Garis Panduan Pemberian Pil Perancang (OCP)

Soalan: Apakah garis panduan tentang pemberian OCP (pil perancang) kepada golongan tertentu?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Oral Contraceptive Pills (OCP) ini adalah  satu jenis pil perancangan keluarga yang dimakan oleh isteri yang mengandungi hormone yang menghalang kehamilan berlaku. Ia merupakan kombinasi estrogen yang terdiri daripada ethinyl estradiol (EE) dan estradiol (E2). Pil-pil mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin. Malah, pil kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung

Menjawab persoalan ini al-Imam Muhammad Abu Zahrah telah menulis dalam bukunya Tanzhim al-Usrah wa Tamzhim al-Nasl. Beberapa buah fikirannya kita nukilkan di sini untuk sama- sama mendapatkan pandangan dari al-Imam itu (salah seorang ulama besar di Mesir, dikatakan Imam pada zamannya): Tidak syak lagi bahawa di antara tujuan dari perkahwinan itu ialah untuk memperolehi zuriat dan untuk memperbanyakkan keturunan. Imam Ahmad meriwayatkan hadis Anas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأنبياء يوم القيامة

Maksudnya: “Kamu kahwinilah keturunan yang ramai anak, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu kepada nabi- nabi lain pada Hari Kiamat”  (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)

Menyekat sesuatu fitrah manusia dengan menghalang daripada memperbanyakkan keturunan adalah bertentangan dengan agama Islam ini. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah ar-Rum 30:30)

Fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah JawatankuasaFatwa Kebangsaan pada 22 November 1973 memberikan keputusan : menggalakkan amalan perancangan keluarga kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab- sebab yang tertentu adalah diharuskan.

Persidangan Jawatankuasa Fatwa kali ke-12 pada 20 Februari 1977 mengambil keputusan:

Rancangan keluarga mempunyai 3 bahagian, iaitu:

a)      Memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya adalah HARAM.

b)      Mencegahkan beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah HARAM melainkan dengan sebab- sebab yang diHARUSkan oleh syarak bagi orang perseorangan.

c)      Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagian keluarga dengan cara yang lain daripada (a) dan (b) di atas adalah harus.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s