Perkahwinan Gadis Kecil

Maksud Perkahwinan:

Isu Perkahwinan Gadis Kecil Muqaddimah: Perkataan “Nikah” sendiri membawa maksud dari segi bahasa bersekutu, bersama atau berdakapan. Dari segi istilahnya membawa maksud satu akad yang dilakukan antara lelaki dan wanita untuk menghalalkan hubungannya.

Dalil Pensyariatan Nikah atau Perkahwinan:

Nikah adalah satu sunnah Rasulullah SAW. Galakan kepada perkahwinan terlalu banyak disebut di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis SAW.

Firman Allah SWT :  Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya. (Surah al-Nur: 32)

Hadis Nabi SAW: يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ! مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ  Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah! Ini kerana dengan perkahwinan itu, ia akan dapat menutup pandangan dan menjaga kemaluan”. Riwayat al-Bukhari

Sebenarnya terdapat pelbagai ayat yang menerangkan tentang perkahwinan. Saya memasukkan kedalam blog ini sekadar untuk mengisi kefahaman kita bersama tentang perkahwinan gadis kecil. Jadi anda boleh rujuk kitab-kitab lain untuk kefahaman yang meluas tentang perkahwinan.

Kita dapat melihat bagaimana Islam menjaga umatnya dengan dijadikan manusia berpasang-pasangan. Tabiat lelaki suka kepada perempuan begitu juga sebaliknya. Apabila berlaku hubungan sejenis yang sekarang ini dikenali “Gay” dan “Lesbian” ia telah melanggar norma kehidupan seorang insan.

Perkahwinan Gadis Bawah Umur:

Kita digemparkan kebelakangan ini dengan cerita- cerita yang amat menyedihkan berkenaan dengan pernikahan gadis kecil berusia 10 tahun dengan seorang lelaki lingkungan 40-an. Selain itu kita dikejutkan dengan khabar pihak gereja di Jerman yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak. Mungkin sebagai seorang manusia yang berfikiran waras dapat memikirkan apa yang sedang berlaku ini. Di gereja seseorang yang telah menjadi golongan gereja (ahlinya) tidak dibenarkan berkahwin. Seruan ini dikeluarkan untuk golongan lelaki dan perempuan di gereja. Alangkah ini telah menyekat fitrah kemanusiaan yang inginkan pasangan masing- masing. Menyekat kehendak manusia. Anda boleh berfikir tentang..

Fokus saya tidaklah kepada cerita di gereja sebaliknya saya ingin mengupas sedikit permasalahan berhubungan pernikahan gadis kecil (kanak-kanak).Perbincangan ingin mengupas dari perspektif hukum Islam dan perundangan. Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 107 Enakmen Keluarga Islam 2009 dan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah serta beberapa seksyen lagi diperuntukkan atas kes perkahwinan Shamsuddin Che Deraman, 41, atau nama jolokannya Sudin Ajaib yang dikenali sebagai Azhar dan Nur Nadhirah Shamsudin dikenali Na, 10 tahun. (Contoh kes yang berlaku di Malaysia)

Almarhum Syeikh Jad al-Hak Ali Jad al-Hak, Syeikh al-Azhar ada menyebut dalam buku fatwanya : Mengikut Kanun Mesir Lelaki yang hendak berkahwin mesti berumur 18 tahun dan perempuan mesti berumur 16 tahun. Tetapi boleh diminta pengecualian dalam kes terkhusus untuk keizinan.

Hukum Perkahwinan Kanak-Kanak:

Perbincangan mengenai hukumnya didasari dengan melihat apa yang ternyata di dalam al-Quran, al-Hadis, Athar al-Sahabah, dan Ijma’ Ulama.

Di dalam al-Quran al-Karim:  Maksudnya: “dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.” (Surah al-Talaq: 4)

Imam al-Ghazali ada menyebut : “Mereka yang tiada haid ialah mereka yang masih kecil dan kanak-kanak.”

Iddah bagi perempuan terbahagi kepada 2 :

  1. Iddah bagi kanak-kanak atau yang belum haid. (3 bulan)
  2. Iddah bagi wanita yang telah putus haid.

Ayat di atas dibincangkan dari 2 sudut iaitu Mafhum Muwafaqah yang bermaksud kita tengok sesuatu ayat al-Quran dan kita ambil maksud dari ayat tersebut. Ayat ini boleh difahami dari segi Mantuq dan Mafhum, Mafhum dipecahkan kepada 2 iaitu Mafhum Muwafaqah dan mafhum Mukhalafah. Mafhum Mukhalafah tidaklah menjadi hujah di antara ulama usul kecuali sebahagian daripada mereka. Ini menunjukkan bukti yang menyatakan ada perkahwinan kanak-kanak pada zaman dahulu. Hujah yang paling kuat menyatakan kanak-kanak boleh dikahwini. Hujah ini apabila ia adalah Qat’i al-Dilalah tak boleh dipertikaikan lagi.

