Hukum Menjalankan Rawatan Kepada Berlainan Jantina

Soalan: Apakah hukum sekiranya pegawai perubatan lelaki merawat pesakit perempuan dalam masa yang sama ada pegawai perubatan wanita yang bertugas atau sebaliknya?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Haram melihat dan menyentuh perempuan yang bukan mahram apabila tiada sebarang keperluan  kepada perbuatan tersebut. Apabila terdapat keperluan, ia dibenarkan. Keperluan bagi tujuan perbuatan ia diharuskan kerana pengharamannya akan menimbulkan kesulitan, sedangkan Islam ialah agama yang mudah dan meninggalkan perkara yang menyulitkan.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”  (Surah al-Hajj:78)

Untuk tujuan rawatan, hanya tempat-tempat yang diperlukan sahaja boleh dilihat. Hal ini berdasarkan hadis daripada Jabir RA, katanya:

أَنَّ أُمَّ سَلاَمَةَ اَسْتَأْذَنَتْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فِي الحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا

Maksudnya: “Ummu Salamah meminta izin daripada rasulullah SAW untuk berbekam. Lalu, Nabi SAW menyuruh Abu Taybah melakukannya.

Riwayat Muslim (2206)

Justeru, seorang lelaki boleh merawat perempuan apabila keadaan amat memerlukannya dan ketika itu juga, tidak terdapat perempuan lain yang akan mengubatinya. Perempuan juga boleh merawat lelaki apabila tiada lelaki lain boleh mengubatinya, sedangkan keadaan amat memerlukan.

Walaupun begitu, lelaki tidak boleh merawat seorang perempuan tanpa kehadiran mahram, suaminya atau perempuan lain yang boleh dipercayai. Apabila terdapat doktor Islam, rawatan tidak boleh dilakukan oleh doktor lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s