapan yang diberikan adalah: “Jika seperti yang dihuraikan di atas, mandi wajib tidak perlu dan puasanya tidak batal.

Penulis berpendapat penggunaan oleh doktor menggunakan alat perancang kehamilan kepada wanita sebaiknya dijalankan selain daripada bulan Ramadhan jika ia tidak memudharatkan pesakit tersebut. Oleh itu bertanyalah kepada doktor yang pakar dalam bidang tersebut. Ini akan menjamin kelangsungan puasa yang terbaik. Wallahualam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s