Kemoterapi Menurut Islam

Soalan: Apakah perspektif dan pandangan Islam mengenai kaedah rawatan kemoterapi?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Rawatan kemoterapi merupakan rawatan ke atas penyakit dengan menggunakan bahan kimia. Rawatan ini bertujuan untuk membunuh sel-sel yang rosak termasuk sel-sel yang baik untuk badan. Rawatan kemoterapi adalah spesifik untuk mikroorganisma dan sel kanser tumor. Konsep kemoterapi adalah biasanya untuk membunuh sel yang membahagi secara tidak normal contohnya sel kanser.

Namun, dalam masa yang sama ia akan membahayakan sel yang membahagi secara normal. Antara jenis bahan atau agen yang digunakan dalam rawatan kemoterapi adalah:

  1. Agen Alkilat (Alkylating Agent) Fungsinya adalah untuk penambahan kumpulan alkil terhadap kumpulan elektronegatif dalam sel. Antara contoh-contoh agen ialah Cisplatin, Carboplatin dan Oxaplatin. Agen ini juga akan mengubah sel DNA
  2. Anti Metabolites Antara contohnya ialah purine dan pyramidine. Tujuannya adalah untuk pembinaan blok terhadap DNA. Ia akan menghalang bahan-bahan daripada menjejaskan DNA dan dalam masa yang sama akan menghentikan pembangunan normal dan pembahagian sel.
  3. Plant Alkaloid dan Terpenoid Antara contoh-contohnya ialah Vinca alkaloid dan texanes. Fungsinya adalah untuk melindungi fungsi mikrotubule (amat penting dalam pembahagian sel)
  4. Padophyllotoxin Ia bertujuan untuk membantu penghadaman dan menghalang sel daripada memasuki fasa G1 (permulaan replika DNA) dan fasa S.

Namun, rawatan kemoterapi mendatangkan kesan sampingan terhadap pesakit. Antaranya ialah:

  • Kurang penghasilan sel darah (myelosuppression)
  • Keradangan penghadaman(mucositis)
  •  Keguguran rambut(alopicia)
  •  kesakitan
  • kering mulut
  •  hilang berat badan
  •  muntah

Dalam masa yang sama, mungkin akan terjadi kerosakan organ seperti:

  • Jantung(cardiotoxicity)
  • Hati (Hepatotoxicity)
  •  Buah pinggang (Nephrotoxicity)
  • Dalaman telinga (Ototoxicity)

Rawatan yang terbaik diketahui oleh para doktor dalam merawat pesakit. Doktor yang menjalankan pemeriksaan akan memilih kaedah rawatan terbaik untuk pesakit mereka. Pandangan penulis dalam melihat kesan daripada rawatan kemoterapi boleh diubati tetapi memakan masa panjang. Oleh itu, selepas rawatan kemoterapi boleh disertakan ubat dalam membina sel baru selepas rawatan kemoterapi dijalankan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s