Pembunuhan Rahmat (Mercy Killing) – Membunuh Kerana Kasihan

Soalan: Apakah hukum mengenai teknik mercy killing (pembunuhan rahmat)?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Dr. Yusuf al-Qaradawi mendefinisikan membunuh kerana kasihan seperti memudahkan atau mempercepatkan kematian seseorang untuk menghilangkan penderitaan disebabkan penyakit yang ditanggungnya, sama ada dengan cara langsung atau tidak langsung dengan menggunakan cara yang tidak menyakitkan.

Maksud secara langsung sebagai contoh iaitu seseorang pesakit menderita kerana menghidap penyakit barah. Beliau sentiasa mengalami kesakitan dan tidak sedarkan diri. Mengikut pandangan doctor, pesakit ini tidak ada peluang lagi untuk hidup dan mati pada bila-bila masa sahaja, lantaran itu dia diberikan sukatan ubat yang berlebihan untuk menyebabkan pernafasan terhenti.

Langkah-langkah yang boleh menamatkan riwayat hidup seseorang pesakit tidak diambil, tetapi dia dibiarkan menanggung segala derita penyakitnya tanpa diberi sebarang rawatan yang boleh memanjangkan tempoh hidupnya. Sebagai contohnya pesakit yang menghidap penyakir barah atau kanser yang kronik atau tidak sedarkan diri akibat cedera di bahagian otak atau menghidap penyakit Meningitis yang amat tipis untuk sembuh, atau seseorang yang menghidap Pnemonitis atau radang paru-paru yang sekiranya tidak diberikan rawatan sedangkan ia boleh dirawat boleh menyebaban kematian, manakala menangguhkan rawatan, boleh mempercepatkan kematian.

Pembunuhan secara langsung adalah dilarang syara kerana niat dan pandangan doctor membunuh pesakit dan menyegerakan kematian pesakit. Ini dianggap sebagai pembunuhan sama ada dilakukan dengan cara tersebut. Pembunuhan tersebut adalah haram malahan termasuk dalam dosa besar. Sifat membunuh tetap tidak haling walaupun disebabkan rasa belas kasihan atau mengurangkan derita pesakit.

Memudahkan kematian secara tidak langsung kepada pesakit dianggap doktor semua itu tidak mendatangkan faedah kepadanya ataupun kepada pesakit. Kerana tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Sememangnya diketahui di kalangan ulama’-ulama’ islam bahawa hokum mendapatkan rawatan atau berubat mengikut pandangan jumhur fuqaha dan imam-imam mazhab tidaklah wajib malah hukumnya harus. Walaubagaimanapun minoriti ulama’ telah mewajibkan sepertimana yang disebutkan oleh mazhab shafie dan hambali dan sebagaimana yang disebut juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Manakala sebahagian lagi menganggapnya sunat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s