Berbekam Dan Akupuntur Ketika Puasa

Soalan: Apakah hukum berbekam atau akupuntur ketika berpuasa?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.

Berbekam adalah harus bagi orang ynag berpuasa seperti yang diputuskan oleh fuqaha’ kecuali jika membawa kepada kelemahan badannya maka hukumnya makruh atas alasan telah berkumpul dua kelemahan. Pertama ialah kerana puasa dan kedua dengan sebab berbekam. Inilah fatwa Syeikh al-Syarbasi.

Dalam kitab Su’alat al-Soimin halaman 65-66 ada menyatakan:  Berbekam pada siang hari pada bulan Ramadan menjadi khilaf. Yang masyhur di kalangan ramai sahabat tabi’in bahawa ia tidak batal puasa berdasarkan kepada nas. Dikatakan  sa’d bi Abi Waqqas melakukan bekam.  Begitu juga Zubair bin al-Awwam, Ummu Alqamah dan lain-lain. Kecuali Imam Malik dan Abu Hanifah menganggap hukumnya makruh jika melemahkan daripada menunaikan puasa. Mazhab Hanbali dan Jemaah Ahli Hadith menganggap berbekam hukumnya batal puasa. Manakala ‘Ata’ berpendapat, wajib kaffarah.

Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika dilihat membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Qiyas hukumnya kepada akupuntur kerana kaedah yang sama dalam rawatan kepada pesakit.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s