Pengamalan Yoga Dari Sudut Perubatan Menurut Islam

Soalan: Apakah hukum orang Islam mengamalkan yoga untuk tujuan perubatan?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke- 83 pada 22 hingga 24 Oktober 2008 bersamaan 22 hingga 24 Syawal 1429H telah mengambil keputusan seperti berikut:

“Setelah meneliti keterangan, hujah- hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejeak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur- unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur- unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam”

Penulis berpendapat terdapat pelbagai kaedah perubatan yang disyorkan Islam menggunakan ayat al-Quran dan Hadith nabi itu sendiri. Perlu diingatkan bahawa jika kaedah perubatan yang terkeluar daripada apa yang disyara’kan akan membawa kepada kekufuran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s