Di Dalam Hadis al-Nabawiyyah. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyatakan tentang perkahwinan Aisyah RA dengan Nabi Muhammad SAW sewaktu usianya 6 tahun dan bersama Nabi ketika umur 9 tahun keika di Madinah. Beliau hidup bersama Baginda selama 9 tahun. Ini menggambar keharusan perkahwinan kanak-kanak. Saidina Abu Bakar yang menikahkan Aisyah kepada Nabi Muhammad. Terdapat pengecualian dalam menikahkan kanak-kanak dengan lelaki dewasa. Jika kanak-kanak itu menolak dan tidak mahu dengan perkahwinan itu maka tidak boleh memaksanya untuk berkahwin.

Athar as-Sahabah. Ada satu riwayat lagi menyatakan Saidina Umar (Amirul Mukminin) pernah satu hari datang kepada Saidina Ali dan meminta izin untuk mengahwini salah seorang dari puterinya. Anak saidina Ali dengan Fatimah al-Zahra yang bernama Ummu kulthum. Saidina Umar telah mendengar sabda Nabi Muhammad SAW : “tiap nasab akan terputus sebelum sampai hari kiamat kecuali nasab Rasulullah SAW”. Saidina Umar inginkan keberkatan daripada nasab Rasulullah SAW. Ini menggambarkan bahawa ada perkahwinan kanak-kanak. Umur Saidina Umar ketika itu yang berumur 60 tahun.

Ijmak Para Ulama. Terdapat beberapa ulama menaqalkan hukum mengenainya. Ijma yang bermaksud kesepakatan. Ijmak tidak akan terjadi apabila tidak terdapat dalil yang kuat dan jelas berkenaan dengan sesuatu hukum. Ia berbeza daripada al-Quran dan al-Hadis.

Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari jilid 9:279: “Anak kecil boleh dinikahkan bapa secara ittifaq”. Sepakat ulama setuju dan ada beberpa yang tidak bersetuju.

Fatwa Ulama. Bagi mengukuhkan pendapat di atas dikemukakan fatwa ulama berhubung dengan perkahwinan gadis kecil. Ia mengharuskannya Di dalam Mausu’ah al-Fatwa menyebut: “Ketika Nabi Muhamad SAW berkahwin dengan Aisyah RA ketika umur Nabi berusia 50 tahun dan Aisyah berusia 6 Tahun.

Satu kenyataan yang menarik yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyatakan: “Satu perkahwinan kanak- kanak kecil, bersetubuh dengannya, jika sepakat antara suami dan wali dengan suatu yang tidak mendatangkan kemudharatan kepada kanak- kanak boleh dilakukan”. Walaupun diizinkan perkahwinan mestilah melihat kepada kanak- kanak tersebut apabila berlaku kesukaran atas dirinya. Kanak-kanak akan mendapat kesusahan pada diri kanak-kanak.

Terdapat khilaf pendapat antara ulama berkenaan dengannya. Pendapat Imam Malik, Imam Shafie dan Imam Abu Hanifah menyatakan apabila perempuan itu boleh bersetubuh tanpa melihat kepada usia. (Inilah pendapat yang rajah dikalangan ulama)

Ada ulama yang mengkaji dan menyatakan Aisyah adalah seorang perempuan yang cepat besar. Sifatnya tidak seperti wanita lain. Nabi ada bersabda mengenai kelebihan Aisyah RA : kelebihan Aisyah berbanding dengan wanita lain samalah seperti tin makanan popular di negeri arab yang bernama talil berbanding dengan makanan yang lain.

Kesimpulan

Kalaulah kita melihat kepada hikmah perkahwinan ada berbacam-macam hikmah yang disebutkan. Sebahagian daripadanya untuk melahirkan zuriat dan menenangkan hati.

Dr. Ahmad Syarbasi menyatakan dalam bukunya Yas’alunaka fiddin wal hayat: Pernah berlaku seorang wanita berkahwin dipaksa bapanya. Dia datang bertemu Rasulullah SAW mengadu kerana tidak setuju dan Nabi SAW membatalkan dan menfaraqkan perkahwinan tersebut.

Perkahwinan adalah berlaku diantara 2 pihak. Keseronokan pun juga dialami 2 pihak. Apabila salah seorang sahaja yang seronok ia tidak memenuhi tuntutan perkahwinan. Perkahwinan tidak bersifat sebelah pihak. Mudharat juga perlu dijauhkan daripada kehidupan rumahtangga.

Perkahwinan itu hendaklah hadir rasa timbang rasa antara kedua-dua pihak. Hendaklah ada perasaan redha antara suami dan isteri. Dalam bab lelaki tua (Uqulah) berkahwin dengan gadis muda, sebahagian ulama menyatakan perkahwinan boleh difasakhkan kerana tidak seimbang.

Atas alasan perempuan itu belum mencapai tahap kematangan. Bab sekufu dan kafa’ah juga menjadi alasan sama ada dari segi adat, nasab, perwatakan, perasaannya walaupun asasnya adalah agama.

****Sebarang Komen Boleh Dilontarkan. Saya Tidak Memasukkan secara Terperinci Perbincangan Dalil, Ulama dan dan lain. Sekadar ingin memberikan kefahaman secara khulasah dari apa yang saya faham. Saya mengalu-alukan sebarang pembaikan kalau ada kesalahan dalam penulisan ini****

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s