Hukum Pemberian Jarum Dan Kondom Kepada Penghidap HIV

Soalan: Pada hari ini, Kementerian Kesihatan membekalkan jarum dan kondom kepada penagih dadah sebagai salah satu penyelesaian isu penyebaran virus HIV. Adakah ini merupakan penyelesaian terbaik bagi seorang ahli farmasi mukmin?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Diketahui bahawa pemberian jarum dan kondom adalah satu cara umum untuk mengelakkan penyebaran virus HIV di kalangan penagih dadah, pelacur dan sebagainya. Konsep ini bertentangan dengan agama Islam yang ingin menjauhkan umatnya dari perkara buruk dan tidak baik. Pemberian jarum dan kondom bukan merupakan jalan penyelesaian, tetapi ia merupakan masalah yang akan bertambah-tambah. Seolah-olah pemberian jarum suntikan dan kondom telah menghalalkan amalan yang buruk.

Kondom ialah sejenis sarung daripada getah dan sebagainya yang disarungkan pada kemaluan lelaki untuk mencegah jangkitan atau kehamilan akibat hubungan seks.[1] Penggunaan kondom dilihat seperti telah menghalal perkara haram iaitu zina. Zina yang disebut di dalam al-Quran al-Karim: [2]

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).”

(Surah al-Israa 17:32)

Menghampiri perbuatan zina sudah pun disebut satu perbuatan keji apatah lagi seseorang itu telah berzina. Ayat yang menerangkan zina adalah jalan yang membawa kerosakan kerana dengan zina timbul pelbagai masalah, penyakit berjangkit dan bermacam- macam lagi. Inilah yang menunjukkan zina adalah haram dan tidak baik. Dengan zina lahirlah anak luar nikah, penyakit kelamin, HIV dan pelbagai macam penyakit lagi.

Pemberian jarum suntikan untuk penagih dadah bukanlah jalan terbaik bagi mengelakkan penyakit HIV tetapi ia menggalakkan penagih dadah untuk menagih lagi. Dengan pemberian jarum suntikan dengan percuma ataupun berbayar akan bertambah lagi bilangan penagih dadah kerana telah ada jarum suntikan yang mudah diperolehi.

Walaupun kawalan terhadap penjualan kondom dan juga pemberian jarum suntikan bukanlah jalan penyelesaian yang baik untuk mengawal penyakit HIV dan sebagainnya. Seharusnya ditentang sekerasnya kerana ia satu perkara yang telah menggalak kepada maksiat dan perkara buruk.

Konsep Saddu al-Zara’I iaitu iaitu menutup pintu kerana menjaga diri. Islam telah menjadikan garis panduan diri kepada orang Muslim untuk meninggalkan perkara yang buruk supaya tidak terjerumus kepada perkara yang jelas tentang pengharamannya.

 

 

 

 


[1] Kamus Dewan Edisi 4.

[2] Surah al-Isra 17:32

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s