Pengambilan Ubat Tanpa Henti Ketika Puasa

Soalan: Apakah hukum mengambil ubat yang tidak boleh dihentikan rawatannya sewaktu bulan puasa (HW medicatidis)

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Jika berpuasa membawa kesusahan yang tidak terhingga kepada orang sakit, lebih baik baginya tidak berpuasa dan menggantikannnya hari yang kemudian. Tidak disunatkan puasa jika terlalu berat buat pesakit tersebut.

Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ يُحِبُّ أَن تُؤتى رُخَصُهُ كَمَا يُكرَهُ أَن تُؤتُى مَعصِيَتُهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka rukhsahnya diambil sepertimana Dia benci perbuatan munkar dilakukan”

                                                                                                          Hadith Riwayat Ahmad 583

Imam Nawawi berkata: “Ini menunjukkan sunat bagi seseorang memilih yang mudah dan ringan selagi ia tidak membawa kepada haram dan makruh. Malah, makruh bagi orang yang uzur berpuasa jika itu menyusahkannya. Puasa menjadi haram jika disebabkan itu, ia terdedah kepada kemudharatan.

Syeikh Ibn Uthaimin RA dalam kitabnya al-Syarh al-Mumti; berkata: “Dengan ini, kita akan sedar kesilapan yang dilakukan oleh para pejuang dan orang sakit yang meneruskan puasa dala keperitan dan kemudharatan, tetapi enggan berbuka. Kita katakana, mereka melakukan kesilapan apabila mereka tidak mensyukuri keringanan (Rukhsah) yang dianugerahkan Allah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s