Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa

Soalan: Bagaimanakah cara yang betul untuk mengambil ubat semasa berpuasa dengan memastikan bilangan dos yang sama tanpa perlu meninggalkan (berbuka) puasa?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Allah SWT telah memberi keringanan dan kemudahan kepada orang yang sakit untuk berbuka puasa di bulan Ramadan berdasarkan firmannya yang bermaksudn: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

Pengambilan dos ubat-ubatan adalah lebih baik mengikut nasihat yang disyorkan kepada pesakit oleh doktor yang dipercayai.

Menurut Imam Nawawi: “Sama ada berpuasa memudharat seseorang atau tidak hanya diketahui oleh diri sendiri atau doktor yang dipercayai.

Pada pengamatan saya doktor akan mengesyorkan masa pengambilan ubat sesuai dengan keadaan pesakit. Kalau penyakit itu tidak teruk kemungkinan boleh diambil ubat semasa sahur dan selepas berbuka. Jadi pesakit boleh menahan untuk berpuasa. Akan tetapi jika pesakit perlu mengambil dos ubat mengikut masanya makan boleh ditinggalkan puasa mengikut keadaan pesakit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s